Wednesday, March 30, 2011

Suraya - Part 2

Posted by intrigue at 00:00
Reactions: 
"Urghh! Penatnya hari ini. Panas pula tu! Dahlah kelas banyak gila. Ditambah pula perbincangan dengan buah-hati-sebelah-tangan Marlisa." Aku segera menghempaskan tubuhku ke atas sofa L shape yang dibeli di IKEA tahun lepas oleh ibuku. Aku meliarkan mataku ke segenap kondo mewah milikku. Rumah ini dibeli oleh papa untukku agar aku mudah untuk pergi balik dari UPM, tempat aku menimba ilmu sekarang ini. Disebabkan sifatku yang kurang berani (aku ulangi - kurang berani), aku ajaklah sahabat baik dunia akhiratku duduk di sini bersamaku. Siapa lagi kalau bukan Marlisa Suhana bt Sulaiman, bestfriendku sejak azali.


"Hoi, barangan ke?" Sergah Marlisa dari belakang. Aku tersentak. Air yang sedang kuminum hampir tertumpah. Mujur aku tidak tersedak.


"Mar, kau ni kalau tak sergah aku sehari tak sah kan. Kau ni, nasib baik aku tak terjatuh. Kalau tak, habis gempa bumi satu Selangor ni," marahku sedikit bergurau. Eh, sempat lagi aku nak bergurau. Hm, apa-apa sajalah Suraya. Muncungku sudah sedepa mengalahkan Donald Duck! Saja ingin menarik perhatian Marlisa.


"Ala, janganlah merajuk Suraya sayang. Nanti aku panggilkan Sufi....." Belum sempat Marlisa menghabiskan kata-kata, satu cubitan dariku hinggap di peha kanannya. Dia mengelak.


"Mar!! Tak baiklah," balasku sambil menahan tawa. Selepas berjaya meredakan tawa, Marlisa menekan punat remote control yang terletak di atas meja di hadapan kami. Dia mencari saluran yang menarik untuk ditonton.


"Mar," ujarku.


"Hmm, apa dia?" Balas Mar, kurang berminat.


"Kalau ditakdirkan aku mati, kau sedih tak?" Soalku. Marlisa tersentak. Dia memandangku. Mukanya jelas terkejut dengan apa yang didengari dari mulutku.


"Kenapa kau tanya aku macam tu, Su?" Marlisa sudah mula berdiri. Kelihatan air mata bertakung di tubir matanya. Aku sedikit kaget.


"Hmm, tak ada apa-apalah. Aku saja tanya," balasku sambil tersenyum. Aku kemudiannya memalingkan muka. Sedih mahu terus memandang mukanya.


"Huh, ada-ada sajalah kau ni," ujar Marlisa sedikit lega. Aku kembali tersenyum memandangnya. Aku bingkas berdiri dan melangkah menuju ke dapur. Tekakku terasa gersang, segersang gurun Sahara. Tiba-tiba langkahku terhenti. Kepalaku merasakan satu kesakitan yang tidak dapat digambarkan. Pandanganku berpinar. Aku cuba untuk memanggil Marlisa tetapi kemudian keadaan menjadi gelap.

0 comments:

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea