Wednesday, June 01, 2011

Sumpah atau Hikmah - Scene 4

Posted by intrigue at 00:00
Reactions: 
Yui menanggalkan kacamatanya. Diletakkan di atas katil lantas berjalan menuju ke tingkap yang separuh terbuka. Dikuak tingkap itu seluas-luasnya. Udara menyerbu masuk. Rambutnya yang elok terletak menjadi sedikit kusut ditolak oleh angin sebentar tadi. Dia memandang ke bawah, ke halaman villa tersebut. Pokok bunga pelbagai warna menyapa pandangannya. Seketika dia teringat akan bunga kekwa yang diterimanya pagi tadi. Ah! Bunga tu! Dia segera berlari keluar dari biliknya, menuruni anak tangga dengan pantas. Hampir sahaja dia tersadung akibat kegopohannya. Dia menuju ke dapur, mencari kelibat seseorang. Mukanya sedikit berkerut.

"Senorita cari siapa?" Tanya satu suara dari arah belakang.

"Opocot!" Latah Yui. Terkejut dia dibuatnya. Sudahlah dia penat berlari. Dikejutkan sebegitu pula. Mujur jantungnya masih di tempat asal. "Aunty Daisy ni suka sangat buat Yui terkejut. Yui cari Aunty la. Yui nak tanya sesuatu sebenarnya. Aunty ingat tak tentang bunga ros yang Yui selalu dapat tu? Aunty letak bunga tu kat mana?" Kening Daisy berkerut hampir bertemu.


"Oh bunga tu! Aunty letak di dalam bekas di halaman sana. Betul-betul sebelah pokok kesayangan Yui," terang Miss Daisy. Tangannya turut bergerak mengikut rentak percakapannya. Yui mengangguk lantas tersenyum.

"Begitu. Gracias tia. Yui nak keluar ke halaman sekejap - nak tengok bunga tu. Kalau mama cari Yui, Aunty cakap yang Yui di taman ya," balas Yui sambil tersenyum. Dia lantas menganggkat kaki keluar daripada Villa. Miss Daisy hanya tersenyum sambil menggeleng.


Dia menarik bekas yang berisi bunga yang sudah mula bercambah akarnya. Dia menghitung bilangan bunga tersebut. Satu, dua, tiga.....lima belas. Maknanya sudah 15 minggu dia menerima bunga tersebut. Hm, siapalah yang sudi mengirimkan bunga tersebut kepadanya. Harga bunga ros bukannya murah. Malah lebih mahal daripada bunga kesayangannya. Dia tergelak sendiri. Mestilah lebih mahal cik Yui ooi! Nama pun bunga untuk kekasih. Erk! Kekasih? Dia menggeleng. Tak mungkin. Sara cakap ros putih untuk sahabat. Tapi, siapa pula yang mahu menjadi sahabatnya?

"Yui, sudah tiba masanya untuk minum petang. Jom masuk ke dalam," tegur kakaknya yang muncul entah dari mana. Yui memusingkan kepalanya. Dia kaget sebentar melihat pakaian kakaknya.

"Kakak dari mana ni? Kenapa pakaian kakak fancy sangat macam lolita ni?" Tanya Yui lantas berdiri. Dia memandang Rose dari atas ke bawah. Kakaknya mula membuka cerita. Dia ternganga.

"Dah, jom masuk dan minum. Sara ada sekali. Katanya nak bincang sesuatu dengan kamu tadi," kata Rose lantas berjalan masuk ke Villa Diamond. Yui mengekorinya dari belakang.

"Hola Yui! Mari minum sama-sama," tegur Sara sebaik sahaja Yui dan kakaknya muncul. Yui mengangkat tangan sebagai tanda membalas ajakan rakannya. Dia pantas mengambil tempat duduk di sebelah Sara. Sara tersenyum lantas mengenyitkan matanya. Yui menganggukkan kepalanya. Mereka pantas menarik cawan yang dihidangkan.

Senor dan Senora Diamond memandang hairan ke arah mereka. Senora Diamond meletakkan cawan buatan Itali itu lantas membuka mulut.

"Apa pula pakatan kamu berdua kali ini?" Sara dan Yui tergelak.

"Secreto."

***

Yui membuka pintu biliknya dan mengajak Sara masuk. Sara duduk di atas katilnya manakala Yui pula menyelongkar almarinya, mencari sesuatu.

"Okey, ini barang-barangnya," kata Yui. Mata Sara meluas. Dia memandang Yui tidak percaya.

"Banyak ni Yui. Kau biar betul. Takkanlah sampai macam ni pula," kata Sara pantas. Yui meletakkan barang yang dipegangnya di atas meja belajar lantas mengambil tempat duduk di situ. Dia memandang Sara.

"Inilah barangnya. Sekarang mari tolong aku. Kita tak ada banyak masa. Sebelum Ahad ni semua kerja ni akan beres." Sara tercengang. Yui! Biar betul!

0 comments:

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea