Friday, April 22, 2011

AQUA CLAUDIA

Posted by intrigue at 00:00 10 comments


"Nama saya Clair Tsuyoshi.Selamat berkenalan," beritahunya kepada rakan sekelasnya. Ini merupakan sekolah yang ke-10 sejak keluarganya asyik berpindah randah dari satu negara ke satu negara disebabkan penyakitnya yang tidak dapat diubati. Clair memandang ke segenap penjuru kelasnya. Hampir kesemuanya pelajar lelaki. Hanya dua orang sahaja pelajar perempuan di kelas itu. Tertanya-tanya juga dia mengapa kelas itu hanya terdapat dua orang sahaja pelajar perempuan.
 
"Baiklah Clair. Awak boleh mengambil tempat duduk di sebelah Erica," ujar Cikgu Yuu. Dia segera berjalan ke tempat duduk yang telah ditentukan. Erica tersenyum ke arahnya. Cikgu Yuu kemudiannya keluar daripada kelas itu.
"Saya Erica Toda. Ini kembar saya, Erisa Toda." Mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Clair sebagai tanda perkenalan. Clair membalas. Dia lantas duduk di sebelah Erica. Mukanya berkerut memikirkan sesuatu. "Kelas ni memang tak ramai pelajar perempuan kerana ini kelas akademik. Kalau kelas sukan barulah ramai pelajar perempuan," beritahu Erica bagaikan mengetahui apa yang bermain di fikiran Clair. Clair mengangguk lagi.


"Pagi cemerlang Clair! Saya ketua kelas ni. Nama saya Ichijou Takume. Oleh kerana hari ni hujan turun agak lebat dan awak pula masuk ke kelas ni hari ni, maka kami akan gelar awak Aqua Claudia! Jadi mulai hari ni nama awak ialah Aqua Claudia," ujar Takume. Satu kelas bersorak ke arah mereka termasuklah Erica dan Erisa. Clair mengelipkan matanya beberapa kali. Aqua.....apa?


"Kalau awak nak tahu, Takume memang suka menggelar pelajar kelas ni dengan panggilan yang pelik-pelik. Saya digelar White kerana rambut saya yang sedikit putih dan kerinting ni. Erisa pula dia gelar Black kerana rambutnya yang hitam dan lurus. Lagi pula, kami ni kembar," terang Erica panjang lebar. Erisa pula mengangguk dan tersenyum.


***

 
"Aduh! Sudah dua bulan hujan rintik-rintik ni tak mahu berhenti," keluh Glenn. Dia memandang rakan sekelasnya yang lain kemudian mengalihkan pandangan ke luar bilik darjah. "Kalau begini cuaca hari ini, tak bersukanlah kita jawabnya," keluhnya. Dia melangkah ke mejanya.


"Kau ada dengar cerita yang ada pelajar baru masuk ke kelas akademik dua bulan lepas?" Tanya Evans, merangkap rakan baik Glenn. Glenn yang baru sahaja hendak melelapkan matanya kembali mengangkat muka. Dia memandang Evans sambil menggelengkan kepalanya. Yelah, buat apa dia nak ambil tahu mengenai kelas yang tak pernah bersukan tu! Bukannya ramai pun pelajar perempuan di kelas itu. Setakat dua orang pelajar merangkap jirannya sejak kecil iaitu Erica dan Erisa Toda. Jadi, buat apa dia perlu menyibukkan dirinya? Evans mengeluh. Susah betul nak memahamkan si Glenn ni.


"Tu la kau. Langsung tak peka dengan keadaan sekeliling.Kalau kau nak tahu, budak yang baru masuk tu merupakan pelajar perempuan. Aku dengar khabar angin yang sejak dia masuk sini, hujan asyik turun tak berhenti-henti" Glenn sedikit terkejut. Apa? Budak perempuan? Hujan? Err..connection error.. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak memahami apa yang diperkatakan. Evans dipandang dengan pandangan blur. "Kiranya budak perempuan tu lah penyebabnya kenapa hujan tak berhenti kat sekolah kita ni." Oh! Baru faham, bisik Glenn di dalam hati.


"Hehe...sorry Evans.Kepala otak tak betul sekejap tadi. Tak dapat nak analisa apa yang kau cakapkan, beritahu Glenn tatkala melihat wajah Evans yang sudah hendak meletup menahan kesabaran. "Jadi, siapa nama budak tu?"


"Nama dia Clair Tsuyoshi tapi budak kelas tu gelar dia Aqua Claudia." Glenn sudah mula tersenyum, merangka sesuatu di dalam kepala otaknya.


***

 
Clair berjalan keluar dari rumahnya dengan hati yang senang biarpun hujan masih mencurah-curah jatuh. Cumanya hujan yang turun sekarang tidak sama dengan ketika dia berada di sekolah lama. Hujan kali ini tidak selebat dahulu. Hanya rintik-rintik sahaja. Semuanya kerana emosinya yang riang setiap hari. Biarpun begitu, dia tetap masih memikirkan bilakah agaknya penyakit ini akan berhenti menghantui dirinya.


"Pagi cemerlang Aqua!" Tegur satu suara dari arah tepi.Clair tersenyum senang. Setiap pagi, Takume tidak akan lupa untuk menegurnya sekiranya mereka terserempak. Dan memang setiap hari mereka pasti terserempak. Takume menghampiri Clair. Mereka beriringan berjalan ke sekolah. Di dalam perjalanan, mereka terserempak dengan si kembar Toda.


Mereka tiba di sekolah tepat pada masanya. "Em, Takume, Erica, Erisa. Awak bertiga masuklah ke kelas dahulu. Saya ingin ke tandas sebentar." Mereka bertiga mengangguk. Saat itu, Erica perasan sesuatu yang berlainan di situ. Kenapa dia ada di sini? Setahunya, pelajar kelas lain memang tidak akan mencemar duli menjejakkan kaki ke tingkat itu lebih-lebih lagi ke kaki lima kelas mereka. Tetapi, kenapa kali ini macam..... Dia mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak Erisa mengikutinya ke suaru tempat.


Clair keluar dari tandas. Dia perasan ramai yang memandangnya tetapi dia buat tak tahu.Dia hanya menghadiahkan senyuman kepada mereka.Ketika dia memanjat anak tangga, Erica menjerit memanggil namanya. Terkejut beruk dia mendengar jeritan bingit Erica yang mengalahkan guruh itu. Erica berlari ke arahnya bagaikan orang yang tak cukup tanah. Dia memegang bahu Clair. Beberapa orang yang menyaksikan adegan sebabak mereka tergelak pantas. Glenn yang berada di situ turut tergelak. Erisa mencerlung.


"Glenn! Aku tahu kau yang rancang semua ni! Kau ni kenapa hah? Kami tak ada pun kacau hidup kau kenapa kau nak kacau hidup kami?!" Tanya Erisa. Erica ketika itu mengeluarkan sapu tangannya lantas mengelap muka Clair yang terdapat kesan tompokan hitam. Clair terkejut melihat sapu tangan Erica yang sudah berubah warna. Perasaan malu mula menyerbu.


"Eh, bila masa pula aku kacau hidup kau orang semua?Aku tak ada buat apa-apa pun. Aku cuma nak perempuan ni blah dari sekolah ni," balasnya. Dia menghalakan jari telunjuknya ke arah Clair yang ketika itu membelakanginya. Erisa menuruni anak tangga dengan laju. Dia menghadiahkan satu penampar kepada Glenn. Glenn tergamam seketika. Ketika itu juga Erica mengajak Clair untuk kembali ke kelas. Hujan yang pada mulanya bagai mahu reda kembali lebat.


Semenjak kejadian itu, Clair tidak habis-habis diganggu oleh Glenn. Ada sahaja pelan jahatnya untuk menghalau Clair dari sekolah itu. Mujurlah ada Erica, Erisa dan Takume di sisinya. Kurang sedikit beban yang dirasa olehnya.


***

 
Clair berjalan sendirian di koridor sekolah. Hari ini Erica dan Erisa tidak hadir ke sekolah kerana mengikuti keluarga mereka yang melancong ke mana entah. Mereka ada memberitahunya ke mana mereka pergi tetapi dia telah terlupa. Dia berjalan mendekati sepohon pokok yang agak rendang. Walaupun hujan masih belum reda, dia tak kisah. Dia sudah biasa berjalan di dalam hujan sebegini. Tidak pernah seumur hidupnya dia terkena demam atau selsema. Dia meletakkan tangannya pada batang pokok tersebut. Sebelah lagi tangannya digenggam di dada. Dia menutup mata, mencari ketenangan dengan melakukan perbuatan itu. Namun ketenangannya terganggu oleh jeritan seseorang.


"Hoi, apa yang kau buat kat situ? Tak takut demam ke?" Jerit seseorang kepadanya. Dia mengeluh. Mengalihkan pandangan menghadap ke arah pelontar suara itu. "Lah, kau ke yang asyik berdiri menghadap pokok ni. Aku ingatkan siapalah tadi. Kau buat apa kat sini? Nak turunkan hujan daun pokok pula ke?" Sindir suara tersebut. Clair menjeling geram.


"Awak ni kenapa sebenarnya? Kenapa awak selalu sangat tak puas hati dengan saya, Glenn?" Luah Clair. Dia memandang Glenn dengan pandangan membunuh. Kalau sahaja dia boleh membunuh lelaki itu, pasti sudah dilakukannya dari dulu lagi. Tapi dia masih boleh berfikir panjang. Dia tidak mahu masuk penjara atas kesalahan membunuh. Glenn tersenyum sinis.


"Boleh pun marah. Aku ingatkan kau langsung tak ada perasaan selama ni. Kau nak tahu sangat kenapa aku bengang dengan kau? Banyak sebab! Sejak kau ada kat sekolah ni, kita orang budak kelas sukan langsung tak dapat main kat padang sekolah. Tak dapat nak enjoy selalu. Semuanya sebab siapa? Sebab kau! Dulu, masa kau belum masuk sekolah ni, kita orang okey je main kat padang. Sekarang kita orang cuma boleh main dalam dewan saja. Sejak kau masuk sekolah ni juga, pokok-pokok bunga di sekolah ni macam nak layu saja. Semuanya sebab kau!"


Pang! Satu tamparan singgah di pipi Glenn. Glenn terdiam. Clair tergamam. Clair tidak menyangka tangannya begitu pantas menghayunkan penampar sulung buat Glenn. Serba salah dia seketika. Kemudian, matanya tiba-tiba kelabu. Dia memandang Glenn yang telah terkesima dengan tindakannya sebentar tadi.


"Sudah! Aku tahu yang kewujudan aku memang tak membawa apa-apa kebaikan kepada sesiapa pun.Tapi kau tak perlu nak sakitkan hati aku dengan ucapan panjang kau tadi.Kau sepatutnya bersyukur hujan hanya turun rintik-rintik sahaja, bukannya hujan lebat.Kau….aku benci kau!" Jerit Clair sebelum lari meninggalkan Glenn di situ. Sempat juga dia menendang kaki Glenn. Glenn mengaduh kesakitan. Rasakan!


Glenn mengeluh panjang. Dia menyandarkan batang tubuhnya pada pohon di belakangnya sambil memandang Clair berlari meninggalkannya. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar manakala sebelah lagi digunakan untuk mengusap wajahnya yang ditampar. Ish! Perit juga kena penampar dengan perempuan tu. Dah lah tengah hujan sekarang. Ha….chuh! Ish! Tak pasal-pasal aku bersin. Mau kena selsema ni. Dia meraup mukanya dengan kedua belah tangan.

"Aku dah kata, jangan diikutkan sangat rasa benci kau pada Clair yang kau pendam tu. Aku pun dah cakap jangan simpan rasa benci. Takkan kau tak pernah dengar pepatah mengatakan yang 'rasa benci itu sebahagian daripada cinta'. Sekarang siapa yang susah?" Tegur satu suara dari arah belakang.


"Huh…aku tak sangka akan jadi macam ni."

***
 
Clair keluar daripada pangsapurinya dengan payung di tangan. Hujan masih turun renyai-renyai. Bezanya di Tanah Ratu ini hujan turun dalam bentuk salji, bukan seperti dahulu. Berada di sini benar-benar menguji kesabarannya. Bukan setakat perlu keluar rumah dengan membawa payung tetapi turut dikehendaki memakai baju sejuk lima lapis dan mafela di leher! Tidak cukup dengan itu, stoking perlu tiga lapis! Huh, jenuh sungguh! Sudah lima tahun sejak dia berpindah ke situ tanpa pengetahuan sesiapa kecuali keluarganya. Kini, dia telah menjadi seorang penulis novel dan komposer. Kesibukannya tidak dapat melenyapkan memori yang sentiasa menghantui dirinya. Namun, dia membiarkan semua itu. Sedang dia melangkah, telefon bimbit berdering. Dia melihat nombor yang tertera. Pantas dia mengerutkan dahi.


"Hello. Yes, this is Clair speaking. Oh kau. Mana kau dapat nombor aku ni? Aku pun rindukan kau. Hah? Kat sini? Bila masa pula kau…" Belum sempat dia menghabiskan percakapannya, bahunya dilanggar oleh seseorang. Habis jatuh segala barang yang dibawa olehnya.
"Oh, I'm so sorry Miss. I didn't see you're coming. Are you okay?" Tanya satu suara kepadanya. Dia membantu Clair mengangkat barang.


"No, it's okay. It's my fault actually. I'm the one who didn't see you're coming. Thanks for your help anyway," ucap Clair sebaik sahaja dia dapat berdiri dengan stabil. Dia menghadiahkan senyumannya kepada lelaki yang telah menolongnya sebentar tadi sebagai tanda terima kasih.


"Clair? You're Clair Tsuyoshi right?" Tanya lelaki itu kepadanya. Clair tersentak seketika.


"Ye..yes.. Clair Tsuyoshi. That's my name. Why Sir?"Tanya Clair kembali. Clair menatap wajah lelaki di hadapannya. Aku kenal ke mamat ni? Muka macam familiar tapi macam tak pernah nampak. Ataupun lelaki di hadapannya ini salah seorang peminatnya? Oh, tak sangka aku ada peminat. Amboi Clair, mulalah nak perasan tu.


"Kau tak ingat aku ke? Aqua, ni aku lah. Ichijou Takume. Ketua kelas kau dulu. Alah, yang telefon kau tadi," jelas Takume panjang lebar. Dia menggunakan nama samara Clair untuk mengembalikan ingatan rakannya itu.


"La, kau rupanya. Patut lah macam kenal tak kenal saja rupa kau. Macam mana pula kau boleh terdampar di kota London ni? Paling penting, sejak bila kau ada kat sini?" Tanya Clair bertubi-tubi.


"Kau ni, kenapalah serang aku macam orang tak cukup tanah nak lari? Kot ya pun rindukan aku bawalah bersabar cik Clair. Aku baru saja sampai semalam. Rindunya aku dengan kau. Kau apa cerita sekarang?" Giliran Takume pula bertanya. Dia membantu Clair membawa barangnya. Clair tersenyum lagi.


"Terima kasih. Aku macam inilah. Still can live in the rain though. And now I'm novelist and a composer, thanks to Glenn. Ah! Alang-alang kau ada kat sini, jom temankan aku ke pameran buku. Boleh?" Takume mengangguk.


"Boleh saja. Aku pun dah lama tak jalan-jalan. Buku kau ada yang akan dijual?" Clair menggeleng. Takume tergelak. Amboi mamat ni, memang ada yang nak makan kasut aku.


***

 
"Wah, aku tak sangka kau boleh menyanyi dengan baik. Suara kau betul-betul merdu. Tadi kau cakap kau hanya seorang komposer, macam mana boleh jadi penyanyi pula ni?" Tanya Takume. Clair tersengih.


"Bidan terjun." Takume mengangguk faham. Takume mula meliarkan pandangan, melihat longgokan buku-buku second hand yang bakali dijual. Tiba-tiba, matanya tertancap kepada seorang lelaki yang memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. Pakaian ala-ala Sherlock Holmes meningkatkan syak wasangka di dalam dirinya. Dia mendekati lelaki itu.


"Glenn?" Tanyanya. Lelaki itu sedikit terkejut. Dia memalingkan dirinya menghadap Takume. "So, it is you. Apa kau buat kat sini?" Sambung Takume lagi. Glenn menceritakan satu persatu.


"Hey Takume, can you help me with something?" Tanya Clair yang datang entah dari mana. Dia memandang Takume dan Glenn silih berganti. "Oh, I'm sorry for interrupting your conversation. I'll call you next time Takume."


"Eh nanti dulu. Aku nak kenalkan kau dengan seseorang. Ini Glenn Sky. Kawan lama kita." Kata-kata Takume menghentikan langkah Clair. Clair memandang mereka berdua. Takume pula sudah melarikan diri. Tinggallah dia dan Glenn di situ. Masing-masing diam seribu bahasa.


"Em, hai. Lama tak jumpa kau." Glenn cuba untuk memulakan perbualan di antara mereka. Namun, kelihatan Clair seperti tidak berminat. Dia menarik tangan Clair, membawanya pergi dari situ. Clair sedikit terkejut. Dia cuba menarik semula tangannya namun genggaman Glenn terlalu kuat. Mereka berjalan jauh dari pameran buku itu. Mereka berhenti di perhentian bas berhampiran.


"Awak ni kenapa tarik saya ke sini? Tolonglah Glenn, saya tak nak cari masalah dengan awak. Cukuplah apa yang awak dah buat masa di sekolah dulu," ujar Clair pantas. Glenn mengeluh. Dia menganggkat kedua belah tangannya, meminta agar Clair berhenti bercakap.


"Aku tahu apa yang aku lakukan kepada kau dulu memang teruk. Itulah sebabnya kenapa aku nak jumpa dengan kau sangat. Aku......aku...minta maaf sebab kelakuan aku yang teruk dulu. Aku tahu aku tak patut cakap macam tu. Sejak kau pindah, aku asyik rasa tak sedap hati. Bagaikan ada sesuatu yang perlu aku beritahu kau. Dan sekarang adalah masa terbaik untuk aku beritahu kau perkara itu." Clair memandangnya.


"Apa dia?" Glenn sedikit gelisah.


"Sebenarnya, aku...aku..sukakan kau." Clair yang ketika itu memandang ke arah jalan kembali memandang Glenn. Apa yang dia cakapkan tadi? Suka? Tak mungkin! Aku pasti salah dengar. "Aku sukakan kau, sejak dulu lagi. Sebelum kau pindah."

"Tak, tak mungkin. Saya pasti tersilap dengar.."

"Tak, kau tak tersilap dengar. Aku memang katakan apa yang kau dengar tadi. Itu memang apa yang lahir dari hati aku." Glenn melihat Clair sudah mula tersedu sedan. Dia tergamam seketika.



"Glenn, awak tahu tak yang sebenarnya saya pun dah lama sukakan awak. Sejak sekolah lagi. Tetapi ketika itu awak selalu buli saya. Saya benci pada awak sangat-sangat. Tetapi sejak berpindah ke London, saya asyik teringatkan awak saja. Saya...dah tak tahu nak cakap apa." Air matanya mula mengalir. Glenn menyapu air matanya agar tidak gugur lagi. Ketika itu juga matahari mula memunculkan dirinya. Glenn tergamam. Clair apatah lagi.


"Nampaknya hujan sudah berhenti." Clair menganggukkan kepala. "Mesti sebab kau sekarang gembira kan." Glenn memandangnya. Dia mangalihkan pandangan ke arah lain. Mukanya sudah mula kemerahan. Ya, aku memang gembira. Amat gembira. Glenn menggenggam tangannya.


"Semoga cahaya matahari akan menghulurkan cahayanya setiap hari." Glenn mengeratkan genggaman.




p/s : please comment this story..need to know what do you think.. :)

Thursday, April 21, 2011

Suraya - Part 5

Posted by intrigue at 00:00 2 comments
Aku terjaga. Aku melihat semua orang masih lagi diulit mimpi. Aku dapat rasakan satu perasaan yang sangat aneh. Seluruh tubuhku dibaluti kesejukan. Dengan sisa-sisa nafas yang aku miliki, aku mengucapkan kalimah syahadah dan...

Marlisa terjaga. Dia menoleh ke arah jam. 6 pagi. Marlisa mengejutkan Haji Shamsuri dan Hajah Zainab. Mereka mendirikan solat Subuh berjamaah. Usai solat, Hajah Zainab mengejutkan anak kesayangannya. Dia berasa hairan. Suraya biasanya akan terus bangun apabila dikejutkan lebih-lebih lagi kalau disuruh solat. Tapi kali ini... Mama menyentuh tangan Suraya. Sejuk. Mama berasa tak sedap hati. Dikejutnya Suraya sekali lagi. Mama kemudian menatap wajah Su. Biru. Mama mengangkat tangan Su. Tangannya terkulai di birai katil apabila dilepaskan. Mama panik.


"Papa! Kenapa dengan Su ni pa? Sejuk semacam saja," soal mama tidak puas hati. Suaranya bergetar. Papa segera mendapatkan anaknya dan memeriksa pernafasan dan nadi Suraya. Marlisa cuba menenangkan mama. Wajah papa bertukar pucat.

"Innalillahiwainnailaihiraji'un." Tangisan mama dan Marlisa semakin kuat. Suraya sudah pergi buat selama-lamanya. Mama seperti patah semangat. Dia menangis sekuat hati.

"Sabar auntie. Kita kena redha dengan pemergiannya," kata Marlisa. Walau bagaimanapun, dia tidak percaya dan tidak dapat menerima pemergian Su, tetapi ini semua takdir. Dia harus redha.

***
"Kalau ditakdirkan aku mati, kau sedih tak?"

"Lepas ni lagi lama Su tak ada."
"Doktor cakap esok dah boleh balik. Then Su dah takkan balik dah."

"Su balik seorang saja."
"...manalah tahu kalau Su pergi, sekurangnya Su tahu orang yang Su sayang semua sayangkan Su."
***

+ "Em, saya harap cik  dapat bersabar. Berdasarkan pemeriksaan kami, Cik Suraya disahkan menghidap barah otak peringkat akhir."

- "How long do I have?"

+ "Just a couple of weeks or less. I'm so sorry."

- "Doktor, can you help me with something?"

+ "Sure. Apa dia?"

-"Tolong rahsiakan perkara ni daripada ahli keluarga saya. Saya tak mahu mereka sedih kerana saya."

+ "Walaupun awak akan mati?"
- "Ya. Saya sangat sayangkan mereka."

+ "Baiklah."

- "Terima kasih doktor."
TAMAT

Credits to my beloved friend, Nur Shafiqah binti Mohamad Noor 4 letting me post this story. I owe you so much. :)

p/s : cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. diharapkan agar kalian menyukai karya ini.

Thursday, April 14, 2011

Suraya - Part 4

Posted by intrigue at 00:00 0 comments
"Huh. Nasib baik doktor tu cakap kau penat je. Masa kau pengsan, aku panik sangat. Mujur aku tak pengsan sekali tau," ujar Marlisa sebaik sahaja dia melabuhkan punggu di kerusi bersebelahan denganku. Aku cuma mampu tersenyum. I'm sorry Mar. I have to. Aku tak nak kau sedih.

"Su!!" Suara itu. Aku teramat kenal akan suara itu.

"Mama! Papa!" Jeritku.


"Su, kita di hospital. Keep it down sayang," tegur papa. Aku menekup mulut. "Su okey? Doktor kata apa?" Soal pap kemudian. Aku terdiam.

"Suraya okay uncle. Doktor cakap dia penat je," jawab Marlisa. Aku tersenyum pahit. Papa dan mama menarik nafas lega.

"Su dah makan?" Tanya mama prihatin. Yelah, ibu mana yang tidak risau melihatkan anaknya tiba-tiba berada di hospital.

"Sudah. Mama?" Soalku semula. Mama mengangguk.

"Di rumah tadi. Tapi tak seronok sebab my little baby tak ada," jawab mama sambil mengusap lembut kepalaku.

"Ma, I'm a big girl now. Lagipun lepas ni lagi lama Su tak ada." Alamak! Tersasul sudah. Mama mengerutkan dahinya. Begitu juga dengan papa dan Marlisa.

"Kenapa pula?" Soal mama hairan. Aku menggeleng dalam senyuman.

"Bila Su boleh balik semula ke rumah?" Giliran papa pula yang bertanya.

"Doktor cakap esok dah boleh balik. Then Su dah takkan balik dah," jawabku lembut.

"Kalau macam tu kita balik sekalilah senang," sambung papa. Aku menggeleng.

"Tak mengapa. Su balik seorang saja. Papa, mama, Mar..Su ni jahat ke?" Soalku.

"Kenapa anak mama cakap macam tu?" Mama menggenggam erat jari-jemariku.

"Tak adalah. Su saja tanya. Manalah tahu kalau Su pergi, sekurangnya Su tahu orang yang Su sayang semua sayangkan Su," ujarku.

"Su, of course we love you. You're our baby, the apple of our eye. Su adalah insan yang paling baik yang pernah kami jumpa dan sayang," kata papa sambil mencium dahiku. Aku gagal menahan sebak. Aku menangis dalam pelukan Marlisa. Aku mahu menikmati saat-saat terakhirku bersama insan-insan yang paling aku sayang dan cinta lebih dari nyawaku sendiri. Aku amat menyayangi mereka.

Thursday, April 07, 2011

Suraya - Part 3

Posted by intrigue at 00:00 0 comments
Kecerahan lampu menyilaukan pandangan mataku. Bau ubat segera menusuk hidungku. Aku kat mana ni? Soalku di dalam hati.

"Cik, cik dah sedar?" Tanya seseorang. Aku mengambil sedikit masa untuk mencerna suara itu di dalam otakku yang sedikit pening ini. Aku memandang tuan empunya suara. Oh, cik jururawat rupanya.

"Saya dah okey sikit. Macam mana saya boleh berada di sini?" Tanyaku kepada cik jururawat yang bernama Salina itu. Dia tersenyum kepadaku.

"Baguslah jika cik sudah berasa pulih sedikit. Sebanarnya, kawan cik yang hantar cik ke sini. Sekarang dia berada di lobi, sedang membayar bil perubatan," jawab cik Salina dengan ramah. Tiba-tiba, pintu ward terbuka. Terpacul muka seorang lelaki. Lain yang aku harapkan, lain pula yang datang. Lelaki tersebut masuk. Dengan baju putih dan kacamata ala-ala John Lennon meyakinkan aku bahawa dialah doktor yang merawatku. Hmm, boleh tahan hensem.

"Cik Suraya, are you okay?" Tegur doktor tersebut. Alamak! Segannya. Dia perasan ke yang aku dok telek muka dia dari tadi? Buat malu kaum saja kau ni Suraya.

"Hmm, I'm fine. Just a bit dizzy but I still okay," balasku cuba untuk menutup rasa gabra. Muka aku merak tak? Omo, segan gila.

"Perkenalkan, saya Doktor Zamri, doktor yang merawat cik." Ucap doktor tersebut. Sudahku agak. Aduhai, lunaknya suara doktor ni. Ish Suraya, stop talking nonsense!

"Oh. Em, sebenarnya saya sakit apa doktor?" Soalku. Riak wajah Doktor Zamri berubah secara automatik. Dia kelihatan serba-salah. Tidak lama kemudian dia menceritakan kepadaku. Aku tergamam.

"Em, doktor. Can you help me with something?" Pintaku dengan linangan air mata yang tak putus.

"Sure. Apa dia?" Soal Doktor Zamri.

Friday, April 01, 2011

TWINS

Posted by intrigue at 22:07 0 comments
BAB 2

KRING!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Waktu rehat ialah waktu yang amat ditunggu-tunggu oleh Kara. Banyak perkara yang ingin diceritakan kepada rakannya. Maklumlah, hari ini merupakan hari pertama persekolahan setelah tiga bulan bercuti. Lagi pula, Kara tidak sempat untuk berjumpa dengan rakannya pagi tadi disebabkan kelewatannya bangun dari tidur. Kara menunggu sehingga kelasnya kosong. Sengaja dia berbuat demikian. Dia tidak betah berasak-asak. Padanya, biar lambat asal selamat. Lagi pula, kelas rakannya tidaklah jauh mana. Setakat perlu berjalan 5 langkah sahaja.

Akhirnya, setelah menunggu selama 7 minit dan 46 saat, Kara pun keluar dari kelasnya. Sambil membimbit bekal makanan yang disediakan sendiri pagi tadi, dia berjalan ke kelas rakannya. Ketika tiba di muka pintu kelas itu, dia segera menjengukkan kepalanya ke dalam untuk mencari kelibat rakannya. Yang kelihatan hanyalah bagasinya. Batang hidung rakannya langsung tidak kelihatan. Ke manakah rakannya itu? Hmm...ke tandas mungkin.

(Kara)

"Morning Kara. Cari Lya ke?" tanya seseorang dari arah belakang. Kara memusingkan badannya 180 darjah anticlockwise. Memandang si empunya suara seketika lantas mengangguk dan tersenyum. "Lya ke tandas. Mungkin dia tak balik ke kelas semula kot sebab aku tengok dia terus ke tandas dengan bekal makanan dia."

"Kalau macam tu, aku terus ke tandaslah. Thanks Rin. I owe you a lot," balas Kara lantas mengenyitkan matanya. Rin hanya tersenyum. Faham benar dia dengan perangai Kara yang happy-go-lucky itu.

***

Kara berjalan menuju ke tandas sambil tersenyum. Para pelajar yang berjalan melintasinya memandang hairan. Budak ni betul ke tak sebenarnya? Hm..itulah antara pernyataan yang sempat didengar olehnya. 'Nasib kau lah Kara, orang kutuk kau macam tu. Hm..biarlah. Macam lah diaorang tak pernah tersenyum sendiri,' katanya di dalam hati. Haih! Semakin lebar pula senyumannya.

Tiba di suatu simpang iaitu lagi beberapa langkah sahaja untuk tiba di tandas, satu hentakan singgah di bahunya. BRUKK!! Terjatuh bekal makanannya. Alamak! Bekal makanan terjatuh! Mampus kalau tumpah! Tak makanlah aku jawabnya kalau bekal makanan tumpah. Kara segera meneliti bekalnya. Huh! Lega. Tidak terbuka sedikit pun bekalnya.

"Awak tak apa-apa?" tanya satu suara. Kara memandangnya. Lelaki rupanya yang aku langgar.

"Oh, saya tak apa-apa. Saya minta maaf. Biar saya bantu awak angkat barang ni," balas Kara. Sambil membantu lelaki itu, Kara mengambil kesempatan untuk memandang wajahnya. Hmm.. macam pernah nampak lelaki ni. Kara mengerutkan dahinya. Tanpa disedari, Kara tersentuh jari telunjuk lelaki itu. Seperti terkena kejutan elektrik, dia segera menarik tangannya. Begitu juga lelaki itu. Masing-masing menunjukkan ekspresi terkejut.

"Ma...ma..maafkan saya," kata Kara kepada lelaki itu lantas bergerak meninggalkannya. Dia terus ke tandas dengan kepala yang berserabut. Kenapa dengan aku ni? Apa yang berlaku tadi? Kenapa aku rasa macam terkena kejutan elektrik? Kenapa aku rasa macam aku pernah kenal dia padahal aku tak pernah jumpa dia pun sebelum ni? Ish! Kenapa aku fikir pasal mamat tu? Apa kena dengan aku ni? Keningnya berkerut.

"Kara? Hey, what's the matter. You look so gloomy right now. Ada apa-apa yang berlaku ke tadi?" tanya Lya yang datang entah dari mana. Terkejut Kara dibuatnya. Bagai mahu tercabut jantungnya.

"Hish kau ni Lya. Sehari tak menyakat aku tak sah kan. Nak luruh jantung jantung aku tahu. Lya, aku dah lapar. Jom makan," balas Kara sambil menunjukkan riak simpati pada wajahnya. Lya tersengih lantas menggelengkan kepalanya. Dia tahu Kara ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Biarlah. Kalau sudah sampai masanya pasti dia akan beritahu aku, bisik Lya dalam hati

 "Okey, jom. Aku pun dah lapar." Kara menarik tangan Lya. Terasa seperti ada yang memandang, Lya segera memusingkan kepalanya. Tiada. Mungkin perasaannya sahaja tanpa dia mengetahui memang ada seseorang yang sedang memandang mereka.

***

"Pergi selamatkan diri kau Lynnet."

"Macam mana dengan Lyvia?"

"Aku minta maaf. Kita tak dapat nak selamatkan Lyvia. Dia dah jadi anak patung Gaviens."

Lynnet terkedu. Lyvia jadi pengikut Gaviens? Tapi macam mana? Sesaat kemudian, dia memandang Ecsentra yang sedang berterusan melawan Gaviens. Tanpa disedari, Lynnet segera melarikan diri untuk keluar dari pangkalan yang seperti neraka itu.

"Lynnet, kenapa ni? Termenung je dari tadi," tegur satu suara dari arah belakang. Lynnet tersentak. Sejurus dia memandang ke belakang. Dia cuba untuk mengukir senyuman walaupun pahit. "Teringatkan Lyvia lagi?" Lynnet menghembuskan nafasnya.

"Sakura, macam mana saya nak lupakan Lyvia? Dia adik saya. Dialah satu-satunya keluarga yang saya ada di sini," lirih Lynnet. Dia memegang tangan Sakura untuk mencari kekuatan. Belum sempat Lynnet berbuat apa-apa, Sakura bersuara.

"Lynnet, Ecsentra cari awak. Dia cakap ada benda penting yang dia nak beritahu awak." Lynnet mengerutkan dahinya. Keningnya hampir bertemu membentuk huruf V. Dia menatap raut wajah Sakura, mencari kebenaran daripada kata-kata wanita itu.

"Kenapa Ecsentra nak jumpa saya?" tanya Lynnet kepada Sakura. Sakura hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

"Better you go now," kata Sakura. Lynnet mengangguk. Sebelum beredar, dia menghadiahkan satu ciuman di pipi kanan Sakura. Wajah Sakura merona merah.

***

Lynnet berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Dia tahu Ecsentra pasti berada di situ. Dia mengetuk pintu bilik mesyuarat. Seketika kemudian, dia memusingkan tombol pintu bilik dan mula melangkahkan kaki ke dalam bilik itu. Bilik mesyuarat merupakan satu-satunya bilik yang tidak dilengkapi dengan pintu auto mahupun semi-auto. Kata Ecsentra, bilik itu sengaja dibiarkan kuno untuk mengekalkan identiti Asyiria Lama.

"Lynnet, kenapa tercegat lagi tu? Please, take a seat. Ada perkara penting yang aku nak beritahu kau," kata Ecsentra kepada Lynnet yang dilihatnya agak teragak-agak. Lynnet menarik kerusi dan mula duduk menghadap Ecsentra. Fikirannya kembali melayang teringatkan Lyvia dan Sakura.

"Aku ada satu tugasan untuk kau. Aku nak kau bersedia fizikal dan mental untuk ke Negara Xune. Pengawal Negara Xune datang beritahu aku pagi tadi yang perpustakaan negara mereka telah diceroboh dan Secret Chamber telah dimasuki orang asing. Buku Clandestine telah dicuri. Mereka syak orang-orang FTI yang menceroboh. Aku nak kau pergi malam ni - kau dan Ash. Aku dah beritahu Ash awal tadi," terang Ecsentra panjang lebar. Lynnet menganggukkan kepalanya. Dia kemudian memandang jam di dinding.

Ecsentra yang menyedari segera berkata "Sekarang masa untuk melatih Misa kan. Kalau macam tu, kau boleh pergi. Cuma jangan lupa bersedia untuk malam ni. Dan jangan cakap pada Misa yang kau akan ke Xune. Nanti dia nak ikut." Lynnet tersengih. Dia meminta diri.

***

"Evening abang Lynnet. Lambatnya abang hari ni," tegur Misa ketika Lynnet baru tiba di Orchestra River, tempat Lynnet selalu melatihnya bermain pedang. Lynnet hanya tersengih. 'Ish! Tersengih pula abang aku sorang ni! Tumbuk karang!' bisik Misa dalam hati. Lynnet masih lagi tersengih macam kerang busuk.

“Misa janganlah marah. Bukan sengaja pun abang nak lambat,” tingkah Lynnet. Misa menggeleng.

"Oleh kerana abang Lynnet lewat hari ni, abang didenda! Sebagai dendanya, you need to teach me magic." Lynnet ternganga.
 

A Little Stories Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea