Monday, March 07, 2011

Sumpah atau Hikmah - Prolog

Posted by intrigue at 20:05
"Hah? Syarikat papa dah bankrap? Mama ni biar betul. Yui tak percaya cakap mama," balas Yui tatkala mamanya menelefon dan memberitahu mengenai berita malang itu melalui telefon berteknologi suria yang dapat memaparkan imej orang yang menelefon. Ketika ini Yui di dalam tandas wanita bersama rakannya, Sara. Ia disebabkan peraturan sekolah yang tidak membenarkan pelajarnya menelefon atau menerima panggilan telefon ketika waktu persekolahan.

"Yui sayang, buat apa mama nak tipu? Sekarang ini papa tengah sibuk bersidang dengan kesemua CEO Syarikat Krisolla mengenai perkara ini. Mama sudah telefon Kak Rose dan memberitahunya tentang ini. Sekarang mungkin Kak Rose sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Mama mahu Yui juga pulang ke rumah secepatnya."

"Tapi mama, Yui masih di sekolah lagi. Sekarang Yui dalam perjalanan untuk ke makmal 'Witchcraft and Wizardy'. Takkan mama nak Yui skip kelas?" Sambungnya. Mukanya kelihatan sedikit berkerut. Dia memandang Sara yang setia disisinya.

"Hm..mama pun sebenarnya memang tak suka kalau anak-anak mama main skip kelas. Tapi perkara ini sangat penting Yui. Lebih penting daripada pelajaran kamu kerana kalau betul Syarikat Krisolla bankrap, alamatnya kita terpaksa pindah ke Grenadia, pulau yang paling terpencil di dunia," kata mama mengakhiri perbualan mereka. Yui dan Sara tersentak.

"Apa!?"

0 comments:

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea