Thursday, March 24, 2011

Sumpah atau Hikmah - Scene 2

Posted by intrigue at 20:29
Perpustakaan Merlynn Gakuen, High School of Witchcraft and Wizardy



Lagu nyanyian kumpulan Backspace yang bertajuk Solid Wonder berkumandang di telinganya. Oleh kerana dia berada di perpustakaan, tidak dapat tidak dia hanya mendengar melalui headphone yang tergantung di kepalanya walaupun hari itu merupakan hari cuti sekolah. Tangannya ligat mencapai buku-buku yang penuh di atas troli lantas berjalan menuju ke arah rak yang penuh bersusun buku. Baru sahaja dia meletakkan buku-buku tersebut di raknya, satu suara menyapanya dari belakang.

"Noel, mesyuarat aku dah selesai. Jom kita balik," terang seorang lelaki yang muncul entah dari mana. Noel memandang lelaki tersebut dengan sedikit rasa bersalah.

"Em..kau duduklah dulu Moon. Kerja aku ni sikit lagi nak selesai. Perdón Moon. Aku tak sangka pula yang kerja ni banyak lagi," balas Noel sambil memandang ke arah troli yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku.

"Tak mengapa. Take your time. Balik awal pun bukannya ada orang di rumah," balas Moon. Dia segera meninggalkan Noel dengan kerjanya lantas mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. Dia lantas mengeluarkan kamera dari bagasinya dan mengambil gambar pemandangan di luar tingkap. Sikapnya yang suka mengambil gambar memang tidak dapat dipisahkan.

Noel yang memerhati itu tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya. Kemudian, dia segera menyelesaikan kerjanya yang tergendala. Moon..Moon.. Kau ni memang tak habis-habis dengan kamera. Mengalahkan orang yang memang kerjanya mengambil gambar sahaja, ujar Noel di dalam hati. Dia menolak troli dari satu rak ke rak yang lain. Buku diletakkan dengan pantas tetapi berhati-hati. Dia mahu menyiapkan kerja ini secepatnya.

Usai mengemas buku, Noel menghampiri Moon yang sedang leka memerhatikan gambar yang ditangkapnya sebentar tadi. Dia tersenyum melihat gelagat Moon yang tidak menyedari kehadirannya. Dia menyentuh bahu Moon.

"Oh belon meletup! Ish kau ni, kalau tak terkejutkan aku sehari tak sah kan," kata Moon sebaik sahaja Noel menjatuhkan tangannya dari bahunya. Noel sedikit tersengih.

"Sejak bila pula kau suka melatah macam ni Moon? Pelik ni," balas Noel selamba. Moon menjelingnya geram.

"Kerja kau dah selesai?" Tanyanya cuba untuk mengubah tajuk perbualan. Tangannya pantas menyimpan kembali kameranya yang terdapat gambar-gambar yang hanya dia sahaja yang mengetahuinya.

"Baru saja selesai. Hah, tadi bukan main lagi tak nyempat-nyempat nak balik. Sekarang aku dah siapkan kerja aku. Jomlah gerak. Matahari pun dah nak tenggelam ni." Mereka berdua segera bergerak laju keluar dari perpustakaan dan terus ke tangga. Dengan berhati-hati mereka menuruni anak tangga itu satu persatu. Kalau tersadung, alamatnya tidak ke sekolah la mereka nanti. Huhuhu...

"Sekejap!" Kata Noel pantas setelah mereka tiba di ground floor sekolah itu. Moon memandangnya hairan. Apa kes pulak mamat yang seorang ni?

"Kau tunggu di sini sahaja. Aku nak ke satu tempat sekejap," kata Noel sebelum meninggalkan Moon terpinga-pinga di situ.

Noel berlari-lari anak menuju ke suatu tempat. Dia membelok sedikit ; mengelak daripada terlanggar tembok di hadapannya. Dia membelok lagi. Sampai! Dia melepaskan nafas lega. Sedikit kepenatan namun dia tidak kisah.

Dia membuka sedikit pintu bilik tersebut. Menjenguk ke dalam. Seketika kemudian dia tersenyum dan mengangguk. Pantas dia keluar dan kembali kepada Moon. Mereka berdua beriringan pulang sambil fikiran masing-masing melayang entah ke mana. Hanya mereka sahaja yang tahu.

0 comments:

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea