Dia bergerak ke dapur. Mencapai cawan lantas membuka peti sejuk. Air oren di dalam botol besar dituang ke dalam cawan yang dipegang dengan tangan kanannya. Dia menuju ke ruang tamu. Cawan yang dibawa bersama hanya diletakkan di meja kopi, tidak lalu hendak diminum pada waktu itu. Dia duduk di tepi tingkap dan memeluk lututnya. Air mata mula bergenang dan tanpa dipaksa air matanya tumpah jua. Esakan semakin kuat kedengaran.
"Abang Taiga, maafkan Seira!" ujarnya dalam tangisan. Dari kejauhan, Saori hanya memerhati dengan hiba.
***
Seira merenung ke luar tingkap. Sejak tiba di sekolah pada jam lapan pagi tadi dia berkelakuan seperti itu. Tidak bertegur sapa dengan sesiapa pun termasuk Misa, rakan baiknya sendiri. Misa hairan dengan kelakuan rakannya itu. Amat kontra dengan dirinya yang sebenar. Dia mendekati. Menepuk bahu rakannya yang sedang meneroka dunianya yang tersendiri. Seira sedikit terkejut. Bahunya terangkat. Dia memandang Misa dengan wajah sugul.
"Aku tak tahu apa yang menyebabkan kau jadi monyok macam ni tapi aku cuma nak cakap kalau kau rasa nak luahkan, luahkanlah. Aku akan sentiasa ada masa untuk mendengar dan kalau aku mampu, aku akan bantu kau. Janganlah kau rasa segan nak beritahu aku kalau kau ada masalah. Aku tak suka kau jadi macam ni - murung je - sebab aku akan rasa bersalah kalau tak dapat tolong kau." Seira cuba untuk tersenyum namun gagal. Air mata yang cuba ditahan tumpah jua. Misa kalut. Alamak! Aku ada salah cakap ke? ujar Misa di dalam hati. Hatinya sakit melihat kawannya dirundung pilu. Dia mencapai bahu Seira.
"Aku dah cuba Misa. Aku dah cuba. Tapi aku tetap tak dapat nak lupakan! Ianya asyik datang menghantui hidup aku! Hampir setiap malam kejadian tu datang menjelma sebagai mimpi. Aku penat Misa. Penat sangat! Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi," jelas Seira panjang lebar. Misa menariknya ke dalam pelukan. Dia mengusap belakang badan Seira. Walaupun dia belum pernah tahu bagaimana rasanya kehilangan seseorang yang disayangi namun dia faham perasaan Seira. Sakit! Itu jawapannya. Esakan Seira semakin kuat.
"Seira, kau kena kuatkan semangat. Jangan lemah macam ni. Kalau kau hanya terus-terusan menangis belum tentu ianya akan hilang. Kau jangan biarkan ianya meracuni fikiran kau. Fikirkan perkara lain yang boleh buatkan kau lupakan kisah pahit tu. Kau kenanglah memori indah kau dengan dia. Mungkin dengan cara tu kau dapat lupakan kisah ngeri yang menimpa. I'm not a good adviser but believe me when I said something."
Seira mengesat air matanya. Dia kembali merenung ke luar tingkap. Memikirkan apa yang telah diperkatakan oleh rakannya. Dia sedar memang tiada gunanya dia mengenang kisah itu. Bukannya Abang Taiga akan hidup kembali. Tetapi dia tetap akan teringat! Ianya bersangkut paut dengan tarikh hari lahirnya. Ia berlaku pada sambutan hari lahirnya yang ke 7.
Masih terbayang di ruang pandangannya bagaimana kereta sukan itu menerbangkan Abang Taiga. Masih tergambar di kaca matanya keadaan Abang Taiga yang berlumuran darah. Masih terbau di rongga hidungnya kehanyiran darah yang mengalir keluar daripada badan Abang Taiga. Lantas, bagaimana bisa dia lupakan peristiwa hitam itu?
"Misa, boleh tak kau temankan aku dan kak Saori ke satu tempat lepas tamat perjumpaan persatuan pelajar ni? Kau tak ada nak pergi mana-mana kan hari ni?" tanya Seira pantas apabila dia melihat Misa sudah mula bergerak mahu menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Misa menoleh. Dia mengangguk. Dia tahu apa maksud Seira itu. Hatinya lega kerana akhirnya kawannya mahu pergi ke tempat itu.
Seira merenung keluar tingkap buat kali yang terakhir. Ya, dia perlu hentikan semua ini. Dia perlu pergi semula ke tempat kejadian untuk menghilangkan rasa pedih yang mencengkam. Dia tidak boleh hidup dalam bayangan Abang Taiga. Dan dia berharap ini merupakan kali pertama dan kali terakhir dia perlu berhadapan dengan tempat itu.
"Seira, boleh awak tolong saya printkan kertas kerja untuk ke konsert HarUna?" tanya Cikgu Hiroyuki kepadanya. Dia sedikit tersentak. Mana tidaknya, asyik menghadap ke luar tingkap sahaja kerjanya. Seira segera mengangguk dan pantas menghidupkan komputer di bilik persatuan itu. Hujung minggu ini HarUna akan mengadakan konsert kedua mereka di Stadium Asterisk. Oleh sebab terdapat banyak permintaan daripada pelajar maka guru-guru di sekolahnya merancang untuk mengadakan lawatan sambil menonton konsert HarUna. Dan dialah mangsa yang perlu membuat kertas kerja kerana dia merupakan setiausaha Persatuan Pelajar. Tak mengapalah, asalkan aku dapat menyibukkan diri dan lupakan peristiwa itu.
Perjumpaan Persatuan Pelajar telah tamat lebih kurang 20 minit yang lalu. Kini Seira dan Misa sedang berjalan pulang ke rumah Seira. Dia mahu 'menjemput' Saori sekali ke tempat itu. Barulah dia bisa bertahan dari terus merintih. Mereka membelok di selekoh kanan sebelum tiba di hadapan rumah Seira. Seira mengetuk pintu rumah beberapa kali. Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri pintu. Tidak lama kemudian, Saori keluar daripada rumah.
"Sudah sedia?" tanya Seira perlahan.
"Kakak memang sentiasa sedia. Seira macam mana? Betul nak pergi ni?" tanya Saori pula. Seira hanya diam. Tidak tahu untuk menjawab. Fikirannya bercelaru. "Kalau adik rasa belum bersedia tak mengapalah. Kita pergi hari lain," sambung Saori pantas. Seira menggeleng.
"Tak boleh. Kita perlu ke sana hari ini juga. Sebab ianya berlaku pada hari ini," ulas Seira. Dia menarik nafas dalam-dalam. Misa menepuk bahunya.
"Jom pergi sekarang. Nanti lambat pula kita balik," tegur Misa. Mereka berdua mengangguk.
Masing-masing diam seribu bahasa dalam perjalanan ke tempat itu. Tiada apa yang ingin dibicarakan. Mereka tiba di tempat yang dituju tepat jam 3 petang. Mujur cuaca tidak berapa nak terik pada hari ini. Tidaklah terasa bahang sangat. Seira terasa sebak saat melihat ke arah jalan raya di mana berlakunya kejadian itu. Kemalangan itu bagai ditayangkan semula di hadapan matanya. Semuanya masih jelas pada pandangannya. Dia menekup mulutnya, menghalangnya daripada mengeluarkan esakan. Bahunya sudah terencut-encut menahan tangisan. Kakaknya dan Misa cuba untuk menenagkannya.
"Tak baik menangiskan Abang Taiga. Pasti Abang Taiga akan berasa sedih juga di sana," ujar kakaknya. Seira mengangguk. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melihat sekeliling kawasan itu. Dia terpaku. Bunga popi? Di sini? Dia memandang kakaknya.
"Kakak ada datang sini ke tadi?" tanya Seira. Saori menggeleng.
"Tak. Kenapa dik?" Seira mengarahkan telunjuknya ke suatu sudut lampu isyarat di situ. Terdapat sejambak bunga popi di situ. Mereka memandang sesama sendiri. Mungkinkah?
"Mungkin di sini pernah berlaku kemalangan juga kot. Sebab itulah ada bunga popi juga di sini," ujar Misa yang turut memandang ke arah yang sama. Seira dan Saori hanya mengangguk. Walaupun hati Seira masih sangsi namun dibiarkan sahaja.
Saori meletakkan bunga popi yang telah dibelinya di sebelah bunga popi yang telah berada di situ. Seira yang melihat pantas melutut di tepi lampu isyarat dan mula menggenggam kedua belah tangannya. Saori turut melakukan perkara yang sama. Misa di belakang hanya menjadi pemerhati. Di dalam hatinya dia berdoa agar Seira diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini dengan tenang.
'Abang Taiga, Seira minta maaf atas apa yang telah berlaku. Seira sepatutnya lebih berhati-hati ketika itu. Kalau tak, tentu semua ini takkan berlaku. Tapi semuanya sudah terlambat. Abang pun sudah tiada lagi di sini. Ampunkan Seira atas segalanya. Abang, Seira harap abang akan bersemadi dengan aman.' Air mata yang cuba ditahan akhirnya tumpah jua.
p/s : post yang pendek untuk hari ini. tiba-tiba sahaja otak jadi buntu :)

3 comments:
Okay la jugak..panjang jugak kisah Seira n Reo ni ye..hehe
terima kasih. panjang ke? rasanya saya dah jadikan ianya sebuah cerita yang pendek sahaja. tidak banyak konflik - hanya perjalanan cerita sahaja yang panjang kerana mereka belum bertemu lagi. :)
best dah ni :) chaiyok !
Post a Comment