Monday, June 13, 2011

Aku Benci... - Song 3

Posted by intrigue at 00:00
Seira memandang dirinya pada cermin bujur di dalam biliknya itu. Dia mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia masih tidak percaya dengan keadaan dirinya yang berbaju itu. Baju HARUNA. Argh! Sesuatu yang dia mahu elakkan ialah memakai baju atau apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan muzik! Tetapi hari itu dia telah melanggar janji yang telah dibuatnya sejak peristiwa itu. Urgh, pening kepalanya memikirkan perkara itu. Dia meneliti penampilannya lagi sekali. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Kenapa dia merasakan ada sesuatu yang kurang? Rambut!

“Seira! Dah siap belum? Cepat sikit! Yukari dah sampai ni. Nanti kita lambat pula tiba di stadium,” jerit Saori dari tingkat bawah. Seira sedikit tersentak. Dia segera mencapai getah rambut lantas keluar dari biliknya.

“Sekejap kak! Seira dah nak turun ni.” Sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya, dia telah pun tiba di tingkat bawah. Nafasnya sedikit tercungap-cungap. Dia lantas mengikat rambutnya menjadi bentuk ekor kuda. Saori menggeleng. Adik ni memang tak sah kalau tak lari dalam sehari kan, bisik hatinya.


-Saori-
“Dah, jom kita bertolak sekarang. Nanti tak pasal-pasal kita kena beratur nak masuk stadium,” ujar Saori. Dia segera mencapai kot yang tergantung lantas mencampakkannya kepada Seira. Seira mencapainya lantas berlari keluar rumah. Tidak lupa, dia mengunci pintu rumah. Yukari yang menunggu tersenyum melihat mereka.


Seira sedikit tercengang.Dia melilaukan pandangannya ke segenap pelusuk Stadium Asterik. Eh silap! Ke segenap ruang di luar Stadium Asterik. Ramainya orang! Keadaannya mengundang tawa Yukari dan Saori. Mana tidaknya, keadaan Seira ini tidak ubah seperti rusa masuk kampung. Seira hanya diam. Dia tidak mahu mengulas apa-apa.


“Seira, Seira. Kau ni memang la. Naif sangat. Dah, sekarang mari kita ke belakang. Kita akan masuk melalui belakang stadium sebab kita gunakan pas VIP,” kata Yukari lantas menarik lengan kakak Seira, Saori. Seira hanya mengikut dari belakang. Dia tidak mahu mengganggu Yukari dan kakakknya kerana dia amat pasti yang mereka sedang membincangkan mengenai HarUna.


Yukari menunjukkan pas VIPnya kepada seorang lelaki yang berdiri di sebelah pintu belakang stadium. Lelaki tersebut menganggukkan kepalanya lantas membuka pintu dan membenarkan mereka masuk. Belum sempat Seira melepas pintu itu, dia terlanggar seorang lelaki. Seira tersungkur di tepi.


“Aduh! Maafkan saya. Saya tak sengaja,” kata Seira lantas berdiri. Dia menghadap lelaki di hadapannya. Seira tidak dapat melihat raut wajah lelaki itu kerana dia memakai cermin mata hitam dan topi untuk menutupi wajahnya. Seira sedikit hairan melihat lelaki tersebut memakai kaca mata hitam pada waktu malam.


“Aduh! Kau ni kenapa hah perempuan? Apa kau tak ada matakah? Ataupun kau buta?” Tanya lelaki tersebut. Sebaik sahaja dia melepaskan geram, dia segera masuk ke dalam stadium, meninggalkan Seira dalam keadaan terpinga-pinga. Seira sedikit berang. Yukari dan Saori yang menyaksikan keadaan itu segera menenangkannya. Dia memandang Yukari dan kakaknya silih berganti.


“Sebab tu Seira tak mahu ikut kakak dan Yukari ke konsert! Orang di konsert semuanya tak ada adab! Tak ada sivik! Tak reti nak menghormati orang lain!” Bentak Seira. Dia meneruskan perjalanannya diikuti oleh Saori dan Yukari. Mereka berdua cuba untuk menenangkan Seira namun dia langsung tidak mengendahkannya.


Mereka melangkah ke barisan di hadapan pentas. Oleh kerana barisan pertama dan kedua sudah dipenuhi penonton, mereka bergerak ke barisan ketiga. Mujur sahaja barisan itu masih ada tempat untuk mereka berdiri. Mereka mencelah.


“Bila HarUna nak naik ke pentas agaknya?” Tanya Saori kepada Yukari. Yukari menjongketkan bahunya. Seira buat-buat tidak dengar. Dia menyumbat mulutnya dengan lolipop perisa strawberi kegemarannya. Seketika kemudian kedengaran ramai orang sudah mula menjerit nama HarUna. Seira menutup telinganya.


“Apa khabar HarUka sekalian?!” Tanya seorang lelaki dari atas pentas. HarUka merupakan panggilan bagi peminat HarUna. Para penonton segera menjawab. Itu amat membingitkan telinga Seira. Apatah lagi melihat kakak dan kawan baiknya turut menjadi gila apabila HarUna sudah mula menyanyikan lagu yang entah apa tajuknya. Pada saat ini dia memang ingin lari dari tempat yang bakal merosakkan gegendang telinganya. Dia mahu beredar namun keadaan yang sesak menyebabkan dia semakin ke hadapan, mendekati pentas.


“Maaf, saya nak lalu. Saya nak keluar. Boleh beri laluan tak?” Tanyanya sopan kepada setiap orang yang menghalang laluannya. Semakin dia berjalan, semakin sukar untuk dia mengimbangkan badannya. Entah macam mana dia boleh tersadung kaki seseorang dan hampir terjatuh. Dia merasakan seseorang memegang tangannya dan menghalangnya daripada terjatuh.


“Urgh. Terima kasih,” katanya pantas sebaik sahaja dia dapat mengimbangkan dirinya kembali. Dia mengesan sesuatu yang tak kena. Sesuatu. Kenapa stadium ni tiba-tiba sunyi? Kenapa aku tak dengar orang nyanyi? Dia memandang sekeliling. Semua orang memandangnya. Dia memandang ke hadapan, menghadap orang yang telah menyelamatkannya. Dia tergamam. Lelaki dan... Mampus!


“Awak tak apa-apa?” Tanya pemuda tersebut. Seira menggeleng lantas berjalan menjauhinya. Pemuda itu menarik tangannya. “Biar saya hantar awak ke belakang pentas.” Sebaik sahaja pemuda itu berkata begitu, semua penonton menjerit. Seira sempat mendengar pelbagai jeritan yang dilemparkan.


“Ah! Sky milik aku! Tak guna punya perempuan!”


“Wah, bertuahnya perempuan tu! Aku pun nak diselamatkan oleh vokalis HarUna!”


Seira mengeluh. Dia cuba untuk menarik tangannya dari terus digenggam oleh vokalis HarUna a.k.a Sky namun genggaman Sky terlalu erat. Dia memandang Sky. Terasa ingin mencekik lelaki itu pada saat ini. Sesuka hatinya sahaja menggenggam tangan anak dara orang!


“Kau duduk di sini dulu. Jangan pergi mana-mana sampai konsert ni habis. Aku nak jumpa kau lepas ni. Kim, kau uruskan budak ni. Jangan bagi dia pergi mana-mana,” kata Sky kepada seorang budak lelaki bernama Kim. Kim hanya menurut. Seira menjelingnya. Tadi bukan main bersaya-awak dengan aku. Sekarang beraku-kau pula. Mamat mulut manis! Boleh jalan lah! Kutuknya di dalam hati sebaik sahaja Sky menghilang dari pandangan matanya. Sebentar kemudian dia terdengar nyanyian kumpulan HarUna kembali menggegarkan Stadium Asterik.

3 comments:

Sasha Aihara @ Virtual Writer said...

ala-ala manga. cpat2 sambung tau!!

intrigue said...

minggu depan akan keluar entri baru..sabar ya kak sha.. :)

Tachikawa said...

Thanks for following my Blog...
Nice Blog you have there...
Simple and nice...

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea