Friday, March 25, 2011

Suraya - Part 1

Posted by intrigue at 22:16
"Wei, cepatlah sikit! Kita dah lambat ni! Nanti tak pasal-pasal kena marah sembur dengan Prof. Rafee!" Marah Marlisa, mengalahkan mak tiri.

"Sekejaplah Mar. Aku nak pakai tudung ni!"  Sahutku dari kamar tidurku. Selesai berdandan, aku segera menghampiri Marlisa yang sedang bercekak pinggang di muka pintu.


"Hoi mak cik. Kita nak pergi kuliah saja, bukannya pergi kenduri. Yang kau lama sangat berdandan tu kenapa?" Bentak Marlisa. Aik, bukannya kena sembur dengan professor tapi mak cik ni pulak? Tak pasal-pasal aku kena sembur pagi-pagi buta ni. Eh! Pagi ke? Matahari dah tinggi dah Cik Suraya ooi...


"Sorry sorry. Yang penting aku dah siap, kan? Dah, jom kita gerak. Nanti kau juga yang bising," balasku sambil menghidupkan enjin kereta Toyota Priusku. Marlisa hanya mencebikkan bibirnya yang seksi itu.


***

"Huh, mujur sempat sampai kuliah. Kalau tak, tak mahu aku fikir," kata Marlisa sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di dewan kuliah 5 Fakulti Seni Lukis Universiti Putra Malaysia. Aku memandangnya dengan senyuman penuh makna.

"Eleh Mar, cakap sahajalah yang kau sebenarnya nak jumpa dengan buah hati pengarang jantung kau a.k.a saudara Muhammad Zikri tu. Macam lah aku tak kenal dengan kau," sindirku. Marlisa menjeling pantas. Belum sempat dia membidas kata-kataku, seorang lelaki menegur kami.

"Mar, Su, lepas kuliah ni boleh stay sekejap tak?" Tanya Zikri kepada kami. Marlisa memandang aku. Wajahnya sudah kemerahan. Aku memandang Zikri dengan tanda tanya bersarang di dalam kepala.

"Zack, kenapa kau nak kita orang stay?" Tanyaku, membalas pertanyaannya. Marlisa mengangguk. Wajahnya ditundukkan sedikit.

"Nak discuss about our teamwork about the presentation yang Prof. Stanley beri semalam," terangnya pantas. Aku mengangguk. Memandang Marlisa sekilas.

"Okey. Kami boleh stay tetapi tak boleh lama sangat. Sebelum pukul lima, kami kena pulang." Giliran Zikri pula mengangguk. Sebaik sahaja Zikri beredar, Prof. Rafee pun tiba dengan tergesa-gesa. Kami memulakan sesi pembelajaran dengan hati yang tenang.

***
"Okey, berbalik kepada perbincangan kita, aku rasa kita patut mulakan dengan yang ini," kata Zikri kepada kami sambil menunjukkan kertas perbincangan mereka. Aku melihat Marlisa betul-betul menumpukan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh 'buah-hati-sebelah-tangannya' itu. Aku sedikit tersengih.

"Baiklah. Kalau macam tu, biar saya yang bagi mukadimah," sambung Marlisa. Aku tergelak. Mereka berdua memandangku pelik.

"No, nothing. Just ignore me," balasku sambil menutup mulut menahan malu. Aku kembali menumpukan perhatian terhadap apa yang diperbincangkan. Namun begitu, kepalaku seperti tidak mahu menerimanya. Kepala aku sedikit pening.

0 comments:

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea