Saturday, January 14, 2012

Aku Benci... - Song 8

Posted by intrigue at 16:47
Dia memandang keluar. Perasaan marah menguasai dirinya. Kenapa semua orang seperti tidak menyedari kewujudannya pada hari yang penting seperti itu? Dia geram! Barang di dalam bilik dicampak satu persatu ke arah dinding. Biar berkecai semuanya. Biar hatinya puas! Tidak pernah sekalipun mereka bertiga tidak menghiraukannya pada sambutan hari lahirnya. Dia menahan air mata.

Bunyi kaca terhempas ke dinding menggamit pendengaran Encik dan Puan Akizawa. Mereka bergegas memanjat anak tangga dan meluru ke arah biliknya. Encik Akizawa  memulas tombol pintu. Dia dan Puan Akizawa terkejut saat melihat keadaan bilik anak mereka yang bagaikan kena langgar ribut taufan. Puan Akizawa segera mendapatkan anaknya yang sudah mula menangis.


"Cherry, kenapa Cherry buat macam ni? Kenapa Cherry campak semua barang-barang ni? Cherry marahkan siapa sayang?" soal Puan Akizawa dengan lembut. Dia tahu anaknya yang seorang itu pasti marahkan jiran mereka kerana tidak mengendahkannya. Lebih-lebih lagi hari ini merupakan sambutan hari lahirnya yang ke 7. Puan Akizawa memandang ke segenap bilik Cherry lantas menggeleng.


"Ibu, kenapa Abang Taiga dan Reo langsung tak mahu bercakap dengan Cherry? Kak Saori pun sama. Cherry ada buat salah dengan mereka ke? Kenapa mereka langsung tak layan Cherry?" tanya anak kecil itu. Puan Akizawa tergelak. Dia memandang suaminya yang sedang mengemas bilik Cherry. Dia memberi isyarat mata kepada suaminya. Meminta suaminya menjelaskan semuanya.


"Cherry kan selalu menonton televisyen. Mesti Cherry tahu kenapa Abang Taiga dan Reo tak mahu bercakap dengan Cherry." Cherry mengerutkan dahinya. Penjelasan ayahnya langsung tidak membantu. Puan Akizawa pula sudah mula mencerlung. Memang suaminya jenis yang suka berkias. Tidak mahu berterus terang langsung walaupun kepada anak sendiri!


"Cherry, hari ini kan sambutan hari lahir Cherry. Abang Taiga dan Reo bukannya tak mahu bercakap dengan anak ibu ni tapi mereka sedang merancang mengadakan surprise party untuk Cherry. Dah, jangan nak menangis lagi. Nanti pergi minta maaf kepada Abang Taiga, Reo dan Kak Saori tau. Ibu tak suka tengok anak Ibu buruk sangka macam ni. Tak baik tau," jelas Puan Akizawa panjang lebar. Cherry sudah mula tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya lantas mencium pipi ibunya. Kemudian dia berlari mendapatkan ayahnya dan turut mencium pipi ayahnya sebelum dia berlari keluar untuk mendapatkan kakaknya pula.


"Eh, bilik ni siapa pula yang nak kemas?!" jerit Encik Akizawa apabila Cherry sudah meninggalkan mereka di situ. Dia menggeleng. Inilah ragam anaknya. Dia tersengih.


"Saya pun nak keluar. Nak tengok budak-budak tu. Nampaknya awaklah yang terpaksa mengemas semua ni," ujar Puan Akizawa sambil ketawa. Dia turut mengikuti langkah anaknya. Encik Akizawa hanya memandang sambil tersengih mengeluh. Dia ketawa di dalam hati. Nasib badan dibuli anak sendiri.


"Kakak! Cherry minta maaf ya sebab marahkan kakak tadi. Cherry tak selidik dulu kenapa kakak, abang dan Reo tak mahu bercakap dengan Cherry. Kakak tak marah Cherry kan?" tanya Cherry pantas. Dia meramas tangannya. Takut-takut kakaknya akan memarahi dirinya. Saori tersenyum. Dia menarik Cherry ke dalam pelukannya.


"Eh, kakak tak marah adik la. Tak mengapa, benda dah berlalu. Sekarang jom kita sama-sama pergi ke rumah Abang Taiga. Penat dia buat surprise party untuk adik tapi adik marahkan dia pulak. Kesian abang Taiga tau," terang Saori. Raut wajah Cherry sudah berubah.


***

"Abang Taiga! Cepatlah lari!" jerit Cherry sambil tangan kanannya dilambaikan ke arah Taiga yang sedang berhempas pulas mengejarnya. Tangan kirinya memegang gitar yang dihadiahkan oleh Taiga kepadanya. Laju sungguh budak seorang ni lari. Mujur majlis hari lahirnya telah tamat, bisik Taiga.

Majlis sambutan hari lahir Cherry telah tamat lebih kurang 30 minit yang lalu. Sambutan itu memang meriah dengan kehadiran jiran-jiran tetangga dan keluarga terdekat Cherry. Cherry sangat gembira apabila dirinya diperlakukan persis seorang puteri. Banyak hadiah yang diterimanya daripada mereka. Hadiah yang paling disukainya adalah hadiah daripada Abang Taiga kesayangannya. Gitar akustik yang dibeli tempoh hari. Itulah hadiah daripada Abang Taiga. Reo pula menghadiahkan gelang tangan stainless steel yang dibuatnya sendiri. Ukiran nama dia, Cherry, Taiga dan Saori terletak elok pada gelang tersebut. Kakaknya menghadiahi dia seutas jam tangan berbentuk hati. Cherry tidak lupa untuk meminta maaf kepada Taiga dan Reo sebelum majlis bermula. Taiga hanya tersengih manakala Reo pula memarahi Cherry yang memarahinya. Setelah majlis tamat, Cherry telah mengajak Abang Taiga, Reo dan kakaknya ke taman permainan di seberang jalan. Dia mahu bermain gitar di sana. Dia mahu dedikasikan lagu yang bakal dimainkannya khas untuk mereka bertiga.

"Tunggu lah Cherry. Reo dan Saori pun belum muncul lagi. Kalau ya pun nak pergi ke taman seberang jalan tu, janganlah lari laju sangat. Jalan raya kat sini bahaya!" balasnya. Dia menyambung lariannya sehinggalah dia tiba di kaki lima jalan raya. Cherry ketika itu sudah berada di tengah-tengah jalan raya yang lengang daripada sebarang kenderaan. Dia melambaikan tangannya lagi. Muka Taiga tiba-tiba berubah. Dia berlari pantas mendapatkan Cherry. Dia menolak Cherry dengan kuat. Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju ke arah Taiga. Dia tidak sempat untuk mengelak. Cherry terkejut. Dia berlari mendapatkan Taiga. Ketika itu Reo dan Saori muncul bersama ibu bapa mereka. Masing-masing terkejut dengan apa yang berlaku.

"Abang Taiga! Abang, bangunlah! Abang! Jangan tinggalkan Cherry. Abang," rintih Cherry. Saori mendapatkan adiknya. Puan Katsu mendapatkan anak lelakinya. Dia turut merintih.

"Encik, saya telah menelefon pihak hospital. Mereka akan tiba tak lama lagi. Saya minta maaf dengan apa yang berlaku," ujar seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di belakang mereka. Cherry bingkas berdiri. Dia memukul lelaki tersebut.

"Cherry, jangan macam ni sayang. Encik, saya minta maaf atas perlakuan anak saya. Apapun saya harap encik dapat bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," getus Encik Akizawa sambil cuba menarik Cherry agar bersabar. Jiran tetangga juga sudah mula mengerumuni kawasan kejadian.

"Ya, saya faham. Memang salah saya kerana telah melanggar lampu isyarat pejalan kaki. Saya minta maaf banyak-banyak," balas lelaki tersebut lantas membongkok sedikit sebagai tanda meminta maaf. Lelaki itu bercadang untuk menghantar sendiri Taiga ke hospital malangnya keretanya mengalami kerosakan kerana terlanggar bahu jalan. Bahagian hadapan keretanya sedikit remuk manakala enjinnya telah rosak.

"Cherry, mari sini. Abang nak cakap sesuatu dengan Cherry." Suara Taiga mematikan lamunan mereka semua. Cherry pantas melutut.

"Abang, jangan banyak cakap ya. Abang akan selamat tau. Cherry jamin." Taiga tersenyum. Tangan kanannya menggenggam tangan kecil Cherry. Puan Katsu hanya memandang sayu.

"Cherry, abang tak boleh nak cakap lama-lama. Ada yang telah menunggu abang. Ada satu perkara yang abang nak beritahu Cherry. Abang sayangkan Cherry sangat-sangat. Jangan salahkan diri Cherry atas apa yang telah berlaku. Semuanya sudah tertulis di atas sana. Yang paling penting abang nak Cherry janji dengan abang jangan sesekali lupakan apa yang telah kita janjikan bersama." Taiga tersenyum apabila melihat Cherry mengangguk.

"Mama, saya minta maaf kalau saya ada buat salah terhadap mama. Mama jaga diri baik-baik ya. Reo, abang sayangkan kamu juga. Tolong jaga mama bila abang sudah pergi. Jangan sakitkan hati mama. Saori, tolong jaga mereka semua. Awaklah harapan saya." Saori mengangguk dalam keterpaksaan.

Saat Taiga berhenti bercakap, dadanya sudah  mula berombak. Turun naik turun naik. Mereka yang berada di situ sudah kalut. Encik Akizawa tidak habis-habis menelefon pihak hospital. Dirasakan pihak hospital sengaja melambatkan perjalanan. Akhirnya Taiga menghembuskan nafasnya yang terakhir di samping keluarganya dan keluarga Cherry. Semua di situ sudah meraung.

"Abang! Jangan tinggalkan Cherry!" Pada saat itu barulah ambulans tiba. Namun, semuanya sudah terlambat.

***


Bunyi deringan dari telefon mengganggu lenanya saat itu. Dia membiarkan sahaja dengan harapan ia akan berhenti dan tidak mengganggunya lagi. Tetapi ia tetap datang tanpa diundang. Dengan rasa malas dia mencapai telefon bimbitnya pantas. Tanpa melihat pada skrin telefon, dia menekan butang hijau.


"Hello, siapa yang telefon?" tanya Sky malas. Dia masih belum mencelikkan matanya.


"Hei, ini Kent lah. Kau dah bangun ke belum?" tanya Kent dari hujung talian. Apa bengap punya soalan daa. Sky menggeleng.


"Kalau aku belum bangun tak adanya aku nak jawab panggilan kau ni." Kent tergelak panjang di hujung talian.


"Jangan marah Sky. Haha. Kami nak pergi sarapan ni. Kau nak ikut tak? Jomlah," sambung Kent. Malas dia mahu memanjangkan lagi pertengkaran mereka. Sky memang seorang yang mempunyai sifat seperti angin. Bila-bila masa sahaja moodnya boleh bertukar menjadi taufan. Tidak dapat diduga!


"Em, tak apalah. Hari ni aku nak ke satu tempat. Kau orang pergi lah makan. Lagi pula mak aku dah volunteer nak sediakan sarapan. Dah lama aku tak makan masakan dia," beritahu Sky yang mula bangun daripada katilnya. Dia mencapai tuala lantas menuju ke bilik mandi. Kent di hujung talian hanya mengangguk sebelum memutuskan talian. Sky segera bersiap ala kadar untuk keluar. Dia memakai baju T putih tanpa lengan bersama seluar sukan, jaket berhood dan topi. Rambutnya dibiarkan tidak bersikat, mengikut trend zaman sekarang. Cermin mata hitam melengkapkan lagi pemakaiannya.


"Awal anak mama turun hari ni," ujar ibu Sky, Puan Katsu kepada anaknya yang satu itu. Puan Katsu baru sahaja selesai menghidangkan sarapan di atas meja makan. Sky memandang wajah bersih mamanya itu lantas tersenyum. Dia pantas berjalan menghampiri mamanya lantas mengambil tempat duduk di meja makan. Selama ini, dia sahaja yang selalu menyediakan sarapan kerana mamanya selalu tidak berkesempatan. Sibuk memanjang sebagai setiausaha. Sudah lama dia tidak merasa masakan mamanya itu.


"Mestilah. Hari ini kan mama yang masak. Kenalah bangun awal," balas Sky lembut. Mereka berdua mula menjamah sarapan pagi yang sudah tersedia. Masing-masing diam membisu. Kelu untuk berkata apa-apa pada hari ini. Sky memandang mamanya. Matanya sedikit berair. Pasti teringatkan abangnya itu. Sky menjadi sebak. Dia segera menghabiskan kunyahan yang terakhir sebelum beredar ke muka pintu. Puan Katsu membuntuti dari belakang. Selesai menyarung kasut converse kesukaannya, dia sekali lagi memandang wajah mamanya. Dia meminta izin untuk keluar.


"Mama nak ikut saya ke tempat biasa tak hari ni?" tanya Sky tiba-tiba. Bukan setakat Puan Katsu yang terkejut malah dia sendiri turut terkejut dengan soalan yang dia utarakan itu. Sky tahu pasti mamanya tidak mahu mengikutnya. Mamanya memang tidak pernah ikut pun sebelum ini. Hanya dia yang masih gatal mulut mahu bertanya. Keadaan menjadi kaku seketika. Puan Katsu tersenyum lantas menggeleng. Bahu Sky ditepuk dua kali. Dia menghulurkan sesuatu kepada Sky. Mata Sky membulat. Duit yang berjumlah 10 duit perak itu ditenung. Dia memandang mamanya minta penjelasan.


"Pergilah belikan sesuatu untuk abang ya. Kalau boleh belikan sekali bunga popi untuk abang. Beli sahaja di kedai yang selalu tu," pesan Puan Katsu kepada anaknya. Sky mengangguk. Dia mencium pipi mamanya lantas berjalan keluar daripada rumah. Dan seperti biasa dia hanya berjalan kaki.


Sky berjalan perlahan ke kedai bunga yang selalu dikunjunginya. Tauke kedai itu menyambutnya dengan senyuman. Kenal benar dia dengan Sky. Sky selalu singgah di kedainya selepas tamat latihan di Bangunan Asterik. Sky segera bertanya mengenai bunga popi.
- Bunga popi -


"Saya nak sejambak ya. Warna merah," katanya kepada tauke tersebut. Tauke itu mengangguk dan segera mencapai bunga yang diminta. Dia menyusun bunga tersebut menjadi sejambak bunga yang cantik. Dia turut menyembur sedikit air pada bunga tersebut agar ia nampak segar dan berseri. Dia lantas menghulurkan bunga yang diminta kepada tuannya. Sky mengambil seraya menghulurkan bayaran.


Setelah mengucapkan terima kasih, Sky menyambung kembali perjalanan yang tergendala. Matahari yang sudah mula memancar terik memaksanya untuk menanggalkan hood. Panas mula mencengkam diri. Mujur dia memakai topi dan cermin mata gelap. Terlindung sedikit wajahnya daripada menjadi tatapan umum. Susah untuknya bergerak ke mana sahaja andai dia sudah mula  diselubungi peminat. Itu baru Sky seorang. Kalau rakannya ada sekali alamatnya memang mereka akan menjadi 'tugu negara' di situ! Langsung tiada ruang untuk berganjak.


Perjalanan ke tempat biasa yang dimaksudkan tidak memakan masa yang lama. Hanya setengah jam perjalanan daripada kedai bunga tadi. Kini dia sudah berada di tempat biasa. Ya, kawasan lampu isyarat pejalan kaki. Itulah tempat biasa yang Sky maksudkan. Tempat di mana tersimpan segala kenangan pahit mereka. Dia, abangnya dan Cherry. Sky mengeluh entah kali yang ke berapa seraya menggeleng. Dia tidak mahu mengingati perkara itu lagi. Sky melutut. Jambangan bunga yang berada di tangannya diletakkan betul-betul di tepi lampu isyarat. Orang yang lalu lalang hanya memandang. Mereka bersimpati terhadap Sky. Pada masa yang sama, mereka amat memahami apa yang diakukan oleh Sky itu. Memang telah menjadi tradisi di negara mereka untuk menghormati orang yang telah pergi dengan cara sebegitu. Bukan dengan meletakkan bunga di tepi lampu isyarat tetapi menggunakan bunga popi sebagai simbolik untuk mereka yang telah pergi.


Sky duduk berteleku di situ untuk beberapa ketika. Dia meluahkan segala apa yang dirasakannya ketika itu. Segalanya. Diluahkan kepada abangnya tanpa berselindung lagi. Mengenai band, album, mama, Cherry. 'Abang, tolong tunjukkan jalan kepada saya untuk mencari dia. Saya perlu bersemuka dengan dia. Saya perlu selesaikan segala salah faham yang telah berlaku. Mama tak pernah salahkan dia atas kematian abang. Abang, bantulah saya.' Sky kembali mengangkat muka. Entah bila dia boleh bertemu semula dengan sahabat baiknya itu. Dia sayangkan Cherry sama seperti dia sayangkan abangnya. Sky bingkas bangun. Dia menilik jam di pergelangan tangannya. 12.30 tengah hari. Masih awal lagi. Dia bercadang untuk membeli sesuatu buat mamanya sebelum pulang ke rumah.

3 comments:

nonorm said...

owhh..tu la puncanya??? siera tu cherry kan??

intrigue said...

kak norma : yup, itu puncanya. yes siera tu cherry. tak lama lagi semuanya akan terbongkar :)

nonorm said...

tak lama lagi jugak..cik writer akan stop menulis buat seketika..ermm kna sabaq ni

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea