Monday, June 27, 2011

Aku Benci... - Song 5

Posted by intrigue at 00:00
Reactions: 
Seira berjalan perlahan-lahan menuju ke taman permainan yang terletak tidak jauh daripada kawasan perumahannya. Sudah lama dia tidak bertandang ke situ semenjak usianya mencecah 14 tahun. Lebih tepat lagi, dia hanya pernah menjejakkan kaki ke taman permainan itu ketika usianya 12 tahun iaitu ketika keluarga mereka baru berpindah ke situ. Selepas itu dia tidak pernah ke taman permainan itu lagi.

Sebaik tiba di taman, kelihatan satu buaian yang tidak disentuh oleh sesiapa. Seira tersenyum gembira. Memang kedatangannya ke taman permainan itu hanyalah untuk bermain di buaian. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, dia segera mencapai tali buaian dan duduk di atasnya. Kemudian, dia berdiri di atas buaian itu. Dia menghayunkan kakinya dan buaian pun bergerak. Sedang enak bermain, kedengaran telefon kesayangannya berdering.Dia memberhentikan hayunan lantas mencapai telefonnya.

“Hello?”

Hello Seira, kau kat mana sekarang?

“Aku kat taman permainan. Ada apa telefon aku?”

Aku nak minta kau temankan aku ke Bangunan Asterik. Ada sesuatu yang aku nak lakukan di sana.”“Apa benda yang kau nak buat kat sana?”

Bagi hadiah kat Zack. Hari ni hari lahir dia.” Seira mengangguk.

“Yelah. Aku temankan. Tapi aku temankan sampai kat perkarangan bangunan sajalah. Aku tak mahu masuk tau.”

Okey. Janji kau temankan aku. Aku dalam perjalanan ke taman ni. Jumpa kau nanti.” Talian telefon dimatikan.

Seira melompat turun daripada buaian lantas berjalan mendekati palang yang memisahkan taman permainan dengan jalan utama. Dia berjalan sambil melilaukan matanya memerhati segenap pelusuk taman itu. Dia terpandang sekumpulan budak sedang membina istana pasir.Dia berlari-lari anak mendekati mereka. Sedang dia berlari, tiba-tiba...

“Aduh!” Satu jeritan kedengaran. Semua mata tertumpu ke satu arah. Seira.

“Ada orang jatuh terpijak kulit pisang!” Seorang budak menjerit sambil menuding jari telunjuknya ke arah Seira. Semua budak yang berada di situ ketawa panjang. Muka Seira sudah berubah warna. Dia cuba untuk berdiri namun entah mengapa badannya tiba-tiba menjadi bertambah berat. Dia tidak dapat bergerak hatta seinci. Tidak lama kemudian, dia terasa seperti ada tangan yang memegang tangannya dan membantunya berdiri. Akhirnya, dapat juga dia mengimbangi badannya. Dia berpusing menghadap pembantunya.

“Teri...kau! Apa yang kau buat kat sini?” Tanya Seira sebaik sahaja dia dapat mengecam muka penyelamatnya. Hilang ucapan terima kasih yang ingin diucapkannya sebentar tadi. Penyelamatnya turut terkejut.

“Kau? Kau buat apa kat sini?” Tanya si penyelamat itu. Seira membuat muka.

“Aku tanya kau dulu. Kenapa kau tanya aku balik? Suka hati aku lah nak buat apa pun kat sini. Yang kau nak ambil tahu tu kenapa? Kau pula buat apa kat sini encik penya...” Tidak sempat Seira menghabiskan percakapannya, mulutnya ditekup. Dia cuba melepaskan diri.

“Boleh tak kau berhenti panggil aku macam tu Cik Seira? Aku ada nama aku sendiri. Nama aku...nama aku...Sky. Panggil aku Sky,” katanya lantas melepaskan tangannya. Tercungap-cungap Seira dibuatnya.

“Hoi! Kau dah gila ke? Main tekup muka anak dara orang? Banyak cantik kau punya muka! Lagi satu, bila masa pula aku tanya siapa nama kau? Dan macam mana kau boleh tahu nama aku?”

“Kau ni banyak cakap lah. Dah lah, aku nak kena blah sekarang. Jumpa lagi cik Seira,” balas Nick dengan senyuman manis terhias di bibirnya.

“Eh, nanti! Aku belum habis tanya lagi. Hei!” Nick terus berlalu tanpa mengendahkan Seira yang terjerit-jerit memanggilnya. Dia meloloskan diri ke dalam kereta miliknya lantas memandu pergi dari situ, meninggalkan Seira yang sedang bengang terhadapnya.

Baik betul perangai mamat tu. Ada ke patut tinggalkan aku dengan pelbagai persoalan dalam kepala otak ni. Hei, mintak-mintak lah aku takkan jumpa dah dengan dia. Takkan sesekali. Tak pasal-pasal makin banyak persoalan yang masuk dalam kepala aku ni.

“Seira.” Seira mengalihkan pandangannya. Dia tersenyum apabila melihat wajah Yukari. Dia berjalan ke arah rakannya dengan berhati-hati. Manalah tahu kalau-kalau ada lagi kes kulit pisang seperti tadi. Tak pasal-pasal dia menanggung malu buat kali kedua.

“Tadi aku dengar ada orang menjerit-jerit kat taman. Dua orang. Ada pasangan kekasih bergaduh ke?” Tanya Yukari tiba-tiba.

“Er, hm. A’ah. Ada pasangan kekasih bergaduh. Aduh!” Seira tergigit lidah. Itulah padahnya kalau suka sangat nak menipu. Seira tersengih memandang Yukari.

“Jom kita gerak sekarang. Hari dah petang ni. Nanti tak sempat pula nak bagi benda ni kat dia,” kata Yukari pantas. Dia menarik tangan Seira agar mereka berjalan beriringan.Yukari perasan ada ketegangan di wajah rakannya. Dia mengangkat kening. Seira hanya menggeleng.

“Tak ada apa-apa.”

Mereka tiba di hadapan Bangunan Asterik tepat jam 4.45 petang. Ada lagi lima belas minit sebelum pukul lima. Sekiranya mereka tiba tepat jam lima, alamatnya menangis air mata darah lah Yukari kerana pelawat tidak dibenarkan masuk apabila jam sudah menginjak ke angka lima.

“Aku tunggu kau kat kedai sana,” kata Seira. Dia menuding jarinya ke arah kedai yang menjual pakaian second hand. Yukari mengangguk. Dia pantas memasuki Bangunan Asterik untuk berjumpa seseorang.

“Cik, boleh saya berjumpa dengan Minami Ryosuke?” Tanya Yukari kepada kerani yang menjaga kaunter.

“Ada buat temu janji dengan diakah?” Yukari mengangguk. “Sebentar ya, saya panggilkan dia. Cik duduk di kerusi itu dulu ya,” balas kerani tersebut. Yukari menuruti arahannya. Tidak lama kemudian, seorang lelaki berpakaian t-shirt oren berjaket dan seluar slack hitam muncul entah dari mana. Yukari yang perasan kehadirannya segera berdiri dan menunduk hormat.




“Selamat petang Minami.”


“Petang. Ada apa nak jumpa aku?” Tanya Minami
sambil mengangkat keningnya. Yukari merapati. Dia menunjukkan sesuatu kepada Minami.

“Ini. Tolong hantarkannya kepada Zack.” Minami membulatkan matanya. Dipandangnya bungkusan yang dihulurkan.

“Yuka. Kau biar betul. Takkan kau nak hadiahkan benda ni kat dia,” kata Minami tidak percaya. Sekiranya peminat Zack dapat tahu mengenai ini, pasti heboh satu dunia.

“Tolonglah berikannya kepada dia ya. Ini biskut buatan aku tau. Sedap. Untuk kau pun ada.”

“Hm, baiklah. Ada apa-apa lagi nak aku tolong?” Tanyanya. Yukari menggeleng. Dia segera keluar dari bangunan itu dan mencari Seira.

“Sudah selesai?” Tanya Seira. Yukari mengangguk. Mereka lantas meninggalkan tempat itu untuk pulang ke rumah masing-masing.

1 comments:

Ungu said...

rasa macam baca komik! hee ^^ keep it up! teruskan berkarya dengan baik. =)

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea