Sunday, May 29, 2011

Sumpah atau Hikmah - Scene 3

Posted by intrigue at 20:08
Yui segera keluar daripada villa Diamond. Dia mahu segera tiba di Merylnn Gakuen. Dia sudah merancang dengan teliti mengenai apa yang bakal dilakukan olehnya setelah tamatnya sesi persekolahan hari ini. Di dalam perjalanan, kelihatan rakan baiknya sedang berjalan sendirian.

"Sara!" Laung Yui. Sara memandang ke arah belakang. Yui melambainya lantas berlari ke arahnya. Sara hanya tersenyum melihat gelagat Yui yang keanak-anakan itu. Mengalahkan usianya yang sudah mencecah 17 tahun. Maklumlah, anak bongsu merangkap anak emas dalam keluarganya. Lagi pula beza jarak di antara Yui dan kakaknya juga agak jauh. Lebih kurang 6 tahun seingatnya.

"Buenos días Senorita Sara. Awal kau bertolak ke sekolah hari ni. Biasanya aku yang akan kejutkan kau bangun pagi," sindir Yui lantas mengenyitkan matanya. Sara mengangkat sebelah keningnya.

"Alamak! Silap la pula aku bangun awal hari ni. Kalau bangun lambat dapat juga aku tengok muka tegang kau tu," jawab Sara, memulangkan paku buah keras. Yui tersengih memanjang. "Aku gurau lah. Kau pun tahu kan hari ni kita akan masuk makmal untuk pertama kalinya. Kalau boleh aku tak nak lah sampai lambat ke sekolah. Bukan macam kau. Asal hari perhimpunan saja kau datang lambat." Yui terasa bagai ada batu menghempap kepalanya.

"Sara, kau macam tak kenal aku saja. Kau tahu kan hari perhimpunan sekolah merupakan hari di mana ayah aku akan mula membrainwash aku. Manalah aku tak datang lambat ke sekolah," pintas Yui pantas. Sara menggelengkan kepalanya. Apa-apalah Yui. Mereka kembali menyambung perjalanan.

Mereka berdua tiba di sekolah lima minit lebih awal daripada kebiasaan. Mereka segera bergerak menuju ke kubikel yang menempatkan barang-barang persekolahan mereka. satu kelebihan bagi mereka kerana Merylnn Gakuen merupakan sekolah swasta yang menyediakan kemudahan penyimpanan barang-barang persekolahan di dalam bilik khas yang dinamakan kubikel. Setiap kubikel tertulis nama pelajar-pelajar sekolah itu termasuklah Yui dan Sara. Bezanya, mereka berdua ditempatkan sekubikel atas permintaan Yui.

"Buenos dias my little cubicle. Rindunya aku kepada kau. Dah dua hari aku tak masuk sini. Eh, Sara! Ada bunga kekwa lah. Kau yang letak ke semalam?" Tanya Yui sebaik sahaja dia terlihat sejambak bunga kekwa terletak elok di atas meja di dalam bilik itu.

"Eh, tak adalah. Aku tak ada datang pun semalam. Persatuan Pelajar saja yang datang sebab dia orang ada mesyuarat yang entah apa-apa. Eh, Yui. Tengok ni. Ada setangkai bunga ros putih lagi lah. Sudah banyak kali kau dapat bunga ni kan. Takkan kau tak tahu lagi siapa yang beri bunga ni?" Tanya Sara sambil memegang tangkai bunga ros putih itu. Yui mengangkat bahunya.


"Entah. Bulan lepas pun ada dapat. Aku tak sempat nak cari orangnya lagi. Tapi kalau betul orang yang beri bunga ni semua ialah orang di dalam Persatuan Pelajar, alangkah bertuahnya aku! Aku harap orangnya ialah Senior Moon," kata Yui sambil menggenggam tangannya dan diletakkan di dada.

"Amboi-amboi, sukanya kau berangan tentang Presiden. Kau ingat sikit yang Presiden kita tu sudah berpunya tau. Kalau buah hati dia dengar, susah kau nanti. Merana sepuluh tahun lah kau jawabnya," balas Sara. Yui tersengih. Mereka segera keluar dari kubikel untuk ke makmal.

"Aku tahu tu. Tapi Sara, seingat aku Presiden kita tak iktiraf pun minat tu sebagai buah hati dia. Aku tak rasa yang dia orang tu bercinta. Aku rasa Presiden kita tu anggap dia sebagai kawan biasa saja tapi disebabkan mereka sama-sama di dalam Persatuan Pelajar dan mereka selalu bercakap, mesti dia fikir yang Presiden tu suka kat dia," kata Yui berbisik. Khuatir ada yang mendengar. Maklumlah, sekolah swasta memang popular dengan gosip-gosip liar seperti itu.

"Ish kau ni. Sudahlah tu. Lebih baik kita cepat sampai di makmal. Nanti tak pasal-pasal kita terserempak dengan ahli P.P. Aku tak mahu kena denda dengan dia orang sebab kita lambat ke makmal," beritahu Sara. Yui mengangguk.

"Em..Sara, petang ni datang rumah aku boleh? Ada sesuatu yang aku nak bincangkan dengan kau." Sara mengangguk cuma. Hatinya sedikit tertanya namun dia membiarkan perasaan itu. Kelas mereka lebih penting. Mereka pun mempercepatkan langkah untuk ke makmal. Tidak jauh dari mereka, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang menguruskan sesuatu sedang memasang telinga terhadap apa yang mereka perkatakan. Mukanya kelihatan berkerut.





p/s : maaf post lambat..sebulan saya periksa..to kak sha, ni entry khas utk kak sha.. ;)

2 comments:

Sasha Aihara @ Virtual Writer said...

utk sy ke? hehee... thanks. nice en3.

intrigue said...

terima kasih kak sha...hehe..ni baru permulaan... :)

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea