Friday, April 22, 2011

AQUA CLAUDIA

Posted by intrigue at 00:00


"Nama saya Clair Tsuyoshi.Selamat berkenalan," beritahunya kepada rakan sekelasnya. Ini merupakan sekolah yang ke-10 sejak keluarganya asyik berpindah randah dari satu negara ke satu negara disebabkan penyakitnya yang tidak dapat diubati. Clair memandang ke segenap penjuru kelasnya. Hampir kesemuanya pelajar lelaki. Hanya dua orang sahaja pelajar perempuan di kelas itu. Tertanya-tanya juga dia mengapa kelas itu hanya terdapat dua orang sahaja pelajar perempuan.
 
"Baiklah Clair. Awak boleh mengambil tempat duduk di sebelah Erica," ujar Cikgu Yuu. Dia segera berjalan ke tempat duduk yang telah ditentukan. Erica tersenyum ke arahnya. Cikgu Yuu kemudiannya keluar daripada kelas itu.
"Saya Erica Toda. Ini kembar saya, Erisa Toda." Mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Clair sebagai tanda perkenalan. Clair membalas. Dia lantas duduk di sebelah Erica. Mukanya berkerut memikirkan sesuatu. "Kelas ni memang tak ramai pelajar perempuan kerana ini kelas akademik. Kalau kelas sukan barulah ramai pelajar perempuan," beritahu Erica bagaikan mengetahui apa yang bermain di fikiran Clair. Clair mengangguk lagi.


"Pagi cemerlang Clair! Saya ketua kelas ni. Nama saya Ichijou Takume. Oleh kerana hari ni hujan turun agak lebat dan awak pula masuk ke kelas ni hari ni, maka kami akan gelar awak Aqua Claudia! Jadi mulai hari ni nama awak ialah Aqua Claudia," ujar Takume. Satu kelas bersorak ke arah mereka termasuklah Erica dan Erisa. Clair mengelipkan matanya beberapa kali. Aqua.....apa?


"Kalau awak nak tahu, Takume memang suka menggelar pelajar kelas ni dengan panggilan yang pelik-pelik. Saya digelar White kerana rambut saya yang sedikit putih dan kerinting ni. Erisa pula dia gelar Black kerana rambutnya yang hitam dan lurus. Lagi pula, kami ni kembar," terang Erica panjang lebar. Erisa pula mengangguk dan tersenyum.


***

 
"Aduh! Sudah dua bulan hujan rintik-rintik ni tak mahu berhenti," keluh Glenn. Dia memandang rakan sekelasnya yang lain kemudian mengalihkan pandangan ke luar bilik darjah. "Kalau begini cuaca hari ini, tak bersukanlah kita jawabnya," keluhnya. Dia melangkah ke mejanya.


"Kau ada dengar cerita yang ada pelajar baru masuk ke kelas akademik dua bulan lepas?" Tanya Evans, merangkap rakan baik Glenn. Glenn yang baru sahaja hendak melelapkan matanya kembali mengangkat muka. Dia memandang Evans sambil menggelengkan kepalanya. Yelah, buat apa dia nak ambil tahu mengenai kelas yang tak pernah bersukan tu! Bukannya ramai pun pelajar perempuan di kelas itu. Setakat dua orang pelajar merangkap jirannya sejak kecil iaitu Erica dan Erisa Toda. Jadi, buat apa dia perlu menyibukkan dirinya? Evans mengeluh. Susah betul nak memahamkan si Glenn ni.


"Tu la kau. Langsung tak peka dengan keadaan sekeliling.Kalau kau nak tahu, budak yang baru masuk tu merupakan pelajar perempuan. Aku dengar khabar angin yang sejak dia masuk sini, hujan asyik turun tak berhenti-henti" Glenn sedikit terkejut. Apa? Budak perempuan? Hujan? Err..connection error.. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak memahami apa yang diperkatakan. Evans dipandang dengan pandangan blur. "Kiranya budak perempuan tu lah penyebabnya kenapa hujan tak berhenti kat sekolah kita ni." Oh! Baru faham, bisik Glenn di dalam hati.


"Hehe...sorry Evans.Kepala otak tak betul sekejap tadi. Tak dapat nak analisa apa yang kau cakapkan, beritahu Glenn tatkala melihat wajah Evans yang sudah hendak meletup menahan kesabaran. "Jadi, siapa nama budak tu?"


"Nama dia Clair Tsuyoshi tapi budak kelas tu gelar dia Aqua Claudia." Glenn sudah mula tersenyum, merangka sesuatu di dalam kepala otaknya.


***

 
Clair berjalan keluar dari rumahnya dengan hati yang senang biarpun hujan masih mencurah-curah jatuh. Cumanya hujan yang turun sekarang tidak sama dengan ketika dia berada di sekolah lama. Hujan kali ini tidak selebat dahulu. Hanya rintik-rintik sahaja. Semuanya kerana emosinya yang riang setiap hari. Biarpun begitu, dia tetap masih memikirkan bilakah agaknya penyakit ini akan berhenti menghantui dirinya.


"Pagi cemerlang Aqua!" Tegur satu suara dari arah tepi.Clair tersenyum senang. Setiap pagi, Takume tidak akan lupa untuk menegurnya sekiranya mereka terserempak. Dan memang setiap hari mereka pasti terserempak. Takume menghampiri Clair. Mereka beriringan berjalan ke sekolah. Di dalam perjalanan, mereka terserempak dengan si kembar Toda.


Mereka tiba di sekolah tepat pada masanya. "Em, Takume, Erica, Erisa. Awak bertiga masuklah ke kelas dahulu. Saya ingin ke tandas sebentar." Mereka bertiga mengangguk. Saat itu, Erica perasan sesuatu yang berlainan di situ. Kenapa dia ada di sini? Setahunya, pelajar kelas lain memang tidak akan mencemar duli menjejakkan kaki ke tingkat itu lebih-lebih lagi ke kaki lima kelas mereka. Tetapi, kenapa kali ini macam..... Dia mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak Erisa mengikutinya ke suaru tempat.


Clair keluar dari tandas. Dia perasan ramai yang memandangnya tetapi dia buat tak tahu.Dia hanya menghadiahkan senyuman kepada mereka.Ketika dia memanjat anak tangga, Erica menjerit memanggil namanya. Terkejut beruk dia mendengar jeritan bingit Erica yang mengalahkan guruh itu. Erica berlari ke arahnya bagaikan orang yang tak cukup tanah. Dia memegang bahu Clair. Beberapa orang yang menyaksikan adegan sebabak mereka tergelak pantas. Glenn yang berada di situ turut tergelak. Erisa mencerlung.


"Glenn! Aku tahu kau yang rancang semua ni! Kau ni kenapa hah? Kami tak ada pun kacau hidup kau kenapa kau nak kacau hidup kami?!" Tanya Erisa. Erica ketika itu mengeluarkan sapu tangannya lantas mengelap muka Clair yang terdapat kesan tompokan hitam. Clair terkejut melihat sapu tangan Erica yang sudah berubah warna. Perasaan malu mula menyerbu.


"Eh, bila masa pula aku kacau hidup kau orang semua?Aku tak ada buat apa-apa pun. Aku cuma nak perempuan ni blah dari sekolah ni," balasnya. Dia menghalakan jari telunjuknya ke arah Clair yang ketika itu membelakanginya. Erisa menuruni anak tangga dengan laju. Dia menghadiahkan satu penampar kepada Glenn. Glenn tergamam seketika. Ketika itu juga Erica mengajak Clair untuk kembali ke kelas. Hujan yang pada mulanya bagai mahu reda kembali lebat.


Semenjak kejadian itu, Clair tidak habis-habis diganggu oleh Glenn. Ada sahaja pelan jahatnya untuk menghalau Clair dari sekolah itu. Mujurlah ada Erica, Erisa dan Takume di sisinya. Kurang sedikit beban yang dirasa olehnya.


***

 
Clair berjalan sendirian di koridor sekolah. Hari ini Erica dan Erisa tidak hadir ke sekolah kerana mengikuti keluarga mereka yang melancong ke mana entah. Mereka ada memberitahunya ke mana mereka pergi tetapi dia telah terlupa. Dia berjalan mendekati sepohon pokok yang agak rendang. Walaupun hujan masih belum reda, dia tak kisah. Dia sudah biasa berjalan di dalam hujan sebegini. Tidak pernah seumur hidupnya dia terkena demam atau selsema. Dia meletakkan tangannya pada batang pokok tersebut. Sebelah lagi tangannya digenggam di dada. Dia menutup mata, mencari ketenangan dengan melakukan perbuatan itu. Namun ketenangannya terganggu oleh jeritan seseorang.


"Hoi, apa yang kau buat kat situ? Tak takut demam ke?" Jerit seseorang kepadanya. Dia mengeluh. Mengalihkan pandangan menghadap ke arah pelontar suara itu. "Lah, kau ke yang asyik berdiri menghadap pokok ni. Aku ingatkan siapalah tadi. Kau buat apa kat sini? Nak turunkan hujan daun pokok pula ke?" Sindir suara tersebut. Clair menjeling geram.


"Awak ni kenapa sebenarnya? Kenapa awak selalu sangat tak puas hati dengan saya, Glenn?" Luah Clair. Dia memandang Glenn dengan pandangan membunuh. Kalau sahaja dia boleh membunuh lelaki itu, pasti sudah dilakukannya dari dulu lagi. Tapi dia masih boleh berfikir panjang. Dia tidak mahu masuk penjara atas kesalahan membunuh. Glenn tersenyum sinis.


"Boleh pun marah. Aku ingatkan kau langsung tak ada perasaan selama ni. Kau nak tahu sangat kenapa aku bengang dengan kau? Banyak sebab! Sejak kau ada kat sekolah ni, kita orang budak kelas sukan langsung tak dapat main kat padang sekolah. Tak dapat nak enjoy selalu. Semuanya sebab siapa? Sebab kau! Dulu, masa kau belum masuk sekolah ni, kita orang okey je main kat padang. Sekarang kita orang cuma boleh main dalam dewan saja. Sejak kau masuk sekolah ni juga, pokok-pokok bunga di sekolah ni macam nak layu saja. Semuanya sebab kau!"


Pang! Satu tamparan singgah di pipi Glenn. Glenn terdiam. Clair tergamam. Clair tidak menyangka tangannya begitu pantas menghayunkan penampar sulung buat Glenn. Serba salah dia seketika. Kemudian, matanya tiba-tiba kelabu. Dia memandang Glenn yang telah terkesima dengan tindakannya sebentar tadi.


"Sudah! Aku tahu yang kewujudan aku memang tak membawa apa-apa kebaikan kepada sesiapa pun.Tapi kau tak perlu nak sakitkan hati aku dengan ucapan panjang kau tadi.Kau sepatutnya bersyukur hujan hanya turun rintik-rintik sahaja, bukannya hujan lebat.Kau….aku benci kau!" Jerit Clair sebelum lari meninggalkan Glenn di situ. Sempat juga dia menendang kaki Glenn. Glenn mengaduh kesakitan. Rasakan!


Glenn mengeluh panjang. Dia menyandarkan batang tubuhnya pada pohon di belakangnya sambil memandang Clair berlari meninggalkannya. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar manakala sebelah lagi digunakan untuk mengusap wajahnya yang ditampar. Ish! Perit juga kena penampar dengan perempuan tu. Dah lah tengah hujan sekarang. Ha….chuh! Ish! Tak pasal-pasal aku bersin. Mau kena selsema ni. Dia meraup mukanya dengan kedua belah tangan.

"Aku dah kata, jangan diikutkan sangat rasa benci kau pada Clair yang kau pendam tu. Aku pun dah cakap jangan simpan rasa benci. Takkan kau tak pernah dengar pepatah mengatakan yang 'rasa benci itu sebahagian daripada cinta'. Sekarang siapa yang susah?" Tegur satu suara dari arah belakang.


"Huh…aku tak sangka akan jadi macam ni."

***
 
Clair keluar daripada pangsapurinya dengan payung di tangan. Hujan masih turun renyai-renyai. Bezanya di Tanah Ratu ini hujan turun dalam bentuk salji, bukan seperti dahulu. Berada di sini benar-benar menguji kesabarannya. Bukan setakat perlu keluar rumah dengan membawa payung tetapi turut dikehendaki memakai baju sejuk lima lapis dan mafela di leher! Tidak cukup dengan itu, stoking perlu tiga lapis! Huh, jenuh sungguh! Sudah lima tahun sejak dia berpindah ke situ tanpa pengetahuan sesiapa kecuali keluarganya. Kini, dia telah menjadi seorang penulis novel dan komposer. Kesibukannya tidak dapat melenyapkan memori yang sentiasa menghantui dirinya. Namun, dia membiarkan semua itu. Sedang dia melangkah, telefon bimbit berdering. Dia melihat nombor yang tertera. Pantas dia mengerutkan dahi.


"Hello. Yes, this is Clair speaking. Oh kau. Mana kau dapat nombor aku ni? Aku pun rindukan kau. Hah? Kat sini? Bila masa pula kau…" Belum sempat dia menghabiskan percakapannya, bahunya dilanggar oleh seseorang. Habis jatuh segala barang yang dibawa olehnya.
"Oh, I'm so sorry Miss. I didn't see you're coming. Are you okay?" Tanya satu suara kepadanya. Dia membantu Clair mengangkat barang.


"No, it's okay. It's my fault actually. I'm the one who didn't see you're coming. Thanks for your help anyway," ucap Clair sebaik sahaja dia dapat berdiri dengan stabil. Dia menghadiahkan senyumannya kepada lelaki yang telah menolongnya sebentar tadi sebagai tanda terima kasih.


"Clair? You're Clair Tsuyoshi right?" Tanya lelaki itu kepadanya. Clair tersentak seketika.


"Ye..yes.. Clair Tsuyoshi. That's my name. Why Sir?"Tanya Clair kembali. Clair menatap wajah lelaki di hadapannya. Aku kenal ke mamat ni? Muka macam familiar tapi macam tak pernah nampak. Ataupun lelaki di hadapannya ini salah seorang peminatnya? Oh, tak sangka aku ada peminat. Amboi Clair, mulalah nak perasan tu.


"Kau tak ingat aku ke? Aqua, ni aku lah. Ichijou Takume. Ketua kelas kau dulu. Alah, yang telefon kau tadi," jelas Takume panjang lebar. Dia menggunakan nama samara Clair untuk mengembalikan ingatan rakannya itu.


"La, kau rupanya. Patut lah macam kenal tak kenal saja rupa kau. Macam mana pula kau boleh terdampar di kota London ni? Paling penting, sejak bila kau ada kat sini?" Tanya Clair bertubi-tubi.


"Kau ni, kenapalah serang aku macam orang tak cukup tanah nak lari? Kot ya pun rindukan aku bawalah bersabar cik Clair. Aku baru saja sampai semalam. Rindunya aku dengan kau. Kau apa cerita sekarang?" Giliran Takume pula bertanya. Dia membantu Clair membawa barangnya. Clair tersenyum lagi.


"Terima kasih. Aku macam inilah. Still can live in the rain though. And now I'm novelist and a composer, thanks to Glenn. Ah! Alang-alang kau ada kat sini, jom temankan aku ke pameran buku. Boleh?" Takume mengangguk.


"Boleh saja. Aku pun dah lama tak jalan-jalan. Buku kau ada yang akan dijual?" Clair menggeleng. Takume tergelak. Amboi mamat ni, memang ada yang nak makan kasut aku.


***

 
"Wah, aku tak sangka kau boleh menyanyi dengan baik. Suara kau betul-betul merdu. Tadi kau cakap kau hanya seorang komposer, macam mana boleh jadi penyanyi pula ni?" Tanya Takume. Clair tersengih.


"Bidan terjun." Takume mengangguk faham. Takume mula meliarkan pandangan, melihat longgokan buku-buku second hand yang bakali dijual. Tiba-tiba, matanya tertancap kepada seorang lelaki yang memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. Pakaian ala-ala Sherlock Holmes meningkatkan syak wasangka di dalam dirinya. Dia mendekati lelaki itu.


"Glenn?" Tanyanya. Lelaki itu sedikit terkejut. Dia memalingkan dirinya menghadap Takume. "So, it is you. Apa kau buat kat sini?" Sambung Takume lagi. Glenn menceritakan satu persatu.


"Hey Takume, can you help me with something?" Tanya Clair yang datang entah dari mana. Dia memandang Takume dan Glenn silih berganti. "Oh, I'm sorry for interrupting your conversation. I'll call you next time Takume."


"Eh nanti dulu. Aku nak kenalkan kau dengan seseorang. Ini Glenn Sky. Kawan lama kita." Kata-kata Takume menghentikan langkah Clair. Clair memandang mereka berdua. Takume pula sudah melarikan diri. Tinggallah dia dan Glenn di situ. Masing-masing diam seribu bahasa.


"Em, hai. Lama tak jumpa kau." Glenn cuba untuk memulakan perbualan di antara mereka. Namun, kelihatan Clair seperti tidak berminat. Dia menarik tangan Clair, membawanya pergi dari situ. Clair sedikit terkejut. Dia cuba menarik semula tangannya namun genggaman Glenn terlalu kuat. Mereka berjalan jauh dari pameran buku itu. Mereka berhenti di perhentian bas berhampiran.


"Awak ni kenapa tarik saya ke sini? Tolonglah Glenn, saya tak nak cari masalah dengan awak. Cukuplah apa yang awak dah buat masa di sekolah dulu," ujar Clair pantas. Glenn mengeluh. Dia menganggkat kedua belah tangannya, meminta agar Clair berhenti bercakap.


"Aku tahu apa yang aku lakukan kepada kau dulu memang teruk. Itulah sebabnya kenapa aku nak jumpa dengan kau sangat. Aku......aku...minta maaf sebab kelakuan aku yang teruk dulu. Aku tahu aku tak patut cakap macam tu. Sejak kau pindah, aku asyik rasa tak sedap hati. Bagaikan ada sesuatu yang perlu aku beritahu kau. Dan sekarang adalah masa terbaik untuk aku beritahu kau perkara itu." Clair memandangnya.


"Apa dia?" Glenn sedikit gelisah.


"Sebenarnya, aku...aku..sukakan kau." Clair yang ketika itu memandang ke arah jalan kembali memandang Glenn. Apa yang dia cakapkan tadi? Suka? Tak mungkin! Aku pasti salah dengar. "Aku sukakan kau, sejak dulu lagi. Sebelum kau pindah."

"Tak, tak mungkin. Saya pasti tersilap dengar.."

"Tak, kau tak tersilap dengar. Aku memang katakan apa yang kau dengar tadi. Itu memang apa yang lahir dari hati aku." Glenn melihat Clair sudah mula tersedu sedan. Dia tergamam seketika.



"Glenn, awak tahu tak yang sebenarnya saya pun dah lama sukakan awak. Sejak sekolah lagi. Tetapi ketika itu awak selalu buli saya. Saya benci pada awak sangat-sangat. Tetapi sejak berpindah ke London, saya asyik teringatkan awak saja. Saya...dah tak tahu nak cakap apa." Air matanya mula mengalir. Glenn menyapu air matanya agar tidak gugur lagi. Ketika itu juga matahari mula memunculkan dirinya. Glenn tergamam. Clair apatah lagi.


"Nampaknya hujan sudah berhenti." Clair menganggukkan kepala. "Mesti sebab kau sekarang gembira kan." Glenn memandangnya. Dia mangalihkan pandangan ke arah lain. Mukanya sudah mula kemerahan. Ya, aku memang gembira. Amat gembira. Glenn menggenggam tangannya.


"Semoga cahaya matahari akan menghulurkan cahayanya setiap hari." Glenn mengeratkan genggaman.




p/s : please comment this story..need to know what do you think.. :)

10 comments:

siti said...

menarik crita ni..
lain dari yg lain..

Sasha Aihara @ Virtual Writer said...

Hahaa...comel dan sweet.

intrigue said...

siti n VW : terima kasih....

Anonymous said...

ni cerpen ker? :)

intrigue said...

to TN : ya..ini cerpen.. :)

nonorm said...

comel larr cter ni... aqua claudia tu hape ak??

intrigue said...

anayue : aqua claudia tu kira mcm nama samaran dia la...sbnrnya nk wat pnjg lg tp tiba2 xde idea lak..tu yg x dpt nk cite pnjg ttg nama samaran dia... :p

fadhilah adnan said...

best ar..romantik..geli-geleman ak baca..huahua.. ak x sngka mira terlalu romantik..eiuw...haha...keep it up....:)

intrigue said...

fadh : hehe...ni lah diri aku...kau dah kenal kan.. ;)

Anonymous said...

Cik 'Aqilah

wah..popularnya nama Ichijo cuma beza ejaan je....hahahah
kalau tahu kwn saya nama bapak dia dkat sini mau t'lompat dia...hahaha

Anyway cerita ni best,
imiginasi penulis lebih kurang mcm kwn saya...

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea