Wednesday, December 28, 2011

Aku Benci... - Song 6

Posted by intrigue at 19:53 2 comments
Sky menapak masuk ke dalam Bangunan Asterik, bangunan yang menempatkan Emi Production, sebuah syarikat rakaman yang bertanggungjawab melatih HarUna. Jam di tangannya menunjukkan sudah pukul 10.00 pagi. Dia sudah lewat dua jam kerana kesesakan lalu lintas. Ya, dia tipu. Dia terlewat kerana tidur lambat malam tadi. Itulah, asyik teringatkan minah pelik tu sampaikan masa tidur aku pun terganggu. Sky menggelengkan kepalanya.


"Sky, ini merupakan kali pertama awak lambat. Kenapa? Awak ada masalah di rumah kah?" tanya pengus HarUna, Encik Takashi. Sky menggeleng.


"Saya minta maaf Encik Takashi. Susah nak tidur malam tadi. Lain kali saya akan lebih punctual. Jangan risau." Encik Takashi mengangguk.


"Baiklah. Ini merupakan amaran yang pertama daripada saya. Saya tak mahu awak atau mana-mana ahli yang lain bekerja sambil lewa dan tidak tepati masa. Ingat tu," katanya sambil memandang wajah ahli-ahli HarUna yang turut berada di situ ketika itu. Mereka semua menganggukkan kepala. Kalah burung belatuk!


"Baiklah, saya ada satu pengumuman nak buat sebenarnya. Oleh kerana pencapaian kamu semua dalam konsert tempoh hari, ada permintaan daripada peminat yang inginkan kamu 'naik semula ke pentas'. Jadi, bulan depan kita akan adakan konsert lagi di Stadium Asterik. Boleh?" tanya Encik Takashi. Walaupun keputusan telah dibuat namun dia tetap mahu mengetahui keputusan daripada diri mereka sendiri.


"Sangat boleh! Saya tak ada bantahan," balas Kent pantas. Yang lain hanya menganggukkan kepala. Memang lumrah sebagai seorang penyanyi, pasti mahu melangkah ke atas pentas lagi!


"Bagus. Kalau macam tu, sekarang kita akan mulakan latihan. Oh ya, esok kita akan rakamkan lagu baru. Lagu itu akan kamu nyanyikan pada konsert akan datang. Jadi, sila ke bilik latihan sekarang ya," kata Encik Takashi sambil tersenyum. Ahli kumpulan HarUna memang mendengar kata.


Selesai sahaja perbualan, mereka terus bergerak ke studio untuk mula berlatih. Nasib mereka baik kerana masing-masing berlainan tugas. Kent bermain gitar, Zack pula bermain dram. Nick bermain bass manakala Sky vokalis pasukan. Mereka hanya perlu tumpukan perhatian kepada lagu dan nyanyian sahaja. Mereka tidak perlu berpenat lelah untuk menari dan menghafal tarian.


***

Seharian mereka berlatih di studio. Masing-masing sudah kepenatan. Sky mencapai beg sandang yang dibawa bersamanya dari pagi tadi. Dia mengemas barangnya dan memasukkannya ke dalam beg. Ketika dia mahu menutup semula begnya, satu bungkusan menyapa penglihatannya. Dia menepuk dahi. Macam manalah dia boleh terlupa! Dia mencuit bahu Zack.


"Ini, ada bungkusan untuk kau daripada 'dia'. 'Dia' minta aku yang sampaikan," beritahu Sky. Zack mengambilnya dari tangan Sky. Dia tersengih. Kent memukul bahunya.


"Wei, kot ya pun teman wanita kesayangan yang bagi hadiah takkan tak mahu buka depan kita orang kot?" sindir Nick yang duduk bersebelahan dengan Kent. Dia memandang Kent lantas mengenyitkan matanya sebelum tawa mereka bersatu. Sky turut menghamburkan gelak tawanya.


"Kau orang ni tak habis-habis nak sakat aku kan. Sudah la, aku nak balik," balas Zack lantas mengangkat punggung untuk pulang ke rumah. Mereka yang lain sambung mentertawakannya. Memang sudah menjadi kelaziman bagi mereka semua untuk mengusik Zack. Almaklumlah, mereka yang lain belum ada teman wanita lagi.


"Okey lah geng. Aku pun nak chiaow ni. Jumpa kau orang esok pula ya," ujar Sky. Dia malangkah keluar, meninggalkan dua orang rakannya yang masih di bangku studio itu. Mereka berdua hanya melambaikan tangan tanpa membalas apa yang diperkatakan.


Sky hanya berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya. Dia tidak betah untuk menaiki bas apatah lagi kereta yang disediakan oleh syarikat rakaman. Padanya, lebih baik berjalan kaki daripada menaiki semua itu kerana ia hanya membazirkan wang sahaja! Dia bukannya anak orang kaya yang ada segalanya. Sekurang-kurangnya dengan berjalan kaki dia dapat berjimat di samping menyihatkan tubuh badan.


Apabila tiba di suatu simpang, dia membelok ke kanan. Dia melilaukan pandangan ke segenap kawasan perumahan itu. Diteliti kawasan perumahan itu. Mana tahu ada petunjuk yang boleh dia gunakan untuk mengesan ke mana hilangnya rakan semasa kecilnya itu. Dia berhenti betul-betul di hadapan rumah lama keluarganya sebelum mengalihkan pandangan ke rumah di sebelahnya.


'Cherry, di mana perlu aku cari kau? Tolonglah berikan aku petunjuk!' ujarnya di dalam hati. Dia meneruskan langkah ke taman permainan yang sering dikunjungi olehnya sewaktu kecil. Dia mengeluh lagi. 'Abang, kenapa susah sangat nak cari dia? Macam mana saya nak cari dia?' Sky menatap wajah langit yang membiru sebelum menyambung perjalanan untuk pulang ke rumahnya.


-Sky-
p/s : sesuai x mata dia dgn nama dia? :p

Thursday, December 22, 2011

Football Love

Posted by intrigue at 16:38 4 comments

“Ah! Captain Kazuya! Kau nampak tak tadi dia buat jaringan? Nampak tak? Nampak tak? Hatrik tu!” Ami menunjukkan jaringan gol yang dilakukan oleh pemain bola sepak negara yang bernama Kazuya itu. Eri menunjukkan riak bosan.

“Ami, dah sepuluh kali kau tunjuk jaringan gol dia. Berhentilah Ami. Aku nak tengok cerita lain pula ni. Bak sini remote control tu.” Eri merampas remote dari tangan Ami. Ami tersengih.

“Oh ya. Semalam abang aku suruh sampaikan ini pada kau. Dia kata tiket menonton perlawanan bola tapi aku tengok macam kertas koyak je,” beritahu Eri pantas. Dia menghulurkan tiket itu kepada Ami.

“Ah! Tiket perlawanan bola! Wei, pas VIP ni! Mana abang kau dapat?” tanya Ami hairan. Eri mengangkat bahu.

“Entah. Dia cakap dapat dua tiket percuma. Dia suruh aku bagi kat kau satu. Lepas ni dapatlah kau jumpa Kazuya kesayangan kau tu. Dan lepas ni jangan nak ganggu aku tengok tv lagi.” Mereka berdua ketawa sakan.

***

Ami beratur panjang di bahagian pendaftaran. Jam telah menunjuk ke angka 12. Apabila tiba gilirannya, jam telah pun menginjak ke angka 1. Sudah satu jam baru gilirannya tiba. Dia menunjukkan tiketnya. Setelah itu, pengawal memberinya kebenaran untuk masuk ke stadium. Pengawal itu menunjukkan kerusi khas untuknya. Yelah, tiket VIP kan.... Kedudukan kerusinya betul-betul di sebelah padang. Tuah badan sungguh!

‘Kalau macam ni, confirm dapat tengok Kazuya bermain depan-depan. Kalau bertuah, mungkin dia akan pandang aku! Kyaa!!’ jerit Ami di dalam hati. Dia tersenyum senang.

Sebaik sahaja jam menginjak ke angka 2 petang, pemain bola berjalan keluar dari terowong. Semua penonton mula bersorak termasuklah Ami. Dia membelakangi stadium, menunjukkan nombor pemain pada jersey yang dipakainya. Semestinya nombor Kazuya ‘KAMENASHI 20’

***

Perlawanan telah tamat dengan kemenangan pasukan tuan rumah iaitu pasukan yang diketuai oleh Kazuya. Penyokong tuan rumah bersorak gembira di atas kemenangan tersebut. Memang tidak dinafikan kekuatan tuan rumah mampu memukau penonton. Ami segera meloloskan diri ke tempat pemain berkumpul. Dia mahu mencari Kazuya. Dia terlihat kelibat Kazuya bersama teammatesnya. Oleh itu dia tidak mahu mengganggu mereka.

“Em adik, boleh tolong sampaikan kertas ni kepada Kazuya?” Budak tersebut menganggukkan kepalanya dan pergi. Ami segera  keluar dari stadium. Dia telah menulis sedikit nota di dalam kertas itu. Dia minta agar Kazuya bertemunya di luar stadium. Dia berharap agar Kazuya dapat memenuhi permintaannya yang satu itu.

15 minit kemudian, dia terdengar bunyi derapan kaki. Semakin lama semakin hampir. Dia tersenyum. Dia memandang ke arah bunyi tersebut dan terdiam. Dia hairan apabila pemilik derapan kaki itu menyapanya.
“Hai. Awak Ami Dawn ya?” Ami mengangguk. Ya, itu namanya. “Tadi ada budak lelaki berikan ini kepada saya. Jadi saya pun datang ke sini seperti yang awak minta.” Ami terkesima. ‘Jadi, budak tadi tersalah bagi? Oh tidak! Pasti dia keliru nama Kazuya dan Yuya. Baik aku beritahu perkara yang sebenar,’ bisik Ami di dalam hati.

“Sebenarnya saya memang..”

“Saya tahu. Awak memang minat kat saya kan. Terima kasih. Saya sangat gembira apabila ada yang meminati dan menghargai saya sebagai pemain bola walaupun saya sendiri masih baru di dalam bidang ini.” Ami tersenyum. ‘Layan sajalah,’ getus hatinya.

“Saya sangat kagum dengan awak. Walaupun awak baru main tapi awak telah buat 5 jaringan dalam 3 perlawanan. Hebat tu! Gol tadi pun hebat juga. Bycicle kick. Sangat cantik walaupun tidak sehebat hatrik Captain,” kata Ami ikhlas. Yuya tersenyum.

“Hm, saya kena pergi dulu. Pasti teammates saya menunggu. Apa kata kalau awak datang ke stadium dan lihat kami berlatih esok hari?” Mata Ami bercahaya. Yuya mengangguk dan tersenyum. Dia lantas berjalan meninggalkan Ami di situ sambil melambaikan tangannya.

‘Esok? Latihan? Oh gosh nak kena datang ni! Terima kasih Yuya. Dapat juga aku tengok latihan mereka!’

***

Ami tiba tepat jam 9 pagi. Dia menghulurkan pas yang diberi oleh Yuya. Entah bila pula Yuya selitkan pas itu di dalam jaket yang dipakainya semalam. Sebaik sahaja dia menjejakkan kakiknya di dalam bilik latihan, dia terlihat kelibat Kazuya. Hatinya melonjak gembira. Dia mendekati Kazuya namun dia membatalkan niatnya kerana ada perempuan bersama Kazuya.

“Eh Ami. Awak dah datang. Cepatnya. Tak sabar nak jumpa saya ya?” tanya Yuya apabila terlihat Ami yang berada tidak jauh darinya.

“Eh..eh..mana ada. Lawak je awak ni. Yuya, saya nak tahu. Siapa yang bersama dengan Kazuya? Setahu saya peminat tidak boleh masuk ke tempat latihan sesuka hati kecuali kalau peminat tersebut ada kena mengena dengan pemain seperti keluarga atau kekasih.”

“Itu bekas kekasih Kazuya. Mereka putus kerana perempuan tu tak sanggup tengok Kazuya didekati oleh perempuan lain a.k.a peminat dia. Dah lama juga mereka berpisah. Entah kenapa perempuan tu tiba-tiba datang semula. Ami, mari tengok kami berlatih.” Ami mengangguk.

***

Seminggu kemudian....

“Kau nak tengok perlawanan lagi? Ami, kau tak beli tiket pun. Abang aku pun tak ada dapat tiket free minggu ni. Macam mana kau nak pergi tengok?” Ami tersengih.

“Hehe.. Yuya yang bagi aku. Kali ni memang betul-betul front seat. Belakang mananger and the coaches punya tempat duduk.” Eri membulatkan mata.

“Yuya?! Bukan kau suka Kazuya ke? Hai Ami, takkan kerana bunyi nama belakang hampir sama kau dah keliru kot.” Eri tergelak.

“Hish kau ni. Yuya dengan aku kawan sajalah! Dahlah, aku nak pergi ni. Jumpa kau esok. Sayonara!”


“Yuya! Ganbatte!” jerit Ami apabila kelibat Yuya mula kelihatan. Yuya yang terdengar jeritannya terus memandang. Dia menghadiahkan senyuman kepada Ami. Setelah bersalaman dengan pasukan lawan, 
permainan pun dimulakan.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan buat pasukan Kazuya. Ami segera mencari kelibat Yuya. Dia mahu mengucapkan tahniah tetapi Yuya mengajaknya pergi makan. Ami hanya menurut sahaja. Dia sendiri sudah lapar.

“Wah! Perlawanan yang hebat Yuya. Saya kagum dengan awak. Awak buat hatrik!” Yuya hanya tersenyum.

“Tak adalah. Ianya bantuan dari teammates jugak.” Ami mengangguk. Mereka memesan makanan dan minuman yang sama. Tidak lama selepas itu makanan pun tiba.

“Yuya, boleh saya tanya kenapa Kazuya nampak tertekan saja hari ni? Dia langsung tak jaringkan gol. Malah prestasinya hari ini pun tidak begitu memberangsangkan. Dia ada masalahkah?” tanya Ami apabila makanan yang mereka pesan sudah sampai.

“Hm, tak sangka penonton pun boleh perasan perubahan Kazuya. Sebenarnya tadi makwe Kazuya ada datang sebelum perlawanan. Makwe dia menangis. Teruk sangat. Bila Kazuya tanya kenapa, makwe dia cakap dapat gangguan yang teruk dari bekas teman wanita Kazuya. Tu yang Kazuya bengang sampaikan dia tidak dapat bermain dengan sepenuh hati. Memang masalah.” Ami tersentak. Dia tidak tahu yang Kazuya telah mempunyai teman wanita. Hatinya sedikit sayu namun timbul juga perasaan lega.

“Sejak bila Kazuya ada teman wanita?”

“Lama dah. Dua bulan yang lepas. Em Ami, saya ada satu benda nak cakap dengan awak. Saya harap awak sudi mendengar. Sebenarnya saya sukakan awak. Awak merupakan orang pertama yang datang berjumpa dengan saya. Saya sangat terharu. Tetapi itu bukan alasan kenapa saya sukakan awak. Kita dah lama berkawan dan saya sudah biasa dengan awak. Sudikah awak jadi teman wanita saya?” Ami terkedu. Lagi satu kejutan!

“Yuya, sebenarnya saya sukakan Kazuya. Itu yang saya nak cakapkan. Surat yang awak terima itu sebenarnya untuk Kazuya. Budak tu salah beri tetapi saya biarkan saja. Pada saya, apa salahnya berkawan dengan awak. Tetapi apabila dah lama bersama dengan awak dan ketidak sempatan saya untuk bercakap dengan Kazuya menyebabkan saya sudah terbiasa dengan kehadiran awak. Saya juga sudah sukakan awak. Saya minta maaf kalau kenyataan ini menyakitkan awak.” Ami dapat melihat wajah Yuya sedikit berubah. Ah, salah Ami juga. Siapa suruh dia tidak berterus terang dari awal!

“Kalau budak tu tak salah bagi surat tentu awak sudah berkawan dan bersama dengan Kazuya. Awak tak menyesal ke?” tanya Yuya perlahan. Matanya hanya dihalakan ke pinggan makanannya. Ami tersenyum.

“Kalau budak tu tak salah bagi surat, tentu saya dah menangis air mata darah kerana Kazuya sudah ada teman wanita. Walaupun saya tidak terfikir untuk menjadi teman wanitanya tetapi sebagai perempuan, apabila sudah berdekatan dengan orang yang mereka suka perasaan itu sedikit sebanyak akan timbul juga. Jadi saya tidak menyesal. Saya minta maaf Yuya. Saya yang bersalah kerana menyebabkan awak rasa kurang selesa.” Yuya menggeleng.

“Tidak. Ianya salah saya juga. Kalau saya beri ruang kepada awak untuk berterus terang, mungkin kita takkan rasa janggal seperti hari ini.” Mereka berdua tidak bersuara untuk beberapa minit, menikmati hidangan yang dipesan tadi.

“Jadi, awak masih sudi untuk jadi teman wanita saya? Eh maksud saya kawan saya.” Yuya mengetap bibir. Dia tahu kesalahannya. Ami tersengih.

“Kalau awak tak tanya pun saya sudi jadi teman wanita awak. Saya sukakan awak juga Yuya. Sejak kita berkenalan. Ianya pelik tetapi itulah kenyataannya. Perasaan ini datang dengan tiba-tiba. Saya sudi.” Yuya sudah mula tersenyum. Ami juga. Dia tahu pemain bolanya kini hanya Yuya.

p/s : sebagai tanda minta maaf, saya double-kan cerpen untuk anda :)

JANJI

Posted by intrigue at 16:04 2 comments

Okey, jadi apa yang Imouto nak cakapkan? Lelaki tu baik? Macam tu?” tanya Kana sambil menjinjing beg plastik yang berisi keperluan rumah.

“Ya, oniisan sangat baik. Yui kenal dia ketika kita di rumah Hashi-sensei. Umur dia sama dengan oneechan tau! Dia kacak, charming dan seorang yang bertanggungjawab,” balas Yui sambil berjalan pantas apabila lampu pejalan kaki sudah bertukar hijau.

“Hah, apa-apa sajalah Yui. Oneechan tak berminat,” kata Kana sambil berjalan di belakang Yui. Yui tergelak.

“Iie. Oneechan kena jugak jumpa dengan oniisan. Oneechan mesti akan suka dia. Percayalah cakap Yui. Yui tak tipu. Yui janji....”

BUM!!! Kana tersentak. Yui tiada di hadapannya. Dia dapat melihat kesan darah di hadapannya. Hanya satu perkara yang terlintas di fikiran. YUI!!!

***

“Onegai! Saya cuma minta tolong ini sahaja daripada awak. Saya takkan minta lebih-lebih. Saya cuma nak awak tolong saya sempurnakan satu perkara sahaja. Kemudian barulah saya akan pergi. Saya janji. Onegai ne~” Yuki mengeluh. Dia memandang gadis di hadapannya dan senyum sebaris.

“Wakarimashita. Saya akan tolong awak. Tetapi awak mesti janji dengan saya selepas semua ini selesai, awak kena pergi,” beritahu Yuki pantas. Yui hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum lebar.

“Arigatou gozaimasu.”

Yuki dan Yui segera menyorok di sebalik semak. Mereka tidak mahu dilihat oleh sesiapapun. Ada sesuatu yang mereka perlu lakukan. Ada perkara yang perlu Yuki selesaikan.

“Dia dalam perjalanan. Eh silap, mereka dalam perjalanan,” kata Yui pantas apabila terlihat bayangan mereka.

“Jadi, itu kakak awak? Yang memakai blaus putih bersama seluar dan kardigan biru itu?” Yui mengangguk. Ya, itu Neichan-nya. Neichan kesayangannya.

“Dia baru balik dari kedai, beli bahan-bahan untuk memasak. Apa yang awak rancang nak lakukan?” tanya Yui pula. Yuki mengangkat kening.

“Saya nak awak dekati kakak awak dan cuba jatuhkan plastik buah itu dari tangannya. Dengan itu, 50% rancangan awak akan berhasil.” Yui melakukan seperti apa yang disuruh. Ah, mudah sekali. Dengan hanya sekali carikan, buah-buahan yang elok tersusun di dalam plastik jatuh berteraburan. Kana terkejut.

“Onee, apa yang telah berlaku ni?” Kana segera melutut dan mengutip buah-buahan yang terjatuh itu. Sedang dia mengumpulkan buah di satu tempat, seseorang telah membantunya. Kana terkedu.

“Gomen, boleh saya bantu awak?” Kana mengangguk. Dia mengeluh lega. “Boku wa Ninomiya Kazunari. Panggil Nino sahaja.  Onamae wa?” tanya lelaki tersebut. Dia menghulurkan tangannya. Kana menyambut huluran tersebut.

“Watashi wa Kana desu. Hirasawa Kana. Hajimemashite Nino-kun.” Muka Nino berubah. Hirasawa? Mungkinkah.....

“Awak ada adik ke? Maksud saya, awak pernah ada adik ke?” “Ya saya pernah ada adik. Kenapa awak tanya macam tu?” Kana mengerutkan wajahnya.

“Maksud awak, Yui? Hirasawa Yui?” “Hai. Yui no watashi wa imouto desu. Ah, awak Ninomiya Kazunari! Abang angkat Yui. Baru saya teringat,” jerit Kana. Nino menganggukkan kepalanya.

“Hai. Boku wa Yui no oniichan desu. Tak sangka saya dapat berjumpa dengan kakak kesayangan Yui. Rupa awak hampir sama dengan Yui terutamanya mata awak.” Wajah Kana merona merah.

“Arigatou. Gomennasai kerana menyusahkan awak.” “Iie. Awak sedikit pun tidak menyusahkan saya. Mari saya hantar awak pulang.” Kana tersenyum lantas mengangguk. Dia mengucapkan terima kasih sekali lagi sebelum mereka berjalan pulang beriringan.

Dari kejauhan, Yui tersenyum gembira. Tercapai juga hasratnya untuk memperkenalkan Neichan dan Niichan. Dia memandang Yuki yang turut tersenyum senang. Nampaknya segalanya akan berjalan dengan lancar.

“Yuki-chan! Apa yang awak buat di sini?” Satu suara yang amat Yuki kenal datang dari arah belakang. Yuki menoleh. Akira.

“Akira, apa yang awak buat di sini?”

“Awak tanya saya? Hei Yuki, saya tanya awak dulu apa yang awak buat di sini? Bukankah awak sepatutnya duduk di rumah? Yuki, saya tak suka awak merayau tak tentu pasal. Awak tu sakit lemah jantung. Janganlah merayau macam ni. Ditambah pula awak merayau dengan hantu ni,” kata Akira lantas memandang wajah pucat Yui. Yuki pantas memukul lengan Akira.

“Awak tak patut cakap macam tu pada Yui!” Yuki segera berlari meninggalkan Akira dan Yui.

“Itu bukan cara yang baik untuk pujuk dia supaya pulang ke rumah,” kata Yui sebelum menghilangkan diri. Akira mengeluh.

***

4 bulan kemudian....

“Kana, saya dah fikir masak-masak. Saya tahu semuanya berlaku dengan pantas tetapi saya pasti semua yang berlaku ini bersebab. Saya yakin, mendiang Yui pasti akan setuju dengan apa yang bakal saya perkatakan ini. Kana, sudikah awak menjadi suri di hati saya?” tanya Nino ketika dia baru tiba di rumah Kana untuk mengajaknya makan tengah hari.

Kana terpana. Sesungguhnya dia tidak menyangka Nino akan melamarnya di hadapan rumahnya. Dia membuat muka selamba, cuba menyembunyikan rasa terkejut yang baru timbul. “Nino, saya...saya..awak..tak rasa perkara ini cepat sangat ke? Saya tak tahu nak cakap macam mana. Apa yang saya boleh cakap ialah ya. Saya...setuju,” jawab Kana tergagap-gagap. Dia menundukkan wajahnya tanda malu. Senyuman terukir cantik di wajahnya.

“Kana, saya...saya tak tahu nak cakap apa. Aishiteiru Kana. Eien ni. You are the queen of my heart,” balas Nino lantas mendukung Kana. Kana yang terkejut dengan reaksi spontan Nino sedikit menjerit.

“Oh gosh Yuki! Niichan dah lamar Neichan! Saya sangat gembira!! Saya dah tak tahu nak cakap macam mana,” jerit Yui sambil berpusing-pusing di langit. Yuki tergelak.

“Yui, sudahlah tu. Kakak dan abang awak dah pergi dah pun. Turunlah.” Yui segera turun menghadap Yuki. Senyumannya masih setia di bibir.

“Yuki, tugas saya di sini telahpun selesai. Sekarang, saya akan pergi dengan aman. Saya dah takkan ganggu awak lagi. Gomennasai. Saya telah banyak susahkan awak.”

“Kenapa awak nak pergi sekarang? Kenapa tak nak tunggu sehingga mereka melangsungkan perkahwinan?” tanya Yuki pantas.

“Hati saya telah tenang sekarang. Saya dah tak risaukan Neichan lagi. Saya tahu Niichan akan menjaga Neichan dengan baik. Saya akan memerhatikan mereka dari atas pula kerana saya sendiri telah terlalu lama berada di sini. Saya sudah penat. Oh ya Akira, sudah-sudahlah menyorok tu. Macam saya tak tahu yang awak bersembunyi di sebalik pokok sakura.” Akira keluar dari tempat persembunyiannya. Mukanya sudah kemerahan menahan malu. Dia terlupa yang Yui bisa mengesan dirinya. Yuki menjeling.

“Saya minta maaf kerana menghendap awak dari jauh. Bukan apa, saya cuma risaukan kesihatan awak sahaja. Saya tahu kondisi awak makin kurang stabil. Gomen Yuki-chan.” Yui tersenyum melihat raut wajah Masami yang seperti ikan maguro itu.

Masami, apa yang Yuma katakan itu betul. Saya minta maaf kerana menyusahkan awak. Saya harap selepas ini awak akan jaga kesihatan awak baik-baik. Ini suatu arahan dari saya. Dan Akira, saya nak awak jaga Yuki baik-baik. She is one special girl. Baiklah, saya pergi sekarang. Sayonara.”

“Eh, nanti dulu. Ada satu perkara yang saya ingin tahu. Mengapa awak beria-ia nak satukan kakak an abang awak?” tanya Akira tiba-tiba. Yui tersenyum penuh rahsia.

“Kerana saya pernah berjanji...” Dan Yui pun menghilang. Keadaan menjadi sunyi seketika. Masing-masing tidak tahu apa yang perlu dibualkan setelah pemergian Yui.

“Eh Yuki, kita perlu pulang sekarang. Hujan sudah mula turun.” Akira pantas berjalan pergi namun dia tersentak apabila dengan tiba-tiba Yuki memeluknya dari arah belakang.

“Akira-san. Gomen ne. Saya dah banyak susahkan awak. Saya tahu saya ni degil dan selalu menyusahkan orang. Itu semua kerana saya takut kehilangan orang yang saya sayang. Cukuplah saya hanya membantu orang yang kehilangan sahaja. Saya belum bersedia untuk merasai kehilangan orang yang saya sayang terutamanya awak. Sebab tu saya selalu tidak mendengar kata. Gomen.”

Akira tersenyum. Dia menarik tangan Yuki yang masih melilit pinggangnya. Dia berpusing menghadap Yuki.
“Yuki-chan. Awak tak pernah menyusahkan sesiapa lebih-lebih lagi saya. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai bakal suami awak saja. Saya tahu awak belum bersedia untuk berkahwin tapi saya tak kisah. Apa yang penting awak selamat dan kesihatan awak terjaga. Itu sahaja. Memang susah kalau kita datang dari keluarga pawang tapi itu tak bermakna awak boleh buat apa saja.” Mata Yuki mula berkaca. Dia pantas memeluk Akira.

“Aishiteiru Akira. Saya tak tahu macam mana nak menghadapi hari esok tanpa awak disisi. Saya akan beritahu otousan yang saya sudah bersedia untuk berkahwin. Saya sangat sayangkan awak.”

“Aishiteiru Yuki-chan. Saya sayangkan awak juga. Dah, mari kita pulang. Hujan sudah semakin lebat ni. Saya tidak mahu awak menghidapi demam dan selsema pula. Nanti otousan awak marahkan saya.” Yuki tertawa. Dia mengangguk dan mula berjalan di sebelah Akira. Tangan kirinya menggenggam tangan kanan Akira.

‘Aishiteiru Akira-san. Selamanya,’ bisik hati Yuki.




p/s : makna perkataan :

1. Imouto - adik
2. oniisan / Niichan - abang
3. oneechan / Neichan - kakak
4. arigatou gozaimasu / arigatou - terima kasih
5. onegai - please
6. gomen / gomennasai - maafkan saya
7. hai - ya , iie - tidak
8. Eien ni - selamanya
9. otousan - ayah
10. maguro - ikan tuna


-maaf kerana lama x update! saya selalu balik ke kampung dan coverage pun x berapa nak ada... maafkan saya..kalau ada yang nak marah,, marahlah ya..saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...
 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea