"Mama, lepas ni kita ke taman bunga di seberang jalan tu ya. Yui teringin sangat nak tengok bunga-bunga di situ," beritahu Yui kepada mamanya. Mama tersenyum memandangnya.
"Hm, boleh sayang. Kita ajak papa dengan Kak Rose sekali ya." Yui mengangguk.
"Yeay! Muchas gracias mama. Te amor." Yui mengucapkan terima kasih kepada mamanya lantas beredar untuk memberitahu ahli keluarganya yang lain.
***
Yui berjalan berpegangan tangan dengan kakak kesayangannya. Mereka menghampiri pak cik yang menjual aiskrim. Kak Rose menegur pak cik tersebut sebelum meminta aiskrim yang diingini. Pak cik tersebut mengangguk lantas mengambil aiskrim yang diminta. Dia menghulurkannya kepada Kak Rose dan Yui sambil tersenyum.
"Gracias Pak Cik Qwen. Ini duitnya. Mama suruh keep the change," kata Rose lantas menghulurkan duit yang telah lama berada di dalam genggamannya. Pak Cik Qwen mengambilnya dengan senang hati. Rose dan Yui segera beredar.
"Mama, ini bunga apa?" Tanya Yui sambil menunjukkan bunga yang dimaksudkan. Mama yang ketika itu sedang menikmati aiskrim yang disua ke mulutnya oleh papa memandangnya.
"Oh, itu bunga kekwa sayang. Crisantemo," balas mamanya dengan senang hati. Dia memandang suaminya di sebelah. Suaminya mengangguk mengiakan.
"Bunga kekwa? Bunga yang selalu Miss Daisy buat air tu ke mama?" Mama mengangguk. "Yui suka minum air yang Miss Daisy buat. Air bunga kekwa. Sedap. Yui suka tengok bunga ni. Bunga ni pun mesti sedap kalau dimakan," ujar Yui dengan petah. Papa, mama dan Kak Rose tergelak sakan.
***
"Macam itulah ceritanya bagaimana aku boleh jatuh cinta dengan bunga kekwa," kata Yui kepada rakan baiknya, Sara. Sara tergelak sambil menekan perutnya.
"Hahaha...lawak lah cerita kau ni Yui. Bunga kekwa sedap? Kau pernah makan bunga kekwa ke? Pelik lah kau ni." Sara menggelengkan kepalanya. Sebaik sahaja tawanya reda, kelihatan seorang guru memasuki kelas mereka. Segera mereka mengambil tempat masing-masing.
"Selamat pagi profesor." Guru tersebut mengangguk lantas menyuruh mereka kembali duduk. Dia membuka buku kehadiran untuk mengambil kedatangan pelajarnya pada hari itu.
"Macam mana dengan cerita aku tadi? Kau puas hati tak? Sekarang kau dah tahu kan kenapa aku suka sangat dengan bunga kekwa tu," kata Yui sambil memandang Sara. Keningnya diangkat sebelah. Sara memandangnya kembali.
"Yelah Senorita Diamond. Aku percaya cakap kau sekarang," balas Sara.
"Senorita Yui Sapphire Diamond dan Senorita Sara Lydia Coral. Saya tak suka kamu bercakap ketika saya mengajar. Habis kelas jumpa saya di bilik guru." Mereka berdua mengangguk.
"Kan dah kena marah," tegur seorang pelajar lelaki yang duduk di hadapan mereka. Yui dan Sara menjelirkan lidah kemudian mereka tergelak kecil.
0 comments:
Post a Comment