Wednesday, June 08, 2011

Aku Benci... - Song 1

Posted by intrigue at 00:00
Reactions: 






Dia memandang jam di dinding. 7.15. Awal lagi, bisiknya di dalam hati. Dia bergerak ke arah cermin. Diteliti penampilannya dari atas ke bawah. Tiada yang cacat. Lengkap semuanya. Tinggal rambutnya sahaja yang sedikit kusut. Dia mula menyikat rambutnya dan terus mengikatnya secara sanggul agar tidak nampak terlalu berserabut. Dia mengerling imej dirinya sekali lagi. Kemudian dia segera turun ke ruang tamu rumah untuk bersarapan. Kelihatan kakaknya sedang menyiapkan sarapan pagi. Sebaik terdengar bunyi derapan kaki, kakaknya mengalihkan pandangan dan tersenyum.

"Pagi Seira. Mari sarapan," kata Saori. Seira membalas kata-katanya. Dia lantas mengambil tempat duduk di hadapan kakak dan mula menyuapkan sandwich ke dalam mulut. "Lusa ada konsert HarUna besar-besaran di Stadium Asterik. Kakak nak sangat pergi. Tapi sayang kakak tak beli tiket," kata Saori yang sedang menghadap surat khabar pagi itu. Seira membuat muka bosan. Balik-balik HarUna. Tak ada benda lain nak dibincangkan. Seira bingkas berdiri.

"Kak, Seira gerak dululah. Nanti lambat pula sampai sekolah. Bye kak. Seira pergi dulu," ujarnya lantas keluar dari rumah teres dua tingkat milik mereka. Sempat dia melambaikan tangannya kepada kakaknya yang seorang itu. Saori tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya. Macam mana nak hilangkan fobia Seira ya? Tanyanya di dalam hati.

Dia berjalan perlahan ke sekolah. Maklumlah, hari masih awal. Lagi pula dia sendiri yang keluar awal dari rumah. Nak buat macam mana, kakaknya mula masuk bab HarUna - bab yang paling tidak digemarinya sejak...

"Pagi Seira. Awal kau bertolak dari rumah hari ni," tegur seseorang dari arah belakang. Hampir sahaja dia melompat. Dipandang ke arah belakang lantas membuat mimik muka bosan. Hilang segala memori aku, bisiknya dalam diam.

"Pagi Yukari. Terpaksa bertolak awal dari rumah hari ni. Kakak asyik bercakap tentang HarUna sahaja. Malas aku nak dengar. Pagi-pagi lagi kakak dah spoilkan mood aku dengan muzik," jelas Seira. Yukari tersengih. Lampu isyarat pejalan kaki sudah bertukar hijau. Mereka sama-sama bergerak, menyambung perjalanan yang tergendala.

Sebaik tiba di sekolah, Seira disapa oleh perbualan yang amat dibenci olehnya. Eh! Benci ke? Hm, boleh lah. Kenapalah wujudnya muzik kat dunia ni? Menyusahkan saja! Ujarnya di dalam hati. Dia mula bergerak menghampiri pintu kelas.

"Kau tahu, aku dapat tiket konsert HarUna! Tapi bukan VIP pass la."

"Aku tak sabar nak tengok konsert HarUna!"

"Aku ada beli t-shirt dan topi HarUna. Aku nak pakai masa tengok konsert diorang!"

Yukari mengerling ke arah Seira yang sudah masam mencuka. Malah lebih teruk dari cuka! Dia mengusap belakang Seira. Dia tahu Seira tidak gemarkan muzik atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh si empunya diri. Seira menarik tangan Yukari. Dia menggeleng.

"Aku nak ke tandas sekejap. Kau masuklah kelas dulu," kata Seira pantas. Dia ingin beredar namun dihalang oleh Yukari. Yukari mengangkat kening. Seira menggeleng. "Tak apa. Aku ke tandas sendiri. Kau tak perlu nak risau," sambungnya. Dia lantas bergerak menuju ke tandas yang terletak tidak jauh dari kelasnya.

Balik-balik HarUna. Balik-balik HarUna. Kenapalah pelajar sekolah ni minat sangat dengan muzik? Seira menekan pili air dan mula mencuci mukanya yang kelihatan tidak bermaya setelah mendengar pelbagai cerita mengenai muzik a.k.a HarUna. Dia memandang pantulan wajahnya di cermin. Seketika kemudian dia tersenyum. Yosh! Mari bergerak ke kelas Seira! Lupakan kes HarUna dan tumpukan perhatian kepada pelajaran hari ni. Dia mula meninggalkan bilik air sekolah.

"Hari ini kita akan belajar mengenai Nutrisi. Sila buka buku teks Biologi anda semua," kata Cikgu Yvonne sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kelas. Semua pelajar mengeluh. Yukari memandang Seira. Sedang Cikgu Yvonne bercakap di hadapan, dia menghulurkan satu kertas kepada Seira.

Seira, aku mintak maaf sangat tapi aku perlu beritahu kau. Aku dapat free VIP pass to HarUna consert lusa. Aku tahu  kau mesti tak mahu ikut tapi aku nak ajak kakak kau. Boleh kan?

Membulat mata Seira saat membaca surat yang dihulurkan. Seira diam sebentar. Kemudian dia menghulurkan kembali surat itu kepada Yukari.

Nanti datang la rumah. Tanya kakak sendiri. Tapi rasanya dia memang akan ikut. Okay, kembali kepada Biologi.

***

"Kak, Seira tak nak. Seira tak mahu. Seira nak duduk rumah saja. Please la kak. Seira langsung tak nak ikut," rayu Seira kepada Saori. Saori mengeluh.

"Seira, akak bukan apa. Akak cuma takut sesuatu berlaku pada Seira kalau Seira tinggal sorang-sorang kat rumah. Dengar cakap akak ya. Untuk kali ni saja. Akan datang akak takkan paksa Seira ikut lagi," pujuk Saori. Dia berharap agar Seira akan mengikutnya dan Yukari ke konsert HarUna lusa. Dia bukan apa. Sebagai kakak, dia tidak mahu alpa dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh arwah ayah. Nanti dia rasa amat bersalah terhadap arwah. Seira memandang Saori dengan pandangan kelam lantas mengangguk lemah. Saori tersenyum.

"Macam inilah adik kakak. Akak janji. Habis saja konsert HarUna kita pergi makan di restoran kegemaran Seira ya. Kiranya sebagai tanda terima kasih sebab ikut cakap kakak." Mata Seira mula bercahaya. Dia mula mengukir senyuman. Penuh makna tersirat. Nampaknya ada can lah aku nak paw duit kakak. Seira ketawa di dalam hati.

3 comments:

anayue said...

cik sakura da update cter baru dia...

sakuraputih said...

kak norm : hehe...

dsyaleeza said...

*winkwink*
dah lama tak baca citer mcm ni! ^_^

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea