Friday, April 01, 2011

TWINS

Posted by intrigue at 22:07
BAB 2

KRING!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Waktu rehat ialah waktu yang amat ditunggu-tunggu oleh Kara. Banyak perkara yang ingin diceritakan kepada rakannya. Maklumlah, hari ini merupakan hari pertama persekolahan setelah tiga bulan bercuti. Lagi pula, Kara tidak sempat untuk berjumpa dengan rakannya pagi tadi disebabkan kelewatannya bangun dari tidur. Kara menunggu sehingga kelasnya kosong. Sengaja dia berbuat demikian. Dia tidak betah berasak-asak. Padanya, biar lambat asal selamat. Lagi pula, kelas rakannya tidaklah jauh mana. Setakat perlu berjalan 5 langkah sahaja.

Akhirnya, setelah menunggu selama 7 minit dan 46 saat, Kara pun keluar dari kelasnya. Sambil membimbit bekal makanan yang disediakan sendiri pagi tadi, dia berjalan ke kelas rakannya. Ketika tiba di muka pintu kelas itu, dia segera menjengukkan kepalanya ke dalam untuk mencari kelibat rakannya. Yang kelihatan hanyalah bagasinya. Batang hidung rakannya langsung tidak kelihatan. Ke manakah rakannya itu? Hmm...ke tandas mungkin.

(Kara)

"Morning Kara. Cari Lya ke?" tanya seseorang dari arah belakang. Kara memusingkan badannya 180 darjah anticlockwise. Memandang si empunya suara seketika lantas mengangguk dan tersenyum. "Lya ke tandas. Mungkin dia tak balik ke kelas semula kot sebab aku tengok dia terus ke tandas dengan bekal makanan dia."

"Kalau macam tu, aku terus ke tandaslah. Thanks Rin. I owe you a lot," balas Kara lantas mengenyitkan matanya. Rin hanya tersenyum. Faham benar dia dengan perangai Kara yang happy-go-lucky itu.

***

Kara berjalan menuju ke tandas sambil tersenyum. Para pelajar yang berjalan melintasinya memandang hairan. Budak ni betul ke tak sebenarnya? Hm..itulah antara pernyataan yang sempat didengar olehnya. 'Nasib kau lah Kara, orang kutuk kau macam tu. Hm..biarlah. Macam lah diaorang tak pernah tersenyum sendiri,' katanya di dalam hati. Haih! Semakin lebar pula senyumannya.

Tiba di suatu simpang iaitu lagi beberapa langkah sahaja untuk tiba di tandas, satu hentakan singgah di bahunya. BRUKK!! Terjatuh bekal makanannya. Alamak! Bekal makanan terjatuh! Mampus kalau tumpah! Tak makanlah aku jawabnya kalau bekal makanan tumpah. Kara segera meneliti bekalnya. Huh! Lega. Tidak terbuka sedikit pun bekalnya.

"Awak tak apa-apa?" tanya satu suara. Kara memandangnya. Lelaki rupanya yang aku langgar.

"Oh, saya tak apa-apa. Saya minta maaf. Biar saya bantu awak angkat barang ni," balas Kara. Sambil membantu lelaki itu, Kara mengambil kesempatan untuk memandang wajahnya. Hmm.. macam pernah nampak lelaki ni. Kara mengerutkan dahinya. Tanpa disedari, Kara tersentuh jari telunjuk lelaki itu. Seperti terkena kejutan elektrik, dia segera menarik tangannya. Begitu juga lelaki itu. Masing-masing menunjukkan ekspresi terkejut.

"Ma...ma..maafkan saya," kata Kara kepada lelaki itu lantas bergerak meninggalkannya. Dia terus ke tandas dengan kepala yang berserabut. Kenapa dengan aku ni? Apa yang berlaku tadi? Kenapa aku rasa macam terkena kejutan elektrik? Kenapa aku rasa macam aku pernah kenal dia padahal aku tak pernah jumpa dia pun sebelum ni? Ish! Kenapa aku fikir pasal mamat tu? Apa kena dengan aku ni? Keningnya berkerut.

"Kara? Hey, what's the matter. You look so gloomy right now. Ada apa-apa yang berlaku ke tadi?" tanya Lya yang datang entah dari mana. Terkejut Kara dibuatnya. Bagai mahu tercabut jantungnya.

"Hish kau ni Lya. Sehari tak menyakat aku tak sah kan. Nak luruh jantung jantung aku tahu. Lya, aku dah lapar. Jom makan," balas Kara sambil menunjukkan riak simpati pada wajahnya. Lya tersengih lantas menggelengkan kepalanya. Dia tahu Kara ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Biarlah. Kalau sudah sampai masanya pasti dia akan beritahu aku, bisik Lya dalam hati

 "Okey, jom. Aku pun dah lapar." Kara menarik tangan Lya. Terasa seperti ada yang memandang, Lya segera memusingkan kepalanya. Tiada. Mungkin perasaannya sahaja tanpa dia mengetahui memang ada seseorang yang sedang memandang mereka.

***

"Pergi selamatkan diri kau Lynnet."

"Macam mana dengan Lyvia?"

"Aku minta maaf. Kita tak dapat nak selamatkan Lyvia. Dia dah jadi anak patung Gaviens."

Lynnet terkedu. Lyvia jadi pengikut Gaviens? Tapi macam mana? Sesaat kemudian, dia memandang Ecsentra yang sedang berterusan melawan Gaviens. Tanpa disedari, Lynnet segera melarikan diri untuk keluar dari pangkalan yang seperti neraka itu.

"Lynnet, kenapa ni? Termenung je dari tadi," tegur satu suara dari arah belakang. Lynnet tersentak. Sejurus dia memandang ke belakang. Dia cuba untuk mengukir senyuman walaupun pahit. "Teringatkan Lyvia lagi?" Lynnet menghembuskan nafasnya.

"Sakura, macam mana saya nak lupakan Lyvia? Dia adik saya. Dialah satu-satunya keluarga yang saya ada di sini," lirih Lynnet. Dia memegang tangan Sakura untuk mencari kekuatan. Belum sempat Lynnet berbuat apa-apa, Sakura bersuara.

"Lynnet, Ecsentra cari awak. Dia cakap ada benda penting yang dia nak beritahu awak." Lynnet mengerutkan dahinya. Keningnya hampir bertemu membentuk huruf V. Dia menatap raut wajah Sakura, mencari kebenaran daripada kata-kata wanita itu.

"Kenapa Ecsentra nak jumpa saya?" tanya Lynnet kepada Sakura. Sakura hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

"Better you go now," kata Sakura. Lynnet mengangguk. Sebelum beredar, dia menghadiahkan satu ciuman di pipi kanan Sakura. Wajah Sakura merona merah.

***

Lynnet berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Dia tahu Ecsentra pasti berada di situ. Dia mengetuk pintu bilik mesyuarat. Seketika kemudian, dia memusingkan tombol pintu bilik dan mula melangkahkan kaki ke dalam bilik itu. Bilik mesyuarat merupakan satu-satunya bilik yang tidak dilengkapi dengan pintu auto mahupun semi-auto. Kata Ecsentra, bilik itu sengaja dibiarkan kuno untuk mengekalkan identiti Asyiria Lama.

"Lynnet, kenapa tercegat lagi tu? Please, take a seat. Ada perkara penting yang aku nak beritahu kau," kata Ecsentra kepada Lynnet yang dilihatnya agak teragak-agak. Lynnet menarik kerusi dan mula duduk menghadap Ecsentra. Fikirannya kembali melayang teringatkan Lyvia dan Sakura.

"Aku ada satu tugasan untuk kau. Aku nak kau bersedia fizikal dan mental untuk ke Negara Xune. Pengawal Negara Xune datang beritahu aku pagi tadi yang perpustakaan negara mereka telah diceroboh dan Secret Chamber telah dimasuki orang asing. Buku Clandestine telah dicuri. Mereka syak orang-orang FTI yang menceroboh. Aku nak kau pergi malam ni - kau dan Ash. Aku dah beritahu Ash awal tadi," terang Ecsentra panjang lebar. Lynnet menganggukkan kepalanya. Dia kemudian memandang jam di dinding.

Ecsentra yang menyedari segera berkata "Sekarang masa untuk melatih Misa kan. Kalau macam tu, kau boleh pergi. Cuma jangan lupa bersedia untuk malam ni. Dan jangan cakap pada Misa yang kau akan ke Xune. Nanti dia nak ikut." Lynnet tersengih. Dia meminta diri.

***

"Evening abang Lynnet. Lambatnya abang hari ni," tegur Misa ketika Lynnet baru tiba di Orchestra River, tempat Lynnet selalu melatihnya bermain pedang. Lynnet hanya tersengih. 'Ish! Tersengih pula abang aku sorang ni! Tumbuk karang!' bisik Misa dalam hati. Lynnet masih lagi tersengih macam kerang busuk.

“Misa janganlah marah. Bukan sengaja pun abang nak lambat,” tingkah Lynnet. Misa menggeleng.

"Oleh kerana abang Lynnet lewat hari ni, abang didenda! Sebagai dendanya, you need to teach me magic." Lynnet ternganga.

0 comments:

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea