Wednesday, December 28, 2011

Aku Benci... - Song 6

Posted by intrigue at 19:53
Reactions: 
Sky menapak masuk ke dalam Bangunan Asterik, bangunan yang menempatkan Emi Production, sebuah syarikat rakaman yang bertanggungjawab melatih HarUna. Jam di tangannya menunjukkan sudah pukul 10.00 pagi. Dia sudah lewat dua jam kerana kesesakan lalu lintas. Ya, dia tipu. Dia terlewat kerana tidur lambat malam tadi. Itulah, asyik teringatkan minah pelik tu sampaikan masa tidur aku pun terganggu. Sky menggelengkan kepalanya.


"Sky, ini merupakan kali pertama awak lambat. Kenapa? Awak ada masalah di rumah kah?" tanya pengus HarUna, Encik Takashi. Sky menggeleng.


"Saya minta maaf Encik Takashi. Susah nak tidur malam tadi. Lain kali saya akan lebih punctual. Jangan risau." Encik Takashi mengangguk.


"Baiklah. Ini merupakan amaran yang pertama daripada saya. Saya tak mahu awak atau mana-mana ahli yang lain bekerja sambil lewa dan tidak tepati masa. Ingat tu," katanya sambil memandang wajah ahli-ahli HarUna yang turut berada di situ ketika itu. Mereka semua menganggukkan kepala. Kalah burung belatuk!


"Baiklah, saya ada satu pengumuman nak buat sebenarnya. Oleh kerana pencapaian kamu semua dalam konsert tempoh hari, ada permintaan daripada peminat yang inginkan kamu 'naik semula ke pentas'. Jadi, bulan depan kita akan adakan konsert lagi di Stadium Asterik. Boleh?" tanya Encik Takashi. Walaupun keputusan telah dibuat namun dia tetap mahu mengetahui keputusan daripada diri mereka sendiri.


"Sangat boleh! Saya tak ada bantahan," balas Kent pantas. Yang lain hanya menganggukkan kepala. Memang lumrah sebagai seorang penyanyi, pasti mahu melangkah ke atas pentas lagi!


"Bagus. Kalau macam tu, sekarang kita akan mulakan latihan. Oh ya, esok kita akan rakamkan lagu baru. Lagu itu akan kamu nyanyikan pada konsert akan datang. Jadi, sila ke bilik latihan sekarang ya," kata Encik Takashi sambil tersenyum. Ahli kumpulan HarUna memang mendengar kata.


Selesai sahaja perbualan, mereka terus bergerak ke studio untuk mula berlatih. Nasib mereka baik kerana masing-masing berlainan tugas. Kent bermain gitar, Zack pula bermain dram. Nick bermain bass manakala Sky vokalis pasukan. Mereka hanya perlu tumpukan perhatian kepada lagu dan nyanyian sahaja. Mereka tidak perlu berpenat lelah untuk menari dan menghafal tarian.


***

Seharian mereka berlatih di studio. Masing-masing sudah kepenatan. Sky mencapai beg sandang yang dibawa bersamanya dari pagi tadi. Dia mengemas barangnya dan memasukkannya ke dalam beg. Ketika dia mahu menutup semula begnya, satu bungkusan menyapa penglihatannya. Dia menepuk dahi. Macam manalah dia boleh terlupa! Dia mencuit bahu Zack.


"Ini, ada bungkusan untuk kau daripada 'dia'. 'Dia' minta aku yang sampaikan," beritahu Sky. Zack mengambilnya dari tangan Sky. Dia tersengih. Kent memukul bahunya.


"Wei, kot ya pun teman wanita kesayangan yang bagi hadiah takkan tak mahu buka depan kita orang kot?" sindir Nick yang duduk bersebelahan dengan Kent. Dia memandang Kent lantas mengenyitkan matanya sebelum tawa mereka bersatu. Sky turut menghamburkan gelak tawanya.


"Kau orang ni tak habis-habis nak sakat aku kan. Sudah la, aku nak balik," balas Zack lantas mengangkat punggung untuk pulang ke rumah. Mereka yang lain sambung mentertawakannya. Memang sudah menjadi kelaziman bagi mereka semua untuk mengusik Zack. Almaklumlah, mereka yang lain belum ada teman wanita lagi.


"Okey lah geng. Aku pun nak chiaow ni. Jumpa kau orang esok pula ya," ujar Sky. Dia malangkah keluar, meninggalkan dua orang rakannya yang masih di bangku studio itu. Mereka berdua hanya melambaikan tangan tanpa membalas apa yang diperkatakan.


Sky hanya berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya. Dia tidak betah untuk menaiki bas apatah lagi kereta yang disediakan oleh syarikat rakaman. Padanya, lebih baik berjalan kaki daripada menaiki semua itu kerana ia hanya membazirkan wang sahaja! Dia bukannya anak orang kaya yang ada segalanya. Sekurang-kurangnya dengan berjalan kaki dia dapat berjimat di samping menyihatkan tubuh badan.


Apabila tiba di suatu simpang, dia membelok ke kanan. Dia melilaukan pandangan ke segenap kawasan perumahan itu. Diteliti kawasan perumahan itu. Mana tahu ada petunjuk yang boleh dia gunakan untuk mengesan ke mana hilangnya rakan semasa kecilnya itu. Dia berhenti betul-betul di hadapan rumah lama keluarganya sebelum mengalihkan pandangan ke rumah di sebelahnya.


'Cherry, di mana perlu aku cari kau? Tolonglah berikan aku petunjuk!' ujarnya di dalam hati. Dia meneruskan langkah ke taman permainan yang sering dikunjungi olehnya sewaktu kecil. Dia mengeluh lagi. 'Abang, kenapa susah sangat nak cari dia? Macam mana saya nak cari dia?' Sky menatap wajah langit yang membiru sebelum menyambung perjalanan untuk pulang ke rumahnya.


-Sky-
p/s : sesuai x mata dia dgn nama dia? :p

2 comments:

dsyaleeza said...

sesuai2, hehe! hensem lah! cair I, wakakkaka! ^_^

YONG JIAO XIU said...

geee thanks cz follow me. nice story u got here. tp bc bab ni dulu, yg selom2 ni nti dulu.hehe. once i read, i'll comment.

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea