“Okey, jadi apa
yang Imouto nak cakapkan? Lelaki tu baik? Macam tu?” tanya Kana sambil
menjinjing beg plastik yang berisi keperluan rumah.
“Ya, oniisan
sangat baik. Yui kenal dia ketika kita di rumah Hashi-sensei. Umur dia sama
dengan oneechan tau! Dia kacak, charming dan
seorang yang bertanggungjawab,” balas Yui sambil berjalan pantas apabila lampu
pejalan kaki sudah bertukar hijau.
“Hah, apa-apa
sajalah Yui. Oneechan tak berminat,” kata Kana sambil berjalan di belakang Yui.
Yui tergelak.
“Iie. Oneechan
kena jugak jumpa dengan oniisan. Oneechan mesti akan suka dia. Percayalah cakap
Yui. Yui tak tipu. Yui janji....”
BUM!!! Kana
tersentak. Yui tiada di hadapannya. Dia dapat melihat kesan darah di
hadapannya. Hanya satu perkara yang terlintas di fikiran. YUI!!!
***
“Onegai! Saya
cuma minta tolong ini sahaja daripada awak. Saya takkan minta lebih-lebih. Saya
cuma nak awak tolong saya sempurnakan satu perkara sahaja. Kemudian barulah
saya akan pergi. Saya janji. Onegai ne~” Yuki mengeluh. Dia memandang gadis di
hadapannya dan senyum sebaris.
“Wakarimashita.
Saya akan tolong awak. Tetapi awak mesti janji dengan saya selepas semua ini
selesai, awak kena pergi,” beritahu Yuki pantas. Yui hanya menganggukkan
kepalanya dan tersenyum lebar.
“Arigatou
gozaimasu.”
Yuki dan Yui
segera menyorok di sebalik semak. Mereka tidak mahu dilihat oleh sesiapapun.
Ada sesuatu yang mereka perlu lakukan. Ada perkara yang perlu Yuki selesaikan.
“Dia dalam
perjalanan. Eh silap, mereka dalam perjalanan,” kata Yui pantas apabila terlihat
bayangan mereka.
“Jadi, itu kakak
awak? Yang memakai blaus putih bersama seluar dan kardigan biru itu?” Yui
mengangguk. Ya, itu Neichan-nya. Neichan kesayangannya.
“Dia baru balik
dari kedai, beli bahan-bahan untuk memasak. Apa yang awak rancang nak lakukan?”
tanya Yui pula. Yuki mengangkat kening.
“Saya nak awak
dekati kakak awak dan cuba jatuhkan plastik buah itu dari tangannya. Dengan
itu, 50% rancangan awak akan berhasil.” Yui melakukan seperti apa yang disuruh.
Ah, mudah sekali. Dengan hanya sekali carikan, buah-buahan yang elok tersusun
di dalam plastik jatuh berteraburan. Kana terkejut.
“Onee, apa yang
telah berlaku ni?” Kana segera melutut dan mengutip buah-buahan yang terjatuh
itu. Sedang dia mengumpulkan buah di satu tempat, seseorang telah membantunya.
Kana terkedu.
“Gomen, boleh
saya bantu awak?” Kana mengangguk. Dia mengeluh lega. “Boku wa Ninomiya
Kazunari. Panggil Nino sahaja. Onamae
wa?” tanya lelaki tersebut. Dia menghulurkan tangannya. Kana menyambut huluran
tersebut.
“Watashi wa Kana
desu. Hirasawa Kana. Hajimemashite Nino-kun.” Muka Nino berubah. Hirasawa?
Mungkinkah.....
“Awak ada adik
ke? Maksud saya, awak pernah ada adik ke?” “Ya saya pernah ada adik. Kenapa
awak tanya macam tu?” Kana mengerutkan wajahnya.
“Maksud awak,
Yui? Hirasawa Yui?” “Hai. Yui no watashi wa imouto desu. Ah, awak Ninomiya
Kazunari! Abang angkat Yui. Baru saya teringat,” jerit Kana. Nino menganggukkan
kepalanya.
“Hai. Boku wa Yui
no oniichan desu. Tak sangka saya dapat berjumpa dengan kakak kesayangan Yui.
Rupa awak hampir sama dengan Yui terutamanya mata awak.” Wajah Kana merona
merah.
“Arigatou.
Gomennasai kerana menyusahkan awak.” “Iie. Awak sedikit pun tidak menyusahkan
saya. Mari saya hantar awak pulang.” Kana tersenyum lantas mengangguk. Dia
mengucapkan terima kasih sekali lagi sebelum mereka berjalan pulang beriringan.
Dari kejauhan,
Yui tersenyum gembira. Tercapai juga hasratnya untuk memperkenalkan Neichan dan
Niichan. Dia memandang Yuki yang turut tersenyum senang. Nampaknya segalanya
akan berjalan dengan lancar.
“Yuki-chan! Apa
yang awak buat di sini?” Satu suara yang amat Yuki kenal datang dari arah
belakang. Yuki menoleh. Akira.
“Akira, apa yang
awak buat di sini?”
“Awak tanya saya?
Hei Yuki, saya tanya awak dulu apa yang awak buat di sini? Bukankah awak
sepatutnya duduk di rumah? Yuki, saya tak suka awak merayau tak tentu pasal.
Awak tu sakit lemah jantung. Janganlah merayau macam ni. Ditambah pula awak
merayau dengan hantu ni,” kata Akira lantas memandang wajah pucat Yui. Yuki
pantas memukul lengan Akira.
“Awak tak patut
cakap macam tu pada Yui!” Yuki segera berlari meninggalkan Akira dan Yui.
“Itu bukan cara
yang baik untuk pujuk dia supaya pulang ke rumah,” kata Yui sebelum
menghilangkan diri. Akira mengeluh.
***
4 bulan
kemudian....
“Kana, saya dah
fikir masak-masak. Saya tahu semuanya berlaku dengan pantas tetapi saya pasti
semua yang berlaku ini bersebab. Saya yakin, mendiang Yui pasti akan setuju
dengan apa yang bakal saya perkatakan ini. Kana, sudikah awak menjadi suri di
hati saya?” tanya Nino ketika dia baru tiba di rumah Kana untuk mengajaknya
makan tengah hari.
Kana terpana.
Sesungguhnya dia tidak menyangka Nino akan melamarnya di hadapan rumahnya. Dia
membuat muka selamba, cuba menyembunyikan rasa terkejut yang baru timbul.
“Nino, saya...saya..awak..tak rasa perkara ini cepat sangat ke? Saya tak tahu
nak cakap macam mana. Apa yang saya boleh cakap ialah ya. Saya...setuju,” jawab
Kana tergagap-gagap. Dia menundukkan wajahnya tanda malu. Senyuman terukir
cantik di wajahnya.
“Kana,
saya...saya tak tahu nak cakap apa. Aishiteiru Kana. Eien ni. You are
the queen of my heart,” balas Nino lantas mendukung Kana. Kana yang terkejut
dengan reaksi spontan Nino sedikit menjerit.
“Oh gosh Yuki!
Niichan dah lamar Neichan! Saya sangat gembira!! Saya dah tak tahu nak cakap
macam mana,” jerit Yui sambil berpusing-pusing di langit. Yuki tergelak.
“Yui, sudahlah
tu. Kakak dan abang awak dah pergi dah pun. Turunlah.” Yui segera turun
menghadap Yuki. Senyumannya masih setia di bibir.
“Yuki, tugas saya
di sini telahpun selesai. Sekarang, saya akan pergi dengan aman. Saya dah
takkan ganggu awak lagi. Gomennasai. Saya telah banyak susahkan awak.”
“Kenapa awak nak
pergi sekarang? Kenapa tak nak tunggu sehingga mereka melangsungkan
perkahwinan?” tanya Yuki pantas.
“Hati saya telah
tenang sekarang. Saya dah tak risaukan Neichan lagi. Saya tahu Niichan akan
menjaga Neichan dengan baik. Saya akan memerhatikan mereka dari atas pula
kerana saya sendiri telah terlalu lama berada di sini. Saya sudah penat. Oh ya
Akira, sudah-sudahlah menyorok tu. Macam saya tak tahu yang awak bersembunyi di
sebalik pokok sakura.” Akira keluar dari tempat persembunyiannya. Mukanya sudah
kemerahan menahan malu. Dia terlupa yang Yui bisa mengesan dirinya. Yuki
menjeling.
“Saya minta maaf
kerana menghendap awak dari jauh. Bukan apa, saya cuma risaukan kesihatan awak
sahaja. Saya tahu kondisi awak makin kurang stabil. Gomen Yuki-chan.” Yui
tersenyum melihat raut wajah Masami yang seperti ikan maguro itu.
Masami, apa yang
Yuma katakan itu betul. Saya minta maaf kerana menyusahkan awak. Saya harap
selepas ini awak akan jaga kesihatan awak baik-baik. Ini suatu arahan dari
saya. Dan Akira, saya nak awak jaga Yuki baik-baik. She is one special girl.
Baiklah, saya pergi sekarang. Sayonara.”
“Eh, nanti dulu.
Ada satu perkara yang saya ingin tahu. Mengapa awak beria-ia nak satukan kakak
an abang awak?” tanya Akira tiba-tiba. Yui tersenyum penuh rahsia.
“Kerana saya
pernah berjanji...” Dan Yui pun menghilang. Keadaan menjadi sunyi seketika.
Masing-masing tidak tahu apa yang perlu dibualkan setelah pemergian Yui.
“Eh Yuki, kita
perlu pulang sekarang. Hujan sudah mula turun.” Akira pantas berjalan pergi
namun dia tersentak apabila dengan tiba-tiba Yuki memeluknya dari arah
belakang.
“Akira-san. Gomen
ne. Saya dah banyak susahkan awak. Saya tahu saya ni degil dan selalu
menyusahkan orang. Itu semua kerana saya takut kehilangan orang yang saya
sayang. Cukuplah saya hanya membantu orang yang kehilangan sahaja. Saya belum
bersedia untuk merasai kehilangan orang yang saya sayang terutamanya awak.
Sebab tu saya selalu tidak mendengar kata. Gomen.”
Akira tersenyum.
Dia menarik tangan Yuki yang masih melilit pinggangnya. Dia berpusing menghadap
Yuki.
“Yuki-chan. Awak
tak pernah menyusahkan sesiapa lebih-lebih lagi saya. Saya hanya menjalankan
tanggungjawab sebagai bakal suami awak saja. Saya tahu awak belum bersedia
untuk berkahwin tapi saya tak kisah. Apa yang penting awak selamat dan
kesihatan awak terjaga. Itu sahaja. Memang susah kalau kita datang dari
keluarga pawang tapi itu tak bermakna awak boleh buat apa saja.” Mata Yuki mula
berkaca. Dia pantas memeluk Akira.
“Aishiteiru
Akira. Saya tak tahu macam mana nak menghadapi hari esok tanpa awak disisi.
Saya akan beritahu otousan yang saya sudah bersedia untuk berkahwin. Saya
sangat sayangkan awak.”
“Aishiteiru
Yuki-chan. Saya sayangkan awak juga. Dah, mari kita pulang. Hujan sudah semakin
lebat ni. Saya tidak mahu awak menghidapi demam dan selsema pula. Nanti otousan
awak marahkan saya.” Yuki tertawa. Dia mengangguk dan mula berjalan di sebelah
Akira. Tangan kirinya menggenggam tangan kanan Akira.
‘Aishiteiru
Akira-san. Selamanya,’ bisik hati Yuki.
p/s : makna perkataan :
1. Imouto - adik
2. oniisan / Niichan - abang
3. oneechan / Neichan - kakak
4. arigatou gozaimasu / arigatou - terima kasih
5. onegai - please
6. gomen / gomennasai - maafkan saya
7. hai - ya , iie - tidak
8. Eien ni - selamanya
9. otousan - ayah
10. maguro - ikan tuna
-maaf kerana lama x update! saya selalu balik ke kampung dan coverage pun x berapa nak ada... maafkan saya..kalau ada yang nak marah,, marahlah ya..saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...
2 comments:
owh.. kiranya yui tu roh laa
anayue : aah...dia mati kena langgar..
Post a Comment