Thursday, December 22, 2011

Football Love

Posted by intrigue at 16:38
Reactions: 

“Ah! Captain Kazuya! Kau nampak tak tadi dia buat jaringan? Nampak tak? Nampak tak? Hatrik tu!” Ami menunjukkan jaringan gol yang dilakukan oleh pemain bola sepak negara yang bernama Kazuya itu. Eri menunjukkan riak bosan.

“Ami, dah sepuluh kali kau tunjuk jaringan gol dia. Berhentilah Ami. Aku nak tengok cerita lain pula ni. Bak sini remote control tu.” Eri merampas remote dari tangan Ami. Ami tersengih.

“Oh ya. Semalam abang aku suruh sampaikan ini pada kau. Dia kata tiket menonton perlawanan bola tapi aku tengok macam kertas koyak je,” beritahu Eri pantas. Dia menghulurkan tiket itu kepada Ami.

“Ah! Tiket perlawanan bola! Wei, pas VIP ni! Mana abang kau dapat?” tanya Ami hairan. Eri mengangkat bahu.

“Entah. Dia cakap dapat dua tiket percuma. Dia suruh aku bagi kat kau satu. Lepas ni dapatlah kau jumpa Kazuya kesayangan kau tu. Dan lepas ni jangan nak ganggu aku tengok tv lagi.” Mereka berdua ketawa sakan.

***

Ami beratur panjang di bahagian pendaftaran. Jam telah menunjuk ke angka 12. Apabila tiba gilirannya, jam telah pun menginjak ke angka 1. Sudah satu jam baru gilirannya tiba. Dia menunjukkan tiketnya. Setelah itu, pengawal memberinya kebenaran untuk masuk ke stadium. Pengawal itu menunjukkan kerusi khas untuknya. Yelah, tiket VIP kan.... Kedudukan kerusinya betul-betul di sebelah padang. Tuah badan sungguh!

‘Kalau macam ni, confirm dapat tengok Kazuya bermain depan-depan. Kalau bertuah, mungkin dia akan pandang aku! Kyaa!!’ jerit Ami di dalam hati. Dia tersenyum senang.

Sebaik sahaja jam menginjak ke angka 2 petang, pemain bola berjalan keluar dari terowong. Semua penonton mula bersorak termasuklah Ami. Dia membelakangi stadium, menunjukkan nombor pemain pada jersey yang dipakainya. Semestinya nombor Kazuya ‘KAMENASHI 20’

***

Perlawanan telah tamat dengan kemenangan pasukan tuan rumah iaitu pasukan yang diketuai oleh Kazuya. Penyokong tuan rumah bersorak gembira di atas kemenangan tersebut. Memang tidak dinafikan kekuatan tuan rumah mampu memukau penonton. Ami segera meloloskan diri ke tempat pemain berkumpul. Dia mahu mencari Kazuya. Dia terlihat kelibat Kazuya bersama teammatesnya. Oleh itu dia tidak mahu mengganggu mereka.

“Em adik, boleh tolong sampaikan kertas ni kepada Kazuya?” Budak tersebut menganggukkan kepalanya dan pergi. Ami segera  keluar dari stadium. Dia telah menulis sedikit nota di dalam kertas itu. Dia minta agar Kazuya bertemunya di luar stadium. Dia berharap agar Kazuya dapat memenuhi permintaannya yang satu itu.

15 minit kemudian, dia terdengar bunyi derapan kaki. Semakin lama semakin hampir. Dia tersenyum. Dia memandang ke arah bunyi tersebut dan terdiam. Dia hairan apabila pemilik derapan kaki itu menyapanya.
“Hai. Awak Ami Dawn ya?” Ami mengangguk. Ya, itu namanya. “Tadi ada budak lelaki berikan ini kepada saya. Jadi saya pun datang ke sini seperti yang awak minta.” Ami terkesima. ‘Jadi, budak tadi tersalah bagi? Oh tidak! Pasti dia keliru nama Kazuya dan Yuya. Baik aku beritahu perkara yang sebenar,’ bisik Ami di dalam hati.

“Sebenarnya saya memang..”

“Saya tahu. Awak memang minat kat saya kan. Terima kasih. Saya sangat gembira apabila ada yang meminati dan menghargai saya sebagai pemain bola walaupun saya sendiri masih baru di dalam bidang ini.” Ami tersenyum. ‘Layan sajalah,’ getus hatinya.

“Saya sangat kagum dengan awak. Walaupun awak baru main tapi awak telah buat 5 jaringan dalam 3 perlawanan. Hebat tu! Gol tadi pun hebat juga. Bycicle kick. Sangat cantik walaupun tidak sehebat hatrik Captain,” kata Ami ikhlas. Yuya tersenyum.

“Hm, saya kena pergi dulu. Pasti teammates saya menunggu. Apa kata kalau awak datang ke stadium dan lihat kami berlatih esok hari?” Mata Ami bercahaya. Yuya mengangguk dan tersenyum. Dia lantas berjalan meninggalkan Ami di situ sambil melambaikan tangannya.

‘Esok? Latihan? Oh gosh nak kena datang ni! Terima kasih Yuya. Dapat juga aku tengok latihan mereka!’

***

Ami tiba tepat jam 9 pagi. Dia menghulurkan pas yang diberi oleh Yuya. Entah bila pula Yuya selitkan pas itu di dalam jaket yang dipakainya semalam. Sebaik sahaja dia menjejakkan kakiknya di dalam bilik latihan, dia terlihat kelibat Kazuya. Hatinya melonjak gembira. Dia mendekati Kazuya namun dia membatalkan niatnya kerana ada perempuan bersama Kazuya.

“Eh Ami. Awak dah datang. Cepatnya. Tak sabar nak jumpa saya ya?” tanya Yuya apabila terlihat Ami yang berada tidak jauh darinya.

“Eh..eh..mana ada. Lawak je awak ni. Yuya, saya nak tahu. Siapa yang bersama dengan Kazuya? Setahu saya peminat tidak boleh masuk ke tempat latihan sesuka hati kecuali kalau peminat tersebut ada kena mengena dengan pemain seperti keluarga atau kekasih.”

“Itu bekas kekasih Kazuya. Mereka putus kerana perempuan tu tak sanggup tengok Kazuya didekati oleh perempuan lain a.k.a peminat dia. Dah lama juga mereka berpisah. Entah kenapa perempuan tu tiba-tiba datang semula. Ami, mari tengok kami berlatih.” Ami mengangguk.

***

Seminggu kemudian....

“Kau nak tengok perlawanan lagi? Ami, kau tak beli tiket pun. Abang aku pun tak ada dapat tiket free minggu ni. Macam mana kau nak pergi tengok?” Ami tersengih.

“Hehe.. Yuya yang bagi aku. Kali ni memang betul-betul front seat. Belakang mananger and the coaches punya tempat duduk.” Eri membulatkan mata.

“Yuya?! Bukan kau suka Kazuya ke? Hai Ami, takkan kerana bunyi nama belakang hampir sama kau dah keliru kot.” Eri tergelak.

“Hish kau ni. Yuya dengan aku kawan sajalah! Dahlah, aku nak pergi ni. Jumpa kau esok. Sayonara!”


“Yuya! Ganbatte!” jerit Ami apabila kelibat Yuya mula kelihatan. Yuya yang terdengar jeritannya terus memandang. Dia menghadiahkan senyuman kepada Ami. Setelah bersalaman dengan pasukan lawan, 
permainan pun dimulakan.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan buat pasukan Kazuya. Ami segera mencari kelibat Yuya. Dia mahu mengucapkan tahniah tetapi Yuya mengajaknya pergi makan. Ami hanya menurut sahaja. Dia sendiri sudah lapar.

“Wah! Perlawanan yang hebat Yuya. Saya kagum dengan awak. Awak buat hatrik!” Yuya hanya tersenyum.

“Tak adalah. Ianya bantuan dari teammates jugak.” Ami mengangguk. Mereka memesan makanan dan minuman yang sama. Tidak lama selepas itu makanan pun tiba.

“Yuya, boleh saya tanya kenapa Kazuya nampak tertekan saja hari ni? Dia langsung tak jaringkan gol. Malah prestasinya hari ini pun tidak begitu memberangsangkan. Dia ada masalahkah?” tanya Ami apabila makanan yang mereka pesan sudah sampai.

“Hm, tak sangka penonton pun boleh perasan perubahan Kazuya. Sebenarnya tadi makwe Kazuya ada datang sebelum perlawanan. Makwe dia menangis. Teruk sangat. Bila Kazuya tanya kenapa, makwe dia cakap dapat gangguan yang teruk dari bekas teman wanita Kazuya. Tu yang Kazuya bengang sampaikan dia tidak dapat bermain dengan sepenuh hati. Memang masalah.” Ami tersentak. Dia tidak tahu yang Kazuya telah mempunyai teman wanita. Hatinya sedikit sayu namun timbul juga perasaan lega.

“Sejak bila Kazuya ada teman wanita?”

“Lama dah. Dua bulan yang lepas. Em Ami, saya ada satu benda nak cakap dengan awak. Saya harap awak sudi mendengar. Sebenarnya saya sukakan awak. Awak merupakan orang pertama yang datang berjumpa dengan saya. Saya sangat terharu. Tetapi itu bukan alasan kenapa saya sukakan awak. Kita dah lama berkawan dan saya sudah biasa dengan awak. Sudikah awak jadi teman wanita saya?” Ami terkedu. Lagi satu kejutan!

“Yuya, sebenarnya saya sukakan Kazuya. Itu yang saya nak cakapkan. Surat yang awak terima itu sebenarnya untuk Kazuya. Budak tu salah beri tetapi saya biarkan saja. Pada saya, apa salahnya berkawan dengan awak. Tetapi apabila dah lama bersama dengan awak dan ketidak sempatan saya untuk bercakap dengan Kazuya menyebabkan saya sudah terbiasa dengan kehadiran awak. Saya juga sudah sukakan awak. Saya minta maaf kalau kenyataan ini menyakitkan awak.” Ami dapat melihat wajah Yuya sedikit berubah. Ah, salah Ami juga. Siapa suruh dia tidak berterus terang dari awal!

“Kalau budak tu tak salah bagi surat tentu awak sudah berkawan dan bersama dengan Kazuya. Awak tak menyesal ke?” tanya Yuya perlahan. Matanya hanya dihalakan ke pinggan makanannya. Ami tersenyum.

“Kalau budak tu tak salah bagi surat, tentu saya dah menangis air mata darah kerana Kazuya sudah ada teman wanita. Walaupun saya tidak terfikir untuk menjadi teman wanitanya tetapi sebagai perempuan, apabila sudah berdekatan dengan orang yang mereka suka perasaan itu sedikit sebanyak akan timbul juga. Jadi saya tidak menyesal. Saya minta maaf Yuya. Saya yang bersalah kerana menyebabkan awak rasa kurang selesa.” Yuya menggeleng.

“Tidak. Ianya salah saya juga. Kalau saya beri ruang kepada awak untuk berterus terang, mungkin kita takkan rasa janggal seperti hari ini.” Mereka berdua tidak bersuara untuk beberapa minit, menikmati hidangan yang dipesan tadi.

“Jadi, awak masih sudi untuk jadi teman wanita saya? Eh maksud saya kawan saya.” Yuya mengetap bibir. Dia tahu kesalahannya. Ami tersengih.

“Kalau awak tak tanya pun saya sudi jadi teman wanita awak. Saya sukakan awak juga Yuya. Sejak kita berkenalan. Ianya pelik tetapi itulah kenyataannya. Perasaan ini datang dengan tiba-tiba. Saya sudi.” Yuya sudah mula tersenyum. Ami juga. Dia tahu pemain bolanya kini hanya Yuya.

p/s : sebagai tanda minta maaf, saya double-kan cerpen untuk anda :)

4 comments:

Anonymous said...

napa nak tiru komik? taula awak suka baca komik.. tp meniru idea dari komik macam hampeh la

Anonymous said...

dont be mean to other people la my dear...cian die...klu x suke tgr in private...supaya x memalukan die...

sakuraputih said...

Maaf saya tak tahu dah ada dlm komik..saya dah lama x baca.. Anyway, thanks for the comments :) i'll try to find something new :)

Virtual Writer said...

sakura: betul. memang agak sama mcm satu komik ni. tapi, cara mamat yuya tu tahu yang ami tersilap orang x sama. btw, cerpen ni sgt nice. :D

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea