Thursday, April 21, 2011

Suraya - Part 5

Posted by intrigue at 00:00
Aku terjaga. Aku melihat semua orang masih lagi diulit mimpi. Aku dapat rasakan satu perasaan yang sangat aneh. Seluruh tubuhku dibaluti kesejukan. Dengan sisa-sisa nafas yang aku miliki, aku mengucapkan kalimah syahadah dan...

Marlisa terjaga. Dia menoleh ke arah jam. 6 pagi. Marlisa mengejutkan Haji Shamsuri dan Hajah Zainab. Mereka mendirikan solat Subuh berjamaah. Usai solat, Hajah Zainab mengejutkan anak kesayangannya. Dia berasa hairan. Suraya biasanya akan terus bangun apabila dikejutkan lebih-lebih lagi kalau disuruh solat. Tapi kali ini... Mama menyentuh tangan Suraya. Sejuk. Mama berasa tak sedap hati. Dikejutnya Suraya sekali lagi. Mama kemudian menatap wajah Su. Biru. Mama mengangkat tangan Su. Tangannya terkulai di birai katil apabila dilepaskan. Mama panik.


"Papa! Kenapa dengan Su ni pa? Sejuk semacam saja," soal mama tidak puas hati. Suaranya bergetar. Papa segera mendapatkan anaknya dan memeriksa pernafasan dan nadi Suraya. Marlisa cuba menenangkan mama. Wajah papa bertukar pucat.

"Innalillahiwainnailaihiraji'un." Tangisan mama dan Marlisa semakin kuat. Suraya sudah pergi buat selama-lamanya. Mama seperti patah semangat. Dia menangis sekuat hati.

"Sabar auntie. Kita kena redha dengan pemergiannya," kata Marlisa. Walau bagaimanapun, dia tidak percaya dan tidak dapat menerima pemergian Su, tetapi ini semua takdir. Dia harus redha.

***
"Kalau ditakdirkan aku mati, kau sedih tak?"

"Lepas ni lagi lama Su tak ada."
"Doktor cakap esok dah boleh balik. Then Su dah takkan balik dah."

"Su balik seorang saja."
"...manalah tahu kalau Su pergi, sekurangnya Su tahu orang yang Su sayang semua sayangkan Su."
***

+ "Em, saya harap cik  dapat bersabar. Berdasarkan pemeriksaan kami, Cik Suraya disahkan menghidap barah otak peringkat akhir."

- "How long do I have?"

+ "Just a couple of weeks or less. I'm so sorry."

- "Doktor, can you help me with something?"

+ "Sure. Apa dia?"

-"Tolong rahsiakan perkara ni daripada ahli keluarga saya. Saya tak mahu mereka sedih kerana saya."

+ "Walaupun awak akan mati?"
- "Ya. Saya sangat sayangkan mereka."

+ "Baiklah."

- "Terima kasih doktor."
TAMAT

Credits to my beloved friend, Nur Shafiqah binti Mohamad Noor 4 letting me post this story. I owe you so much. :)

p/s : cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. diharapkan agar kalian menyukai karya ini.

2 comments:

Anonymous said...

berjurai2 air mataku kluar tika mbaca cite ni...
sedih gila...

sakuraputih said...

TN : hehe..entry ni mmg sedih sikit...

 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea