Friday, June 10, 2011

Aku Benci... - Song 2

Posted by intrigue at 00:00
Reactions: 
Mereka bertiga berjalan dari sebuah kedai ke sebuah kedai dengan langkah yang perlahan. Sudah letih barangkali. Namun mereka tetap meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di hujung jalan itu. Terdapat sebuah kedai di situ. Mereka memandang ke arah kedai tersebut. Mata masing-masing terpaku, tidak tahu bagaimana untuk bereaksi.

“Em, kita nak masuk ke kedai ni ke?” Tanya salah seorang daripada mereka. Dia memandang dua orang rakannya yang lain. Salah seorang daripada mereka tersenyum.

“Kita masuk!” Jerit budak tersebut lantas menolak daun pintu kedai itu.

“Eh, Cherry! Nan...”

“Kita masuk sajalah abang Taiga. Cherry dah masuk dah pun. Tak sempat nak halang dia. Kenapa abang tak mahu masuk ke kedai ni pulak?” Taiga memandang adiknya dengan muka berkerut. Dia menunjuk kepada kedai yang kelihatan usang dan tidak terurus itu.

“Reo tahu kan abang tak suka dengan keadaan ni. Keadaan menakutkan macam ni. Kedai yang usang dengan bunyi pintu berkeriuk. Abang mana suka. Nanti mesti ada han..” Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, bajunya ditarik oleh Reo. Dia sedikit menjerit.

“Abang ni diamlah.” Sebaik sahaja mereka tiba di dalam, mereka tergamam. Keadaan di dalam kedai itu sangat berbeza berbanding dengan keadaan di luar. Kedai itu kelihatan cantik dan lebih tersusun malah lebih baik daripada kedai-kedai yang telah mereka lawati. Mereka memandang sekeliling.

“Macam mana? Cantik kan kedai ni. Sebab tu Cherry suruh Reo dan abang Taiga masuk ke dalam. Dah, tak payah nak nganga mulut tu lama-lama. Nanti tak pasal-pasal lalat masuk. Sekarang mari kita cari barangnya!” Cherry berlari-lari anak meninggalkan mereka sekali lagi. Reo dan Taiga hanya mengikuti dari arah belakang.

“Abang Taiga, Cherry dah jumpa!” Jerit Cherry lantang. Reo dan Taiga segera menjenguk. Mereka berdua terpegun. Taiga menyentuh permukaan barang tersebut. Dia tersenyum. Akhirnya, aku dah jumpa kau.


“Baik. Abang dah buat keputusan. Abang akan beli gitar ni,” kata Taiga tegas. Reo memandangnya dengan senyuman. Cherry sudah mula bersorak kegembiraan. Taiga mencapai gitar yang tersangkut itu lantas meletakkannya di atas riba. Dia mula memainkan sebuah lagu. Melodi yang terhasil amat merdu sehingga mampu menarik hati pelanggan di dalam kedai itu.

“Bagusnya anak mainkan lagu tadi. Memang sesuai benar gitar tu dengan anak. Anak nak beli ke?” Tanya seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 60-an. Mereka bertiga memandang lelaki tersebut.

“A’ah pak cik. Abang saya nak belikan gitar ni untuk saya. Pak cik rasa gitar ni sesuai ataupun tidak untuk saya?” Balas Cherry kepada lelaki tersebut. Lelaki itu tersenyum senang. Dia memandang Cherry lantas mengusap kepalanya. Cherry tertunduk sedikit.

“Hm, gitar ni tak berapa sesuai untuk adik. Gitar ni besar, sesuai untuk abang ni saja. Kalau untuk adik, gitar yang ini lebih sesuai,” kata lelaki tua tersebut lantas mencapai sebuah gitar yang kecil sedikit bentuknya. Dia menghulurkan gitar tersebut kepada Cherry. Cherry mencapai gitar yang dihulurkan. Dia mula memetik tali gitar itu.

“Cuba anak main sekali,” sambung lelaki tua itu. Dia memandang Taiga. Taiga mengangguk. Dia segera memetik gitar yang dipegangnya. Melodi yang dihasilkan sungguh mengasyikkan. Setiap yang mendengar pasti terpukau. Lelaki tua itu tersenyum senang.

“Pak cik, kami akan beli dua gitar ini,” kata Taiga pantas. Cherry, Reo dan lelaki tua itu tersentak. Mereka tergamam seketika. “Kenapa pula?” Tanya Taiga hairan.

“Abang, takkan abang nak beli dua gitar serentak?” Tanya Reo. Mukanya berkerut. Cherry juga begitu. Dia setuju dengan apa yang Reo katakan. Tak mungkin abang Taiga akan membeli dua gitar serentak. Ianya sesuatu yang mustahil kecuali jika abang Taiga banyak duit.

“Abang akan beli dua-dua secara kredit. Jangan risau, abang tahu macam mana nak selesaikan masalah ni. Apapun, keputusan abang muktamad. Abang akan beli kedua-dua gitar ini. Pak cik, berapa harga gitar ni?” Tanya Taiga sambil bangun dan mula berjalan ke arah kaunter pembayaran.

“Semuanya 50 duit emas nak,” balas lelaki tua tersebut. Dia segera mencapai kad kredit yang dihulurkan oleh Taiga. Reo dan Cherry memandangnya tanpa berkelip. Abang Taiga ni biar betul! Mana abang dapat kad kredit?! Usia abang sendiri belum mencecah 15 tahun!

“Okey, sekarang sudah beres. Cherry ambil gitar Cherry ni. Sekarang boleh lah kita sama-sama,” ujarnya lantas tersenyum kepada kedua-dua adiknya. Walaupun salah seorang daripada mereka hanyalah  jirannya, tetapi mereka tetap adiknya.

“Wah, lepas ni dapatlah kita sama-sama bermain kan abang Taiga,” balas Cherry sambil tersengih.

“Apa kata nanti kita tubuhkan band. Nak?” Tanya Taiga kepada mereka. Raut wajah kedua mereka sudah berubah.

“Nak!”Jerit mereka berdua serentak.
 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea