Dia tiba di bandar 30 minit kemudian iaitu pada jam 9.30 pagi. Rata-rata kedai yang terdapat di bandar sudah mula beroperasi pada jam 9.00 pagi. Oleh kerana penduduk di kawasan bandar tidak keluar ke kedai pada waktu pagi maka jalan-jalan di sekeliling kedai agak sunyi dan deretan kedai juga masih lengang. Mudahlah tugas Seira mencari hadiah buat kakak kesayangannya itu.
Sebelum 'berjoging' eloklah aku warm up dulu, getus hati Seira. Dia segera mencari kedai makan ataupun gerai kerana perutnya sudah berbunyi minta diisi. Dia singgah di satu gerai tepi jalan yang menjual makanan kegemarannya iaitu dango. Dia memesan dango berperisa coklat dan air soya sebagai santapan paginya. Air soya bagus untuk tulang tau. Nanti tulang jadi kuat. Seira tersenyum apabila teringat kata-kata orang yang disayanginya itu.
"Berapa harga semua ni?" Tanya Seira kepada mak cik penjual dango itu. Mak cik itu mengira harga makanan dan minuman yang dipesan oleh Seira.
"Semuanya 5 duit tembaga nak," kata mak cik itu. Seira lantas mengeluarkan duitnya dan dihulurkan kepada mak cik tersebut. Setelah mengucapkan terima kasih, dia beredar dari situ, kembali kepada tujuan asalnya iaitu mencari hadiah yang sesuai buat Saori.
Dia bergerak dari sebuah kedai ke sebuah kedai. Kedai kasut, aksesori. Tiada yang sesuai untuk Saori pada pandangannya. Kedai kek, bunga, buku. Ah! Kedai buku! Seira segera meloloskan dirinya ke dalam kedai itu. Dia sungguh teruja melihat susunan buku di rak yang bertingkat-tingkat itu. Dia mengintai dari satu rak ke satu rak yang lain untuk mencari buku yang sesuai untuk kakaknya. Novel, buku motivasi, buku masakan, semuanya dibelek. Dia menggeleng. Semuanya tidak sesuai. Dia beralih ke bahagian lain iaitu bahagian aksesori. Dia terpandangkan satu aksesori yang menarik minatnya. Dia mendekati.
"Dik, teddy bear ini tengah popular sekarang. Tinggal satu ini sahaja di kedai kami. Adik nak beli ke?" tanya jurujual apabila melihat Seira memegang teddy bear tersebut. Seira hanya mengangguk.
"Tolong balutkan sekali boeh kak?" tanya Seira.
"Boleh. Teddy bear ni adik nak hadiahkan pada siapa?" tanya jurujual itu kembali sambil tangannya sibuk melipat dan membalut teddy bear yang dibeli oleh Seira.
"Saya nak hadiahkan kepada kakak saya. Dia sangat meminati kumpulan HarUna. Alang-alang kumpulan HarUna ada mengeluarkan teddy bear, saya terfikir untuk membelinya. Kakak saya pula memang sukakan benda-benda seperti ini - dan HarUna." Jurujual tersebut mengangguk. Setelah mengucapkan terima kasih kepada jurujual tersebut, Seira segera keluar. Kini, tiba pula masanya untuk dia bersiar-siar setelah penat perah otak memikirkan hadiah buat Saori.
Cuaca semakin panas, menandakan hari sudah menginjak ke tengah hari. Dia masih lagi di bandar, melilaukan pandangannya. Dia masuk ke beberapa buah kedai untuk melihat apa yang dijual. Sebentar kemudian dia berhenti di kedai pakaian. Dia amat tertarik dengan sehelai gaun pendek berwarna putih. Dia melihat tanda harga pada gaun tersebut. Mak aih! 5 duit emas! Dia beredar daripada kedai itu dan kembali menyambung perjalanan. Kakinya menghentikan langkah apabila tiba di hadapan sebuah kedai alat muzik. Dia terpandangkan satu alat muzik yang memang disukai olehnya. Dia meloloskan diri ke dalam kedai tersebut.
"Selamat petang Seira. Awak datang hari ni? Nak beli ke nak tengok saja?" tanya Pak Cik Daishiro, pemilik kedai alat muzik tersebut. Seira tersengih. Memang dia selalu singgah di kedai itu apabila dia di bandar. Kerana itu Pak Cik Daishiro amat mengenalinya.
"Petang pak cik. Macam biasalah, saya datang tengok-tengok saja. Banyak gitar baru ya pak cik. Bila sampai?" tanya Seira sekadar berbasa-basi.
"Baru lagi. Baru pagi tadi sampai. Semua ni stok untuk bulan depan." Seira menuju ke bahagian gitar. Dia melilaukan matanya, mencari gitar yang baru tiba. Seketika kemudian, dia tersenyum. Sebuah gitar menyapa pandangannya. Dia menyentuh permukaan gitar tersebut tetapi tidak lama. Peristiwa itu kembali bermain di fikiran. Dia berlari keluar daripada kedai tersebut. Hampir sahaja dia hendak merempuh seorang lelaki yang hendak memasuki kedai tersebut.
***
Sky mengemas barang-barang latihannya. Penat dia bertungkus lumus hari ini. Habis hilang suaranya akibat berlatih menyanyi tanpa henti sejak tiga minggu yang lalu. Mulai esok, dia dan rakan-rakannya akan mula berehat daripada latihan. Mereka akan ke Stadium Asterik untuk melakukan beberapa persiapan. Sky segera keluar daripada bilik latihan. Dia meletakkan headphones di telinganya untuk mendengar sambil menghafal lagu terbaru mereka. Jika terlupa ketika membuat persembahan minggu hadapan, pasti dia akan mendapat susah!
"Sky! Kau nak ke mana? Makan dululah kot ya pun," tegur Nick. Sky menggeleng.
"Aku nak ke kedai Pak Cik Daishiro dulu. Dia telefon aku, katanya gitar yang aku tempah sudah sampai. Dia suruh aku ambil terus hari ni. Aku chiaow dulu. Beritahu Kent, bungkuskan bahagian aku. Jangan pandai-pandai nak makan aku punya," ujarnya sambil tersengih. Nick mengangguk. Sky pantas meninggalkan Bangunan Asterik yang terletak tidak jauh daripada kedai yang dimaksudkan.
Dia tiba di kedai itu tepat jam 3 petang. Dengan pantas dia menarik pintu kedai untuk masuk ke dalam. Pada masa yang sama, seorang gadis sedang berlari keluar daripada kedai bagaikan terlihat hantu saja gayanya. Dia menggelengkan kepala. Tak sangka ada juga orang yang berlari keluar dari kedai muzik, getus hatinya. Dia tesengih.
"Ah, Sky. Bagus kamu sudah sampai.Ini gitar yang kamu pesan. Pak cik dah tolong balutkan sekali. Harganya 3 duit emas," beritahu Pak Cik Daishiro apabila Sky menapak ke kaunter. Sky segera membuat pembayaran sebelum meninggalkan Pak Cik Daishiro dan kedainya.
3 comments:
adess..bila la sky nk tau yg seira tu kawan dia?? dan bila nk cter pasal tragedi tu??
btw.. kenapa upload tengah malam??tak ramai reader time ni or pagi2 buta~ akakakkaaka..
*owh..dapukol250amla..~
kak norma : dah tak lama dah..insyaAllah next update...update tengah malam sebab tahu yang kak norma akan baca...hehe
pandai ek?? ermm skrg ni fokus kat spm lu.. enovel ni nanti free bru buat.. hahahhaha igt tu~
Post a Comment